Khamis, Mei 09, 2019

Pemesong dan penunjuk

Dalam ziarah ke rumah dan melawat abah yang sudah keluar dari hospital sehari sebelum puasa, seorang perempuan berpangkat nenek - kerana suaminya adik beradik embah ku - bertanya satu soalan yang tidak disangka-sangka: memang benarkah sejarah kita telah dipesongkan?

Tidak sempat menjawabnya, emak sudah mencelah dengan cerita-cerita biasa. Sayup-sayup dari depan aku dengar nama Sultan Ali, Temenggung, Sultan, kerajaan Johor disebut. Aku pasti ada kena mengena pertanyaan ini dengan perbualan di depan.

Namun soalan itu bermain dalam kepalaku beberapa hari. Apakah jawapan yang sepatutnya boleh ku berikan ketika itu? Jika dalam keadaan spontan, apakah aku boleh memberi jawapan yang baik? Pasti darjat kesarjanaanku tercabar waktu itu. Namun Aku yakin, soalan ini ada kena mengena dengan silsilah keluarga atau perihal Perang Jementah atau keluarga di Segamat kerana mutakhir ini dalam mesej berkumpulan, pernah soalan tentang Kesultanan Johor diajukan. 

Jika ditanya lagi soalan yang sama, aku bercadang untuk menjawab dengan menanyakan soalan seperti berikut:
1. Siapakah yang menulis sejarah kita? 
2. Bolehkah dinamakan penulis-penulis itu.
3. Apakah kita tahu apa yang mereka tulis atau sekadar mendengar cerita yang sejarah telah terpesong?
4. Apakah bahagian yang dikatakan terpesong?
5. Apakah bahagian yang dikatakan betul?
6. Siapakah yang mengatakan yang betul?
7. Apakah kita tahu kelayakan penulis yang memesong dan penulis yang betul?
8. Jika kita yakin telah terpesong, apakah saranan yang perlu dibuat?
9. 

Beberapa jawapan yang boleh dihurai lagi:
1. Semua ini berpunca dari keruntuhan wibawa ilmiah seseorang - sama ada dalam menulis, menyampai ilmu, menghurai maqsud atau memahaminya. Setiap satunya ada tanggungjawab tersendiri. Jika dari asal menulis bagi menggelapkan fakta dan cerita, maka kisah sebenar akan terkorban.
2. 

Bakal bersambung...

Selasa, Mei 07, 2019

Membetulkan dan meluruskan

Bismi’Llāh

Telah masuk Ramadan hari kedua. Beberapa hari sebelum Ramadan, berlaku perbincangan panjang dari pagi hingga petang. Apa yang dapat kusimpulkan, perbincangan itu lebih kepada luahan perasaan, rasa tak puas hati, rasa diketepikan, kurang perhatian, dan pelbagai rasa lain yang lebih kepada perasaan diri. 

Sebenarnya, apakah yang kita lihat pada diri sendiri dan mengapa kita melihat orang lain? Mengapa harus memikirkan diri tak cukup itu ini dan menuduh orang lain sebagai punca ketidak cukupkan itu. Pada pandangan ku, itu semua berpunca dari rasa besar terhadap diri. Jadi cukuplah aku nyatakan itu sahaja. Aku harus melihat diri juga tanpa membandingkan orang lain.

Allahu a’lam

Isnin, Mei 06, 2019

Dua tahun berlalu

Ramadan mengimbas kenangan dua tahun yang lalu. Ketika itu Ismael Za Azrene baru masuk bertugas (semula) di UM dan pejabatnya betul-betul depan perpustakaan. Maka dengan pantas berfikir dan membuat keputusan, saya merancang perjalanannya ke tempat kerja yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak. Dia baru balik dari perjalanan jauh, lalu saya tawarkan duduk di rumah sepanjang puasa sebelum mula menyewa. Selepas sahur, kami cepat-cepat subuh dan memulakan pemanduan ke UM seawal pukul 6. Pukul 7 atau beberapa minit sebelum 7 pagi, kami tiba di masjid al-Rahman. Kami tidur sekejap selepas menunaikan solat-solat sunat sementara menanti pejabat dan perpustakaan buka pada pukul 8. Sepanjang Ramadan itulah, penulisan tesis saya dapat digerakkan, susunan bab diperhalusi dan kandungannya ditambahbaik. Walaupun saya tidak meminjam atau merujuk apa-apa buku, suasana di perpustakaan sangat membantu dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyiapkan tesis. Kira-kira tiga kali seminggu kami meredah perjalanan pagi manakala hari yang lainnya saya ke pejabat menguruskan apa yang perlu atau memadai memperkemaskan tulisan di rumah. Ramadan tahun itu ternyata memberi kesan yang kuat pada perkembangan tesis dan tahun berikutnya, tesis dihantar untuk penilaian.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga kita dapat menunaikan puasa sebulan pada tahun ini dalam keadaan sihat dalam menambah amalan dan ibadar.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...