The 10 patterns in Arabic.
Asalnya bahasa Arab diucapkan begitu sahaja tanpa ada peraturan tertentu, malah bangsa Arab sendiri tidak mengendahkan tatabahasanya. Bila melihat kian ramai bangsa asing datang ke negara Arab, misalnya dari Parsi, maka beberapa orang menemui khalifah Umar memaklumkan agar tatabahasa Arab ditulis dan disusun. Hasilnya muncullah beberapa nama, misalnya Sibawayh yang dianggap 'the king of grammar'.
Sibawayh sendiri orang Parsi. Si Arab tetap tidak mengendahkan bahasanya, hinggakah saat ini. Membaca Qur'an pun semberono sahaja.
Keadaan ini sama dengan apa yang aku pelajari di kelas bahasa Arab Madinah sebelah malam setiap Selasa. Tujuan belajar ialah untuk memahami makna al-Qur'an. Oleh itu, bacaan perlulah betul. Sebelum boleh membaca dengan betul, haruslah tahu tatabahasa, kosa kata dan peraturan membacanya. Kami perlu baca dengan baris yang betul, setiap huuf perlu dibunyikan. Ada kerja rumah. Dan kelas ini percuma. Sudah hampir enam bulan belajar, belum pun separuh buku. Pengajarnya pula suka bercerita dan memang santai sifatnya. Apatah lagi belajar dengan orang yang lebih dewasa.
Kedua-dua kelas ini aku hadiri secara berterusan sekarang. Kelas malam membolehkan aku faham makna Qur'an dan boleh membaca dengan betul. Kelas khas setiap Sabtu pula wajib bagi pengajian Sarjana ku, bagi membolehkan kami menekuni kitab dan buku primer dalam bahasa Arab. Nyatalah sekarang, aku boleh membaca buku dalam bahasa Arab dengan baik, boleh faham serba sedikit dengan bantuan kamus dan keseronokan hadir bila kita faham keseluruhan teks. Keadaan ini berbeza sekali ketika belajar Arab di UIA dahulu. Dulu banyak belajar kosa kata dan nahu, tapi nahunya tidaklah ditekankan sangat. Asalkan boleh buat ayat dan jawab soalan. Kelas yang wajib tapi GCPA tidak dikira, jadi belajar pun macam gitu-gitu sahaja.
Insha-Allah, sedang menjeling-jeling bahasa Jerman dan Belanda. Dapat faham yang asas pun memadai. Yang penting tak sesat di negara orang dan boleh baca papan tanda dengan betul. Mood kembara pula :)
Sabtu, November 08, 2014
Sabtu, November 01, 2014
Jalan pulang versi Kassim Ahmad
Kassim Ahmad kita tahu pernah dan masih kekal dengan pemikiran anti-hadis. Buku ini dengan judul penuh Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam merupakan mini auto-biografi yang ditulisnya bagi mencatat perjalanan kehidupan sejak kecil. Saya katakan mini kerana ada beberapa perkara penting tidak diceritakan dengan jelas atau ditinggalkan. Antara yang dapat saya kesan ialah penahanannya dalam ISA (walaupun dia minta kta rujuk pada bukunya sebelum ini yang bercerita hal penahanan) dan Jemaah al-Qur'an Malaysia yang tidak tahu apa sebab ditubuhkan dan kini senyap.
Kassim memang kuat dengan idea sosialis. Idea ini lahir dari perasaan dan fikirannya terhadap kehidupan yang dirasakan ada berat sebelahnya. Dia cuba melahirkan fikiran yang lain dari kebiasaan dan mula mempersoalkan pelbagai perkara dan mencari jawapan yang sebaiknya. Bermula dengan Hang Tuah yang dianggap lemah dan lesu, Kassim mengangkat Hang Tuah sebagai hero baharu.
Meski pun dia telah meninggalkan perjangann sosialis dalam parti, pemikiran Kassim masih tidak berganjak terhadap pandangan bersifat menentang. Ada beberapa perkara yang saya ambil dari buku ini untuk kita lihat bagaimana pengaruh sosialis yang bersifat penentangan masih ada dalam diri Kassim.
Isu hadis ini turut melibatkan ABIM. Anwar Ibrahm yang awalnya seperti menyokong kemudian membangkangnya. Kassim melihat ini sebagai satu muslihat Anwar dan muslihatnya terhadap politik.
Meski pun begitu, ada perkara yang boleh membuatkan kita berfikir panjang. Menurutnya, agama baka yang kita anuti ini menyebabkan kita tidak berfikir. Quran kita baca dengan penuh tertib dan berlagu, sedap didengar malah kita hafal. Malangnya kita tidak faham maksudnya, tidak boleh mempraktikkannya pun. Jadi saya beranggapan, Kassim menggunakan premis ini untuk membaca, meneliti, menilai dan membuat tafsiran semula terhadap Quran. Malangnya dia mengenepikan hadis. Bukankah hadis itu pelengkap Quran untuk kita faham akan kandungannya?
Saya fikir, Kassim tak perlu sentuh soal agama. Biarlah dia dengan kepakarannya dalam hal kemasyarakatan dan politik. Hal agama, bila dibaca sahaja tanpa pemahaman menyeluruh, maka fikiran kita akan mula mempersoalkan pelbagai perkara. Pelbagai soalan juga akan timbul. Jadi bila soalan itu ditanya dan tidak ditemui jawapan, mulalah datang kecewa pada agamawan. Hal agama perlu dipelajari dengan bimbingan guru. Kita tak boleh mengambil mudah dan berkata, Nabi sendiri tidak punya guru. Nabi seorang maksum, terpelihara dari kesilapan, ilmunya datang terus dari Tuhan dan dibimbing oleh malaikat yang sentiasa melindungi. Kita ini siapa untuk berbuat begitu?
Sedangkan Imam Shafie, Imam Malik dan imam yang lain berkelana dari satu wilayah ke satu wilayah, dari seorang guru ke guru yang lain untuk menuntut ilmu. Masakan kita semudah itu duduk dihadapan laptop menekan butang Google atau menyelak halaman buku demi buku. Ilmu tidak semudah itu untuk kita dapat, jika kita mahu benar-benar faham.
Kassim menginsafi perjuangan yang cuba dibuat bersama Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga meletakkan semua jawatannya dan cuba berpatah balik mencari jalan pulang - seolah-olah jalan kebenaran untuknya. Namun jalan yang dicari itu nampaknya atas tafsirannya sendiri, yang masih cuba memakai kacamata sosialis sehingga Qur'an, hadis dan agama diterjemah atas pemahamannya meski pun ada perkaa yang kita boleh setuju dengannya. Saya tidak menganggp beliau menemui jalan yang dicari, dia masih berada satu jalan yang berbeza dari apa yang kita fahami

- Kegoncangan dunia sekarang satu metafora. Ia diibaratkan seperti dilambung oleh ribut-taufan dan ombak yang besar dan, dalam proses ini, sistem-sistem dan tokoh-tokoh yang palsu akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem-sistem dan tokoh-tokoh yang lebih baik. Quran telah menyatakan perkara ini dalam sebuah ayat yang sangat hebat. Bunyinya: Pada hari itu kami akan menggulung langit seperti sebuah buku. Kemudian, sepertimana Kami memulakan penciptaan yang pertama, Kami akan memulakan suatu penciptaan yang baru. Ini suatu janji yang akan kami tunaikan. (21:104) - halaman 139. Ini seperti mengajak kita meninggalkan hadis dan memulakan ciptaan lain, yang lebih baru
- Mengapakah kebanyakan ahli hukum dan ahli tafsir kita mengabaikan dua kumpulan ayat yang berbeza ini? Saya fikir keran akita sudah diajar menganggapkan ahli-ahli hukum besar kita sebagai kudus dan tidak boleh dikritik. Saya masih ingat kata-kata seorang Sheikh 'ul Islam dari mesir yang melawat Malaysia banyak tahun dulu; kata beliau, "Siapakah kita disamping imam-imam besar itu?" Sikap demikianlah yang membuat kita taksub kepada mereka, lalu kesilapan-kesilapan mereka, kerana keadaan sejarah emreka (dan jangan lupa tiada manusia yang sempurna!), kita teruskan hingga ke hari ini. Pelajaran yng pahit bagi kita ialah: senantiasa jangan lupa mengkritik kesalahan. Bukankah ini suatu ajaran Islam yang utama - menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan? - halaman 183
- Kassim turut bercerita tentang dajjal yang padanya seperti suatu mitos tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang wujud disekelilingnya. Kiamat disebut dalam Quran, tetapi yang lain tiada terdapat dalamQuran. Mereka disebut dalam cerita-cerita hadis (merujuk epada Imam Mahdi, dajjal, yakjuj, makjuj dan turunnya Nabi Isa).
Isu hadis ini turut melibatkan ABIM. Anwar Ibrahm yang awalnya seperti menyokong kemudian membangkangnya. Kassim melihat ini sebagai satu muslihat Anwar dan muslihatnya terhadap politik.
Meski pun begitu, ada perkara yang boleh membuatkan kita berfikir panjang. Menurutnya, agama baka yang kita anuti ini menyebabkan kita tidak berfikir. Quran kita baca dengan penuh tertib dan berlagu, sedap didengar malah kita hafal. Malangnya kita tidak faham maksudnya, tidak boleh mempraktikkannya pun. Jadi saya beranggapan, Kassim menggunakan premis ini untuk membaca, meneliti, menilai dan membuat tafsiran semula terhadap Quran. Malangnya dia mengenepikan hadis. Bukankah hadis itu pelengkap Quran untuk kita faham akan kandungannya?
Saya fikir, Kassim tak perlu sentuh soal agama. Biarlah dia dengan kepakarannya dalam hal kemasyarakatan dan politik. Hal agama, bila dibaca sahaja tanpa pemahaman menyeluruh, maka fikiran kita akan mula mempersoalkan pelbagai perkara. Pelbagai soalan juga akan timbul. Jadi bila soalan itu ditanya dan tidak ditemui jawapan, mulalah datang kecewa pada agamawan. Hal agama perlu dipelajari dengan bimbingan guru. Kita tak boleh mengambil mudah dan berkata, Nabi sendiri tidak punya guru. Nabi seorang maksum, terpelihara dari kesilapan, ilmunya datang terus dari Tuhan dan dibimbing oleh malaikat yang sentiasa melindungi. Kita ini siapa untuk berbuat begitu?
Sedangkan Imam Shafie, Imam Malik dan imam yang lain berkelana dari satu wilayah ke satu wilayah, dari seorang guru ke guru yang lain untuk menuntut ilmu. Masakan kita semudah itu duduk dihadapan laptop menekan butang Google atau menyelak halaman buku demi buku. Ilmu tidak semudah itu untuk kita dapat, jika kita mahu benar-benar faham.
Kassim menginsafi perjuangan yang cuba dibuat bersama Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga meletakkan semua jawatannya dan cuba berpatah balik mencari jalan pulang - seolah-olah jalan kebenaran untuknya. Namun jalan yang dicari itu nampaknya atas tafsirannya sendiri, yang masih cuba memakai kacamata sosialis sehingga Qur'an, hadis dan agama diterjemah atas pemahamannya meski pun ada perkaa yang kita boleh setuju dengannya. Saya tidak menganggp beliau menemui jalan yang dicari, dia masih berada satu jalan yang berbeza dari apa yang kita fahami
Jumaat, Oktober 31, 2014
Kata Dr Burhanuddin
Pada 1954, Dr Burhanuddin al-Helmy berucap di hadapan 800 orang pemuda dalam Jawatankuasa Kursus Pemuda UMBO Pontian, Johor. Inti pati ucapan beliau adalah berkisar tentang agama dan politik. Agama menurut beliau adalah berdasarkan wahyu dan tidak boleh ditukar atau diubah-ubah. Politik pula katanya perkara yang berdasarkan kepada akal dan kebijaksanaan, oleh itu ia tidak kekal malah berubah-ubah dan bertukar mengikut keadaan tempat dan zaman. Menurutnya lagi, ‘maka bila kita... membahaskan soal agama dan politik, tidaklah dapat sekali-kali agama itu disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan ketetapan agama’. Jelas sekali cara beliau memahamkan para pemuda di hadapannya walau pun tidak berada pada lantai perjuangan yang sama dengan mereka, seolah-olah bermakna perbezaan ideologi bukanlah halangan memberikan kefahaman tentang agama.
'Seperti api ditetapkan untuk membakar, matahari bersinar beredar dan bercahaya di atas cakerawalanya maka demikian jugalah agama Islam itu memakai peraturan yang tetap dan lengkap menurut kaedah khas dan umum. Untuk pegangan dan ikutan manusia seluruhnya begitulah bentuk Islam.’
Kita pula tidak pernah sedar dan belajar darinya
Kita pula tidak pernah sedar dan belajar darinya
Isnin, Oktober 27, 2014
Quasi-bersejarah vs mithology
Bila kita membincangkan hal ehwal yang berkaitan dengan kehidupan intelektual, kita perlu memperhatikan bukan hanya maklumat-maklumat yang kelihatannya bersejarah sahaja, iaitu yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa atau orang-orang yang semestinya pernah wujud dalam realiti, namin kita juga perlu mengkaji bahan-bahan yang quasi-bersejarah iaitu mitos-mitos yang tidak boleh dianggap sebagai informasi yang betul-betul bersejarah. Mitos (mythology) adalah satu bahagian yang penting dalam kehidupan intelektual. Mitos mencerminkan pemandangan awam, pandangan-pandangan orang biasa, cara pemikiran tradisional yang biasanya tidak boleh diubah secara segera atau secara sengaja.
Dr Tatiana Denisova, Islam dan Mitos Mengenai Asal-Usul Raja-Raja Melayu dalam Adab dan Peradaban, hal 630.
Setelah satu perbincangan panjang pada petang yang lebat, akhirnya saya mengerti apa yang menjadi sukar dalam memikirkan hal tesis. Meski pun sudah tahu fokus, kajian yang ingin dilakukan masih kurang jelas. Maka yang kurang jelas itu sebenarnya adalah kurangnya kefahaman terhadap subjek kajian. Background research yang kurang dan background reading yang tidak mencukupi menyebabkan persoalan masih belum muncul.
Jadi selama ini saya fikirkan yang kefahaman yang ada dengan minat terhadap sejarah sudah membantu untuk memulakan kajian terhadap subjek. Rupanya tidak. Pandangan masih kabur dan kelam, tidak jumpa cahaya dan terowong yang saya lalui ini masih gelap. Sejak Sabtu yang lalu, beberap abuku seputar sejarah saya tekuni dengan mendalam untuk memahami subjek kajian. Rabu nanti sudah ditetapkan pertemuan dengan Dr Tatiana, sekurang-kurangnya dapatlah menyalakan beberapa lampu agar terowong yang sedang saya lalui ini menunjukkan jalan keluar.
Awal tahun ini, beberapa teman terdekat meminta saya bercerita tentang sejarah atas dasar ingin tahu dan memahami isu. Atas kefahaman terhadap apa yang saya baca, maka pada suatu pagi yang nyaman di tepi tasik di bawah pohon nan rendang, dengan makanan yang mengenyangkan, kami pun memulakan apa yang dipanggil 'Usrah Sejarah'. Bila mendengar kembali rakaman tersebut, banyak perkara yang perlu saya ulang dan ulas. Mujurlah tiada fakta yang salah. Namun ahli usrahnya sudah bertebaran dan mungkin kerana sudah cukup faham, mereka tidak lagi minta agar usrah ini diulangi

Ahad, Oktober 26, 2014
Bukan lagi kawasan jin bertendang
Tanpa disedari, kawasan kelapa sawit di sepanjang jalan dari pekan Semenyih menuju ke persimpangan Bukit Mahkota telah dipinang oleh sebuah syarikat perumahan. Beberapa papan tanda telah didirikan bagi mengatakan bahawa kawasan ini telah dimiliki dan dilarang oleh sesiapa mencerobohinya. Dari tepi jalan, kita tak nampak apa-apa kerana pokok kelapa sawit itu kita rasakan menunggu hari untuk ditumbangkan. Rupanya di sebelah dalam kawasan, kerja pembinaan telah rancak dijalankan. Pokok telah banyak menyembah bumi. Tanah berbukit telah rata ditarah. Nampaknya kawasan hijau yang mengiringi perjalanan pergi pulang kerja saban hari akan berubah menjadi hutan batu.
Kita bukannya mempersoalkan pembinaan rumah atau pokok-pokok yang disodok. Bidang pertanian nampaknya tidak menguntungkan bagi sesetengah pihak oleh kerana harga komoditi yang tidak stabil (sedangkan harga makanan melambung tinggi) maka tanah yang ada ditukar status dari pertanian kepada status kediaman. Banyak syarikat perladangan turut mempunyai syarikat pembinaan yang kemudiannya kita lihat tanah perladangan itu dibina rumah-rumah mewah di atasnya.
(Buat rumah di luar bandar dengan harga yang melambung tinggi, siapakah nanti yang akan mampu membelinya?)
Bagi sesiapa yang nak beli rumah di sekitar Semenyih-Beranang-Mantin, silalah berjalan-jalan melihat projek perumahan yang rancak dibina. Semenyih bukan lagi kawasan jin bertendang. Lebih banyak susur keluar dari lebuh raya Lekas sedang dirancang bagi mengurangkan kesesakan di pekan Semenyih

Isnin, Oktober 20, 2014
Penindasan akademik
Dalam ucapan awalnya, Dr Harun berkali-kali menyatakan bahawa negara kita ketiadaan pelapis dalam bidnag filologi. Malah di Malaysia sendiri, filologi bukanlah satu bidang utama, bahkan menjadi sub bidang bagi sastera dan sejarah. Ketiadaan pelapis ini disebabkan pakar yang sedia ada telah pun bersara, dengan mengambil beberapa nama seperti Dr Abu Hassan Sham yang kini sibuk berkebun dan Dr Siti Hawa Salleh yang terkenal dengan kajian Hikayat Merong Mahawangsa. Kelompongan ini menyebabkan bidang manuskrip tidak ditekuni dengan betul oleh orang yang sepatutnya. Atau mungkin juga, pada fikiranku, tiada nilai ekonomi untuk mnenyertai bidang ini. Tidak boleh menjamin gaji besar dan tidak popular. Tenggelam dengan buku, manuskrip yang buruk dan busuk - siapa mahu?
Ketiadaan pelapis filologi ini dan kata-kata Dr Harun terus terngiang-ngiang dalam kepalaku. Tiada pelapis, tiada pelapis. Allah, bantulah aku mengisi kelompongan itu. Aku mahu menjadi pakar filologi, paling tidak pun, menekuni manuskrip-manuskrip yang terdapat di dalamnya khazanah ilmu kita yang terpendam. Bagai mutiara yang tersimpan di dasar laut.
Perbincangan seterusnya oleh Pengarah ATMA yang baharu - entah apa namanya - menampakkan sinar pada ATMA yang seperti hidup segan mati tak mahu. Dr Shukri Yeoh Abdullah yang baru menjadi Ketua Bahagian Manuskrip pula nampaknya mahu fokus pada tiga benda - hukum kanun, manuskrip dan filologi. DBP menerusi Pn Kamariah pula bersedia menyediakan ruang dan peluang, meski pun ketiadaan pakar - dengan keupayaan yang ada, misalnya seminar dan bengkel yang bersesuaian untuk melatih dan membimbing anak muda.
Dr Zawiyah, bekas Pengarah ATMA pula berharap agar ada sarjana pekerja yang berkebolehan seperti Dr Annabel yang bukan sahaja bekerja di BL tetapi mengkaji manuskrip dan menulis tentangnya. Bukan seperti penjawat awam kita yang bekerja kerana kerja, akibatnya manuskrip di muzium, perpustakaan dan arkib cuma menjadi bahan tontonan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan dengannnya kerana ketiadaan ilmu menekuninya (atau malas?).
Perbincangan selepas itu berkisar birokrasi dalam pentadbiran UKM bagi menerbitkan buku, pertindihan dan percanggahan kuasa antara PNM-Muzium-arkib dalam hal pengkalogan, kewangan UKM yang dipotong dan mendesak serta permasalahan akademik yang tidak selesai - yang semuanya ku anggap adalah penindasan akademik yang meruncingkan.
Bila melihat bagaimana mereka berusaha mencari wang untuk mendanai projek dan penyelidikan, aku teringat Sabtu lalu ketika kami bertemu. Perbincangan tertumpu pada geran penyelidikan yang melampau di UM tetapi kerap disalahgunakan dan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan. Juga oleh syarat yang tidak masuk akal. Akhirnya, sesuatu yang baik itu jatuh pada tangan yang salah, maka kemudian, dunia akademik kita tak boleh bangkit dengan baik. Seperti pokok yang tidak disiram, lama-lama kan layu dan mati.
Inilah penindasan akademik sebenar, dan aku berada sebelah kaki di dalamnya. Tidak akan aku mengalah, malah akan aku lalui dengan darah muda yang akan memberontak. Bukan tidak pernah aku buat, malah akan aku bawa sesiapa yang ada di sekelilingku yang mahu sama memberontak. Pemberontakan ke atas penindasan akademik. Berani?
Dan sekarang, aku sedang membaca Mencari Jalan Pulang oleh Kassim Ahmad. Ketika usianya 17 tahun, dia di masukkan ke hospital,oleh kerana demam kuning. Pelbagai bentuk penindasan dilihatnya berlaku di hospital. Penindasan ini pada fikirannya tidak wajar dan harus dibanteras. Lalu dia bersumpah dan berjanji pada diri pada diri untuk menjadi seorang pengarang, yang akan mendedahkan segala kepalsuan ini kepada dunia (ms 51).
Tetapi aku belum berani bersumpah. Aku cuma mampu berjanji.
Sabtu, Oktober 18, 2014
HMM 1
Aku petik satu bahagian dari tulisan Cik Srikandi yang penting. Nanti akan aku baca dan kaji Hikayat Merong Mahawangsa. Sekarang aku tumpukan bacaan kepada sejarah Melayu dan nusantara, institusi kesultanan dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkenaan institusi kesultanan Melayu-Islam. Buat masa ini, aku berminat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Nusantara sejak dari ia wujud di alam Melayu. Skopnya akan aku kecilkan nanti
Orang Melayu semenanjung sebenarnya telah lama berada di tanah besar dan bukannya berasal dari Sumatera.Sebahagian besarnya berada di Indochina dan Segenting Kra,melalui negarakota-negarakota mereka (city-states).Orang Melayu yang menubuhkan Langkasuka bukanlah Melayu Sumatera.Langkasuka ada kaitan dengan Funan,dan orang Melayu semenanjung pada zaman purba punya hubungan dengan Khmer,Pyu,Mon,Burma,Dai-Viet dan Tai;satu hubungan istimewa yang tidak dipunyai oleh Melayu Sumatera mahupun Borneo.Sebab itu prasasti-prasasti yang mencatatkan salasilah raja-raja Melayu Indochina ditemui sejauh Vietnam (Prasasti Dong-doung, contohnya), apatah lagi di Kemboja.Sebab itu jika ada orang gila yang mengatakan kepada kita bahawa Melayu berasal dari Sumatera,jangan layan.Sebab kita tahu bahawa Langkasuka dan Tambralinga yang wujud sezaman dengan Funan iaitu lebih kurang 1 Masehi beratus-ratus tahun lamanya sebelum kemunculan Sriwijaya dan Melaka yang seringkali dikaitkan dengan Melayu Sumatera.
Kini para pengkaji telahpun mengesan sejarah awal Sriwijaya di utara semenanjung.
Sumber: http://halamansrikandi.blogspot.com/2011/06/siam-lancang-dalam-hmmrealiti-atau.html
Langgan:
Catatan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Saya tertarik dengan analisis pasaran ekonomi pagi tadi di KLfM yang membincangkan mengenai keadaan pasaran semasa negara - sesuatu yang tel...
-
Bila saya duduk seorang diri, saya terfikir apakah memang manusia ini dijadikan perlu untuk berkawan? Saya tidak dapat lihat signifikannya. ...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...