Memaparkan catatan dengan label Tokyo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokyo. Papar semua catatan

Isnin, Julai 07, 2014

Catatan dari Tokyo #4

Kartunis Datuk Lat yang menyertai 21st Tokyo International Book Fair singgah di gerai Klasika Media dan berbual-bual tentang penerbitan majalah Qalam serta tulisan Jawi yang menimbulkan minat beliau. Malah Datuk Lat turut menghadiri Seminar "Dari Warisan ke Wawasan: Perumian dan Pengarkiban Elektronik Majalah Bulanan Jawi-Melayu dan Islam serta Pembangunannya Untuk Penerbitan, Pendidikan dan Penyelidikan" yang diadakan sempena TIBF ini. Buku Datuk Lat berjudul Kampung Boy yang pernah diterbitkan di Jepun pada 1984 turut dilancarkan kembali di sini. Seminar tersebut dianjurkan bersama oleh Centre for Integrated Area studies, Kyoto Universiti; Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia dan Perbadanan Kota Buku Malaysia.

Terima kasih kepada Datuk Lat yang menunjukkan minat untuk membeli set majalah Qalam.


~ Catatan dari 21st Tokyo International Book Fair, Tokyo, Jepun


— with Muhammad Teja at Tokyo Big Sight.


Sabtu, Julai 05, 2014

Catatan dari Tokyo #2



Jika membeli buku pada kadar banyak hingga membebankan bahu, jangan khuatir. PLUS Cargo Services menanti anda di pintu keluar bagi menghantar buku yang anda beli hingga ke pintu rumah. Perkhidmatan sampingan ini di sediakan di 21st Tokyo International Book Fair.

~ Catatan dari 21st Tokyo International Book Fair, Tokyo, Jepun — at Tokyo Big Sight


Jumaat, Julai 04, 2014

Catatan dari Tokyo #2

Awal Jun yang lalu ke Chennai, menutup Jun pula ke Tokyo. Dari Chennai ke Tokyo, memanglah banyak perkara yang membezakan. Bagaikan langit dengan bumi. Cuma dua perkara yang membuatkan saya terkesan. Pertama, di Tokyo hon tidak langsung berfungsi. Kedua, mana semua orang ni? Sibuk bekerja ya?

Gambar ini berhadapan (nb: sekitar) Jimbocho Book Town, Kanda Chiyoda-ki. Selamat bersahur. Subuh di sini pukul 2.45 pagi (atau 1.45 pagi waktu Malaysia).

~ Catatan dari 21st Tokyo International Book Fair, Tokyo, Jepun









Khamis, Julai 03, 2014

Catatan dari Tokyo #1

Asalnya saya tidak mahu mencatat banyak tentang Tokyo dan meletakkannya ke dalam FB. Seperti selalu, saya cuma membawa buku catatan dan menuliskan apa-apa yang terlintas pada waktu senggang. Tapi bila diminta mencatat lebih panjang, maka tergerak pula untuk berkongsi rasa. Satu demi satu status di FB saya letakkan, bercerita tentang Tokyo dan 21st Tokyo International Book Fair yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Kebetulan talian internet di hotel pun bagus, maka mudah menaip menerusi ipad. Jadi, saya salin semuanya di sini tanpa menukar apa-apa. Cuma gambar ada perubahan sedikit kerana menggunakan gambar dari kamera. Semoga bermanfaat buat semua.

---


Setengah tahun telah berlalu, hari ini memasuki setengah tahun kedua 2014. Ramadan kali ini membawa rahmat menuju ke tanah nan asing. Bersama tulisan Jawi, diri ini mengembara ke belahan lain dunia kerana mereka mengerti nilai dan harga sebuah tulisan yang tidak dipandang di tanah air sendiri. Kini bukan lagi masa untuk memperolok-olokkan tulisan Jawi. Selamat berpuasa



Pandangan dari tingkap dan sayap sebelum menyapu awan

Wajah KLIA seawal jam 7.30 pagi Isnin


0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...