Kartunis
Datuk Lat yang menyertai 21st Tokyo International Book Fair singgah di gerai
Klasika Media dan berbual-bual tentang penerbitan majalah Qalam serta tulisan Jawi
yang menimbulkan minat beliau. Malah Datuk Lat turut menghadiri Seminar
"Dari Warisan ke Wawasan: Perumian dan Pengarkiban Elektronik Majalah
Bulanan Jawi-Melayu dan Islam serta Pembangunannya Untuk Penerbitan, Pendidikan
dan Penyelidikan" yang diadakan sempena TIBF ini. Buku Datuk Lat berjudul
Kampung Boy yang pernah diterbitkan di Jepun pada 1984 turut dilancarkan
kembali di sini. Seminar tersebut dianjurkan bersama oleh Centre for Integrated
Area studies, Kyoto Universiti; Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia dan
Perbadanan Kota Buku Malaysia.
Terima kasih kepada Datuk Lat yang menunjukkan minat untuk membeli set majalah Qalam.
~ Catatan dari 21st Tokyo International Book Fair, Tokyo, Jepun
— with Muhammad Teja at Tokyo Big Sight.
Terima kasih kepada Datuk Lat yang menunjukkan minat untuk membeli set majalah Qalam.
~ Catatan dari 21st Tokyo International Book Fair, Tokyo, Jepun
— with Muhammad Teja at Tokyo Big Sight.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan