Asalnya saya tidak mahu mencatat banyak tentang Tokyo dan
meletakkannya ke dalam FB. Seperti selalu, saya cuma membawa buku catatan dan
menuliskan apa-apa yang terlintas pada waktu senggang. Tapi bila diminta
mencatat lebih panjang, maka tergerak pula untuk berkongsi rasa. Satu demi satu
status di FB saya letakkan, bercerita tentang Tokyo dan 21st Tokyo International Book
Fair yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Kebetulan talian internet di hotel pun
bagus, maka mudah menaip menerusi ipad. Jadi, saya salin semuanya di sini tanpa
menukar apa-apa. Cuma gambar ada perubahan sedikit kerana menggunakan gambar
dari kamera. Semoga bermanfaat buat semua.
---
Setengah tahun telah berlalu, hari ini memasuki setengah tahun kedua 2014. Ramadan kali ini membawa rahmat menuju ke tanah nan asing. Bersama tulisan Jawi, diri ini mengembara ke belahan lain dunia kerana mereka mengerti nilai dan harga sebuah tulisan yang tidak dipandang di tanah air sendiri. Kini bukan lagi masa untuk memperolok-olokkan tulisan Jawi. Selamat berpuasa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan