Jumaat, Jun 20, 2008

Sibuk yang sibuk

Bulan Jun adalah bulan yang sibuk. Mungkin juga. Tahun 2008 tinggal lagi 'separuh'. Pertengahan tahun yang sibuk dan memenatkan.

Bulan Jun terlalu banyak tender kerajaan di keluarkan. Sesudah tender sekolah, kementerian lain turut bermurah hati mewanarkan tender baru di premis masing-masing di saat syarikat sudah mula mencongak kenaikan kos operasi akibat dari kenaikan harga minyak. Ada juga yang retender. Mengapa? Hmm... faham-faham sahajalah. Masalah birokrasi menyebabkan banyak kerja perlu di buat dua kali. Mengapa perlu retender, atau dikeluarkan kembali tawaran tender tersebut? Cukuplah dengan menilai sahaja tender dokumen yang telah dihantar sebelum ini oleh syarikat yang sama. Kemudian, lebih telus dalam meneliti dokumen dan latar belakang syarikat yang menyertai tender. Kalau setahun kementerian yang sama mengeluarkan tender sebanyak dua kali, setiap tender berharga RM 50, dan katakanlah 50 syarikat turut serta, bermakna setiap kali tender di keluarkan, kementerian terbabit berjaya mengutip RM 2,500. Dua kali keluarkan tender dapat kutip RM 5,000. Itu kalau 50 syarikat sahaja yang masuk tender. Syarikat kawalan keselamatan di Malaysia ada lebih kurang 300 syarikat. Bayangkan!

Masalah dalam menyiapkan tender ini ialah mengenal pasti cara bagaimana mahu memenuhi kehendak dan spesifikasi maklumat seperti yang di minta. Kadang-kala saya hairan mengapa perkara yang tidak perlu juga perlu dimasukkan. Minta sahajalah maklumat yang perlu, apa perlu ditambah dengan perkara yang tidak berkenaan. Kalau tidak di turuti kehendak, mereka akan menjadikan ini alasan untuk mendisquallifiedkan penyertaan syarikat. Tak cukup, terus cantas. Jadi kerja mereka senang kerana tidak perlu browse dokumen banyak-banyak. Kadangkala saya terpaksa menyiapkan dokumen setebal tiga inci. Bukan satu set, tetapi sampai tiga. Aduh!!

Satu lagi masalah ialah masa. Ada sesetengah tender, jika tidak dibaca arahan dengan betul memang betul-betul mengelirukan. Nak disiapkan ketika waktu pejabat, hah, kirim salam. Kerja rutin pun melambak, datang pula tender. Jadi terpaksalah saya mencuri masa sendiri datang kembali ke pejabat menyiapkan segala yang di minta. Dalam masa yang sama, memaksa beberapa staff yang bujang untuk menolong (takkan nak minta yang kahwin pula!). Sebab itulah kadang kala awal pagi baru sampai rumah dan tidur. Tidur pun bermimpikan tender.

Habuan? OT? Arrgghhh....

Sekarang ada 7 tender menanti untuk di siapkan. Ada lebih kurang 8 lagi yang menanti untuk di beli. Harus dalam sebulan dua ini saya mabuk tender. Saya memikirkan kerja-kerja sendiri yang terbengkalai, projek yang saya rencanakan dan jadual yang telah saya susun sebelum bulan Ogos. Harap-harapnya tidaklah terganggu. Tetapi masa yang pantas berlari, memaksa saya berlari sama menyebabkan ada benda yang tercicir dan tidak sempat dibawa bersama.

Aduh...




Khamis, Jun 12, 2008

Hari esok yang tidak pasti

Kenaikan harga minyak memang menyebabkan haru-biru kepada masyarakat. Tambahan pula harganya naik mendadak dan rocketing yang jumping sehingga 40%. Memang ada yang menjangkakan harganya akan naik bila melihat harga minyak satu tong sedunia yang sentiasa berubah dari hari ke hari. Cuma bila naik sebanyak 78 sen, itu sudah di kira terlalu banyak, apatah lagi bila membandingkan dengan harga kenaikan yang berlaku sebelum ini. Tetapi dalam keadaan ekonomi yang terlalu terbuka sekarang ini, tiada siapa boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esok hari.

Sekarang ini sudah ramai berkira-kira mahu mencari kerja part-time atau kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Sudah ramai mengeluh kenaikan petrol yang mengurangkan bajet perbelanjaan bulanan. Bagi yang kerja menaiki kenderaan sendiri, pergi balik ke tempat kerja sudah memakan beberapa bahagian daripada gaji. Peruntukan untuk petrol semakin bertambah, maka perbelanjaan untuk perkara lain terpaksa di periksa semula dan ditelitikan kembali supaya ia benar-benar berbaloi kepada diri. Masing-masing sekarang ini terpaksa melakukan itu semua demi memastikan perjalan kehidupan harian tidak terganggu.

Kenaikan petrol memberi kesan yang besar kepada ekonomi. Perniagaan secara keseluruhan akan menerima kesan kerana pengangkutan adalah sebahagian daripada kos yang perlu ditanggung. Hasilnya, peniaga akan melampiaskan kenaikan kos kepada para pembeli dengan menaikkan harga barang atau mengecilkan saiz sesuatu produk. Restoran di sebelah pejabat saya misalnya, mengurangkan ‘saiz’ nasi yang di letakkan dalam pinggan pelanggan supaya mereka tidak makan lebih atau tidak membazir. (Ingat lagi pesanan orang-orang tertentu untuk memakan segenggam beras sehari?). Ada yang sudah cuba mengelakkan diri dari makan di luar, kerana kos untuk jalan-jalan cari makan sudah meningkat. Tambahan pula para peniaga sudah mula menaikkan harga makanan sesuka hati. Ada yang sudah merancang perjalanan balik kampung dari sebulan sekali kepada dua bulan sekali. Segala-galanya yang mewah dan berlebihan dahulu terpaksa di kurangkan.

Ramai sudah mula mengambil sikap berhati-hati atas apa yang dilakukan sekarang. Semua seolah-olah hidup dalam ketakutan sambil mengira-ngira kemungkinan yang berlaku esok. Minyak naik lagikah, atau beras tiada di pasarankah atau gula di sorokkan pengilangkah. Esok merupakan sesuatu yang tidak pasti. Dunia serba terbuka menyebabkan segala-galanya tidak menentu. Ada yang bertanya sampai bilakah keadaan ini akan berlaku?

.

Selasa, Jun 10, 2008

Selesai sudah

Selasa, 10hb saya menghantar tender sekolah Kuala Lumpur di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kala Lumpur, Jalan Duta. Satu tender yang memenatkan dan cukup meletihkan. Banyangkan, setiap zon perlu disertakan sekali dengan dua set dokumen yang cukup tebal. Keseluruhan tender sekolah KL mempunyai 26 zon. Jika syarikat ambil 20 zon, maknanya perlu ada 40 set dokumen. Fuhh...memang meletihkan. Hampir dua minggu bertungkus lumus dengan keadaan pejabat yang penuh bersepah dengan dokumen yang telah siap di fotokopi. Dan juga balik awal pagi buat beberapa hari. Bila siap, memang rasa beban terlepas dari bahu. Lega amat.

Oleh kerana tender cukup banyak, saya minta beberapa staff mengiringi bersama. Penat juga nak berulang alik seorang diri membawa dokumen yang berat dari kawasan parkir ke peti tender. Sudahlah dalam keadaan mengantuk kerana tidur jam 4.30 pagi akibat tender ini, bimbang juga diri jadi tak stabil di tambah dengan kepenatan mengatur urusan tender.

Sebaik siap dokumen di masukkan ke peti, kami menjamu selera ke Sentul Curry House. Memberi peluang tekak menelan makanan yang sukar di makan jika menggunakan duit poket sendiri. Hehe. Sebagai habuan atas penat lelah.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya singgah di Istana Budaya. hajat mahu memberi reward kepada diri dengan menonton P Ramle The Musical. Say atahu memang sudah terlewat, persembahan terakhir pula Sabtu ini 14 Jun. Tetapi saya gagahkan juga bertanya ke kaunter kalau-kalau saya bernasib baik.


Seperti yang di jangka, tiket yang ada cuma yang mahal-mahal belaka. Tak mengapalah, tak ada rezeki. Saya pun bukannya mengharap sangat. Bebeza dengan persembahan pertama yang dahulunya memang saya frust, kali ini tidak ada apa-apa perasaan sangat. Mungkin sebab dah frust sangat tempohari agaknya.

Alhamdulillah. Selesai segalanya.

Rabu, Jun 04, 2008

Minyak naik? Naiklah!

SMS masuk bertalu-talu. Saya terpisat-pisat mencari telefon. Tidur selepas balik dari pejabat memang nikmat, apatah lagi dengan keadaan kepala yang berdenyut-denyut.

Para pegawai saya memberitahu kenaikan minyak, bermula tengah malam ini sebanyak RM0.78 kepada RM 2.70. Saya baca SMS lagi. Angka yang tertulis nampak sungguh melampau. Memang melampau.

Selepas Maghrib, kedengaran bunyi kenderaan keluar berpusu-pusu. Jarang suasana seperti ini kedengaran kecuali hujung minggu. Memandangkan bilik saya yang menghadap ke jalanraya terlindung oleh lapisan hutan belukar, saya hanya mendengar bunyi-bunyi kenderaan yang membayangkan si pemandu sedang dalam kegelisahan mencari stesen minyak untuk 'isi sampai penuh pada harga RM 1.92'.

Kemudian SMS masuk lagi. 'Stesen minyak penuh macam pasar.'

Saya ketawa besar. Ketawa besar. Besar. Tetapi dalam hati. Kepada mereka semua, saya hanya mampu membalas dengan kata-kata yang kasar sebagai peringatan. 'Padan muka. Pangkah BN lagi. Pastu merungut. Orang Malaysia memang b***h. Cakap berdegar-dengar minyak tak naik konon. Bagus sangatlah tu.' Hah, memang kasar.

Kepada rakyat Malaysia yang berterus terang tidak mengundi atau sengaja buat undi rosak tempohari, inilah hadiah kepada kalian kerana tidak bijak memikir, tidak mahir mencatur gerak. Kerajaan amat arif mengenakan rakyat lagi. Sudah di beri peluang tukar kerajaan tapi tidak pandai ambil peluang. Sekarang kerajaan bagi hadiah pada rakyat Malaysia. Nak tunggu lima tahun lagi? Entah berapa kali naik pula lepas ni.

Minyak naik? Naiklah. Kerajaan mahu beri hadiah. Saya mahu sambung tidur. Selamat malam Malaysia.

.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...