.
Khamis, Jun 12, 2008
Hari esok yang tidak pasti
Kenaikan harga minyak memang menyebabkan haru-biru kepada masyarakat. Tambahan pula harganya naik mendadak dan rocketing yang jumping sehingga 40%. Memang ada yang menjangkakan harganya akan naik bila melihat harga minyak satu tong sedunia yang sentiasa berubah dari hari ke hari. Cuma bila naik sebanyak 78 sen, itu sudah di kira terlalu banyak, apatah lagi bila membandingkan dengan harga kenaikan yang berlaku sebelum ini. Tetapi dalam keadaan ekonomi yang terlalu terbuka sekarang ini, tiada siapa boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esok hari.
Sekarang ini sudah ramai berkira-kira mahu mencari kerja part-time atau kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Sudah ramai mengeluh kenaikan petrol yang mengurangkan bajet perbelanjaan bulanan. Bagi yang kerja menaiki kenderaan sendiri, pergi balik ke tempat kerja sudah memakan beberapa bahagian daripada gaji. Peruntukan untuk petrol semakin bertambah, maka perbelanjaan untuk perkara lain terpaksa di periksa semula dan ditelitikan kembali supaya ia benar-benar berbaloi kepada diri. Masing-masing sekarang ini terpaksa melakukan itu semua demi memastikan perjalan kehidupan harian tidak terganggu.
Kenaikan petrol memberi kesan yang besar kepada ekonomi. Perniagaan secara keseluruhan akan menerima kesan kerana pengangkutan adalah sebahagian daripada kos yang perlu ditanggung. Hasilnya, peniaga akan melampiaskan kenaikan kos kepada para pembeli dengan menaikkan harga barang atau mengecilkan saiz sesuatu produk. Restoran di sebelah pejabat saya misalnya, mengurangkan ‘saiz’ nasi yang di letakkan dalam pinggan pelanggan supaya mereka tidak makan lebih atau tidak membazir. (Ingat lagi pesanan orang-orang tertentu untuk memakan segenggam beras sehari?). Ada yang sudah cuba mengelakkan diri dari makan di luar, kerana kos untuk jalan-jalan cari makan sudah meningkat. Tambahan pula para peniaga sudah mula menaikkan harga makanan sesuka hati. Ada yang sudah merancang perjalanan balik kampung dari sebulan sekali kepada dua bulan sekali. Segala-galanya yang mewah dan berlebihan dahulu terpaksa di kurangkan.
Ramai sudah mula mengambil sikap berhati-hati atas apa yang dilakukan sekarang. Semua seolah-olah hidup dalam ketakutan sambil mengira-ngira kemungkinan yang berlaku esok. Minyak naik lagikah, atau beras tiada di pasarankah atau gula di sorokkan pengilangkah. Esok merupakan sesuatu yang tidak pasti. Dunia serba terbuka menyebabkan segala-galanya tidak menentu. Ada yang bertanya sampai bilakah keadaan ini akan berlaku?
.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan