"Akhir sekali cerpen “Takbir Pada Akhir Ramadan” karya Norziati Mohd Rosman berjaya memberikan sebuah cerita yang mengesankan dari segi emosi. Pemaparan cerita dengan bahasa yang baik dan sederhana membawa pembaca bergerak dari satu plot ke satu plot dengab lancar. Cerpen ini memberikan sebuah imbas muka (foreshadow) yang baik. Bagaimana isteri Pak Imam pada bulan puasa ini tiba-tiba meminta Pak Imam berbuka, bersahur dan bertazkirah di rumah. Isteri Pak Imam juga bertambah-tambah layanannya kepada Pak Imam. Tentunya Pak Imam mengganggap isterinya memerlukannya di rumah setelah saban tahun bulan puasa, masanya penuh di surau. Pak Imam memikirkan ada benarnya juga kata isterinya itu. Anak isterinya juga memerlukannya di rumah.
Namun, setelah dua malam Pak Imam menghabiskan masanya beribadat di rumah, Pak Imam berasa rindu untuk ke surau. Pak Imam kembali ke surau untuk menghabiskan masanya memimpin ibadat di situ. Isteri Pak Imam akur mengikut Pak Imam ke surau setiap masa dan tidak berenggang dengan Pak Imam. Terasa juga keganjilan kepada Pak Imam, tetapi ia hilang kerana kesibukan Pak Imam beribadat. Rupa-rupanya itulah Ramadan terakhir isterinya bersama-sama Pak Imam. Isterinya emninggal dunia akibat kemalangan pada takbir pertama Syawal.
* Analisis ini saya salin secara terus dari majalah Tunas Cipta tanpa sebarang penyuntingan. Secara jujur, saya amat terharu dengan komentar yang diberi. Bak kata seorang kawan, ia adalah pemberi semangat untuk saya terus berkarya
** Jika ada yang kurang percaya akan analisi ini, sila dapatkan Tunas Cipta edisi Disember 2006. Dapatkan segera sebelum kehabisan!
11 ulasan:
Kenapa tak menulis lagi di blog positif saja... saya sukakan tulisan anda yang jujur tetapi mengesankan...
Ohh... ya ke?
Saya ada banyak perkara dalam kepala, namun masa amat cemburukan kesibukan saya. Saya sedang buat dan cuba kemaskinikan blog semampu mungkin.
Maaf ya...
:-)
Tahniah!
Beruntung dspat ulasan dari penulis terkenal seperti SM Zakir
Saya setuju yg gaya tulisan sdr lancar dan sedap dibaca.
Teruskan menulis!
salam,
tahniah kak norziati, baru baca cerpen akak tadi...
semoga akan jadi penulis yang tersohor satu masa nanti!
p(^_^)q
p/s --> Membaca cerpen akak sama perasaannya seperti membaca blog akak, tak sabar2 nak tahu kesudahan cerita.. sangat menarik!
Terima kasih En JR dan Puteh Seroja. Cerpen ini saya perap selama setahun. Saya tulis pada Ramadhan tahun lepas. Dari semasa ke semasa saya sunting dan tampal.Mungkin kerana perencahnya cukup, saya tidak pasti. Tetapi ulasan Sdr SM Zakir memang mengujakan dan sama sekali saya tidak menyangka.
:-)
Catat Ulasan