Judul :Saga
Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Cetakan :15, 1998Tebal : 388
ISBN: 967-61-0100-1
Ada dua sebab mengapa saya beli buku ini. Pertama kerana ia mendapat Hadiah Pertama Sayembara Novel Gapena 1976, atau kira-kira 31 tahun dahulu (lebih dari usia saya). Kedua kerana ia dilelong pada harga RM 10.00 di Jalan Masjid India. Harga yang ditampal pada kulit buku ialah RM 14.00. Jadi, jika buku ini memenangi Sayembara Novel Gapena 1976, mengapa jatuh sangat maruahnya dilelong begitu?
Statusnya yang memenangi Sayembara Novel Gapena 1976 menyebabkan buku ini di ulang cetak sebanyak 15 kali bermula 1976 sehingga 1998 dengan dua kali cetakan pada 1977 dan 1998. Blurb mencatatkan “...Sehingga kini, Saga boleh dianggap sebagai salah sebuah novel yang terbaik dan paling laris yang pernah diterbitkan.” Saya kurang periksa tentang perkara ini tetapi mungkin ada benarnya dengan melihat kepada banyaknya ia diulang cetak.
Saga mengisahkan tiga orang sahabat iaitu Hisyam, Rahmat dan isterinya, Munirah yang kembali ke kampung meninggalkan kerjaya dan kehidupan dikota bagi membangunkan masyarakat di kampung Rahmat yang ketinggalan dari segala segi. Harus diingat, kisah ini berlatar belakangkan suasana 1970-an dimana pengaruh komunis masih kuat, bekalan air, elektrik atau telefon masih belum ada, tv belum wujud, dan pendidikan anak-anak tidak menjadi perkara utama. Apatah lagi Kg Batu Ragi yang terpencil di daerah Segamat, Johor dan dapat dihubungi dengan laluan air, segala-galanya nampak sukar bagi seseorang yang telah biasa dengan kehidupan kota.
Namun Rahmat sebagai anak jati kampung itu tidak memandangnya sebagai alasan. Mereka bukan bertanggungjawab membangunkan kampung, tetapi juga pemikiran masyarakat. Hasrat membuka fikiran mereka yang tertutup perlu diatasi dengan membuang pengaruh bomoh dalam kehidupan, perkara biada’ah dan khurafat, stigma masyarakat terhadap kemajuan dan pembangunan, membuang kemiskinan dan membawa sistem baru dalam kehidupan dan bermasyarakat.
Cabaran yang dihadapi bukan sedikit. Pelbagai masalah dalam hidup bermasyarakat di paparkan disini. Konflik dalam keluarga, hasad dengki, fitnah, khianat, dendam, talam dua dan mengadu-domba muka, cinta terhalang, tanah dan maruah yang menjadi sebahagian dari rentak hidup semua terpapar pada pelbagai watak. Meskipun ada yang menentang, yang menyokong juga bukan sedikit. Oleh kerana sedar akan keperluan membebaskan diri dari belenggu hidup selama ini, ada yang terbuka membantu dan bersatu dengan tiga sahabat ini.
Saya dapat merasakan beban yang dihadapi Hisyam, Rahmat dan Munirah. Bukannya mudah membawa pembaharuan kepada seluruh penduduk kampung. Apatah lagi Rahmat tetap dianggap asing hanya kerana meninggalkan kampung bertahun-tahun bagi melanjutkan pelajaran dan berkahwin pula dengan seorang wanita yang baru memeluk Islam. Rahmat ibarat memecahkan tradisi hidup yang selama ini mereka pegang.
Apa yang menarik dalam novel ini ialah setiap bab disusun menggunakan sudut pandangan yang berbeza. Misalnya bab pertama adalah dari sudut pandangan Hisyam manakala bab kedua Munirah, bab ketiga Rahmat dan begitulah seterusnya. Novel ini turut menggunakan banyak pepatah dan bidalan lama yang jarang didengari (atau mungkin saya sahaja!) yang sama ada di ucapkan oleh watak atau di ceritakan secara langsung oleh penulis. Mungkin itu adalah keunikan novel ini selain temanya yang berjaya mengangkat buku ini memenangi hadiah pertama.
Saya mengambil masa hampir satu bulan setengah menghabiskan novel ini kerana – mungkin kerana gaya penulisan 70-annya yang menyebakan saya perlu mengambil masa yang agak lama bagi menghadamnya. Namun secara keseluruhannya saya berpuas hati kerana segala kesusahan tiga sahabat ini dapat saya rasakan dan terasa segala pengorbanan yang dilakukan itu amat murni demi kemajuan masyarakat.
Jadi, apa kesudahannya? Saya rasa lebih baik dapatkan segera buku ini bagi mengetahui kisah yang berlaku.
“...apabila kerapkali aku dalam keadaan mendung, kau ibarat angin sejuk yang akan menukar mendung tersebut menjadi titik-titik air hujan. Mengapa tidak kau – berikan haba agar awan yang mendung, hitam akan menjadi putih bersih dan cuaca murni...”
Jumaat, Mac 23, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
72 ulasan:
Salam.
Saya pernah menekuni Saga sebagai teks kajian subjek Malay A1 dalam program International Baccalaureate.
Sebenarnya, pengkritik sastera tempatan berpecah dua apabila membicarakan Saga. Satu berpendapat ini novel prolifik, terutamanya dalam mencelikkan masyarakat Melayu. Tetapi pihak satu lagi pula berpendapat ini novel soft porn!
Ehhmmm.... menarik juga. Tapi kalau dihayati betul-betul, memang ada unsur seperi itu. Cuma bila membaca tu, kita kena memahaminya betul-betul sebab kiasan yang digunakannya memang membawa maksud trsirat yang amat dalam. Sebab tu, ada ayat yang kena baca dua kali baru faham maksud.
Itu baru betul-betul mencabar minda..
Saya sangat suka novel itu, berkali-kali baca pun tak jemu, sedari kecil novel itu jadi teman saya bila saja saya rasa mah membacanya.
Hisham dan rahmat menjadi dua watak yang buat saya rasa bersemangat...memang ada sedikit unsur porn tapi tidak menjejaskan ruang lingkup keseluruhan cerita itu.
Semangat mereka yang membangunkan kampung itu yang saya rasa perlu dicontohi...
Bila lelong? Kedai mana? Sampai bila? hihihi..banyak soalan. Saya ada dulu, tapi dah lesap! Siapa kebas pun tak pasti. Nak beli lagi ni.
Sdr Hani, saya baca novel sekali sahaja, buat setakat ini. Masih belum jumpa novel yang membuat saya ingin baca lebih dari sekali.
Kitab agama ya, baca berkali-kali, terutamanya kalau nak hafal ayat Quran, hihihihi..
Jazakallah
kedai buku di Hosp UKM Cheras ada jual Saga - dalam kuantiti yang besar... Sesungguhnya saya mengikuti dari Saga hingga Saga 3
Wah,sdr Mohamad Kholid, sedang minum tehkah? Warga tanah tinggi Cameron. Erm, saya sekeluarga pernah bercuti ke sana, cukup indah & menarik. Cadang nak ke sana lagi.
Saya ada Saga 2 & 3, Saga 1 dah lesap diambil orang, itulah nak beli lagi.
Salam ukhuwah.
g3Xzbr The best blog you have!
Wonderful blog.
Thanks to author.
Magnific!
Thanks to author.
Good job!
Wonderful blog.
Magnific!
hU9cfT write more, thanks.
Good job!
Hello all!
Please write anything else!
Hello all!
Please write anything else!
Please write anything else!
Thanks to author.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Nice Article.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Magnific!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Wonderful blog.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
When there's a will, I want to be in it.
Suicidal twin kills sister by mistake!
Give me ambiguity or give me something else.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Suicidal twin kills sister by mistake!
Suicidal twin kills sister by mistake!
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
Suicidal twin kills sister by mistake!
Thanks to author.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Give me ambiguity or give me something else.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
When there's a will, I want to be in it.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Suicidal twin kills sister by mistake!
Oops. My brain just hit a bad sector.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Good job!
All generalizations are false, including this one.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Please write anything else!
Change is inevitable, except from a vending machine.
Give me ambiguity or give me something else.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Give me ambiguity or give me something else.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Thanks to author.
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
Good job!
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Please write anything else!
Oops. My brain just hit a bad sector.
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
Save the whales, collect the whole set
Oops. My brain just hit a bad sector.
Save the whales, collect the whole set
C++ should have been called B
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Catat Ulasan