Minggu lalu boleh di katakan antara yang paling kelam kabut di pejabat. Receptionist yang baru 3 bulan bekerja berhenti 24 jam kerana menerima tawaran sebagai kerani di Bukit Aman. Pegawai Akaun pula pada hari Isnin tiba-tiba mahu berhenti kerja kerana merajuk dan tidak tahan asyik kena marah. Dan yang lebih dahsyat, Credit Control Executive yang kami gelar Along bergaduh, bertekak dan memekik-mekik pada hari Jumaat dan terus balik rumah. Walhal belum dua bulan bekerja.
Mungkin ini antara kejutan yang perlu saya lalui. Pegawai keluar masuk sesuka hati. Selepas elok di ajar itu ini, terus lari meninggalkan kami terkapai-kapai.
Aduhai...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
“Perempuan dengan airmata memang tak boleh di pisahkan!” Buat kesekian kalinya airmata ini mengalir lagi. Aku tak mampu untuk sujud dengan l...
-
"Penat, bosan, sedih, haru, menyampah, kosong, sunyi, geram, marah, cemburu..... apa lagi?" "Kenapa" "Semua perasaa...
-
"Sekiranya apabila keluar yang menuntut di dalamnya [universiti] itu bolehlah ia menjadi guru menasihatkan anak bangsanya dengan ikhlas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan