Rabu, Disember 03, 2008

Waduh!!

Mahu percaya atau tidak, tapi itulah yang berlaku. Andai ia di namakan writer's block, ia adalah kesempatan yang baik untuk membaca sebanyak yang boleh dan memeram idea sehingga masak. Tetapi selalu-selalu juga jadi ranum hingga busuk sampai dah tak boleh nak buat apa (teruk betul).

Sekarang ini saya sedang membaca:
  1. Mevrouw Toga [Arena Wati] >> payahnya nak habis..tinggal separuh lagi
  2. Ayat-Ayat Cinta >> sedang mengulang baca sambil menambah dan mencari ilham
  3. Da Vinci Code versi e-book terjemahan ke bahasa Indonesia >> cukup mengujakan, baca berselang seli menonton filemnya yang di download dari youtube. Teknologi kadangkala memudahkan, tetapi soal hakcipta bagaimana pula ya?
Saya mungkin tidak akan mengemaskini blog sehingga Aidil Adha. Ya, ada perkara yang membelenggu diri dan bakal mengubah perjalanan hidup saya seratus peratus. Selamat menyambut hari raya korban dan semoga pengorbanan Ismail dan Ibrahim itu terkesan dalam diri kita.

Writer's block? Hmm...

.

3 ulasan:

salida amran berkata...

kak, selamat bercuti panjang, selamat hari raya...eh?mengubah hidup a.k.a mengubah status ke?

Norziati Mohd Rosman berkata...

ermmm...hmmm....

:-)

ASaL berkata...

Jualan gudang Dawama DBP sedang berlangsung. Gi la jika ada masa, semuanya dijual, murah!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...