Kata-kata paling menakjubkan minggu ini adalah dari
jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee. Petikan ini banyak diambil sebagai motivasi dalam blog, FB, Twitter dan menjadi ucapan paling hangat. Saya percaya kata-kata ini akan menjadi quote-of-the-year.
They don't respect you, they don't
respect our flag, they don't respect our King and they don't
respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You
must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds.
We showed them how it is done.
Sumber: NST
Sumber: NST
Mereka tak hormati kamu, tak hormat bendera
kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka kamu adalah pengecut. Kamu
mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia. Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua
kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan
bagaimana melakukannya
Kata-kata pembakar semangat ini diucapkan ketika masa rehat separuh masa pertama. Ia menjadi pembakar semangat untuk Harimau Muda menegnepikan provokasi hebat para penyokong di stadium Mental mereka kental, semangat sangat tinggi. Tahniah. Kalian memang layak.
Sesungguhnya saya rindukan suasana menonton bolasepak seperti perlawanan akhir tempohari. Blok apartment kelas rendah saya riuh rendah dengan sorakan penonton. Hentakan kaki, jeritan, ketawa, kritikan, sumpah seranah, tepuk tangah, mengeluh seolah-olah menjadi irama senada dimana-mana lokasi seluruh negara. Selang dua hari menentang Syria, suasana meriahnya tidak sama. Sebab Syria tu tak provok kita, komen seorang teman FB. Betul juga
Teringat kembali suasana ketika Malaysia menang Piala Thomas 1992. Dimana-mana selepas itu semakin ramai memegang raket. Sekarang, pakai jersi Harimau Malaya pergi pasar pun rasa bangga. Kedai bundle dan t-shirt celup pun kaut untung.
Tahniah Harimau Muda. You're the man!
4 ulasan:
Setuju ia menjadi 'quote of the year'. Bagus lagi kalau dibuat papan-papan iklan di seluruh negara sebagai api semangat. Kah...kah...kah !
Kata-kata yang baik mampu merangsang semangat pemain. Harap-harap Malaysia mampu kalahkan Bahrin!
Harap-harap Malaysia menang dengan Bahrin menebus kembali maruah.
haha kak, saya pun turut sama terkenang suasana menonton piala thomas 1992. antara babak-babak termanis dalam sejarah!
Catat Ulasan