Dalam seminggu, beberapa kali saya mendengar orang terdekat menuturkan ayat yang menyalahkah sikap sesetengah orang yang tidak disukainya sebagai sikap orang kampung. Pertama kali mendengar saya ketawa - apa kena mengena orang kampung dengan sikapnya yang dikatakan buruk? Kampung sangatkah? Atau hanya orang bandar mempunyai sikap-sikap yang baik, maksum, terpuji dan suci?
Sungguh, saya terkejut mendapati ini merupakan satu fenomena baru - menyamakan sifat kekampungan sebagai refleksi terhadap perangai yang tidak disukai. Walhal saya tidak melihat apa-apa yang salah pada orang kampung yang dicelanya itu melainkan sikap orang bandar itu yang perasan bagus dan baik, yang seolah-olah dialah yang bertamadun, pandai, cerdik, berhemah dan ada kelas tersendiri. Dan dia pun bukanlah bandar sangat, dan si kampung pun bukanlah kampung mana pun!
Dari mana asal dan datang kita bukanlah kayu ukur siapa kita, tetapi apa yang kita zahirkan itu adalah cerminan diri kita. Maka berhati-hatilah bertutur wahai kawan-kawan! P Ramlee pun orang kampung, tetapi dia melahirkan pemikiran yang tinggi dalam filem dan lagunya hingga menjadi kajian masa kini. Berhati-hatilah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan