Sudah masuk hari ke-32 hari ini. Januari sudah berlalu dan Februari mengambil alih. Hari-hari berlalu seperti biasa buat saya, menempuh perjalanan ke pejabat, bekerja dan pulang kembali. Setiap hari saya melihat perubahan-perubahan di kawasan kejiranan yang naik berdiikit-dikit. Jika semalam masih belum ada bumbung, hari ini pekerja giat memasang atap. Atau tiba-tiba pagar sudah berdiri memisahkan rumah dan jalanan yang luas. Kawasan ini masih belum siap sepenuhnya, dan dihujung jalan dapat dilihat tanah sedang diratakan untuk fasa pembangunan berikutnya. Selepas ini siapa tahu, saya hanya melihat konkrit rumah, bukannya pohon menghijau di bukit bukau sekitar pergunungan Langat.
Dan Januari juga menjadi saksi saya memberanikan menghantar surat perletakan jawatan secara mengejut. Hampir semua terpempan dan hingga sekarang mereka masih menanti apakah saya akan menarik balik notis tersebut. Biar saya simpan sahaja jawapan itu.
Jumaat, Februari 01, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
Ketika bertanya tentang kerja di DBP tempoh hari, saya belum baca lagi tulisan kak yang ini. Maaf!
Tak mengapa. Itulah rezeki namanya. Ruang dan peluang ada di mana-mana, insyaAllah :)
Catat Ulasan