Saya sering membayangkan sesuatu akan berlaku pada diri sendiri yang kemudiannya menyebabkan diri saya bertukar 180 darjah. Sama ada dari segi kerjaya, kehidupan atau pun perjalanan hidup. Tetapi saya juga tahu ia tidak akan berlaku tanpa daya usaha sendiri. Doa memang penting tetapi tindakan tidak dihalakan ke arah matlamat memang menjadikan bayangan itu sekadar khayalan.
Namun begitu, 'sesuatu yang akan berlaku' itu biarlah bukan dari peristiwa yang mendukacitakan atau peristiwa pelik dan ganjil. Malah kemungkinan berlaku pun entahlah, tak pernah ada statistik untuk itu saya kira. Jadi, saya buangkan sahaja bayangan atau angan-angan itu, kembali berpijak ke bumi yang nyata. Tak usah mengharapkan sesuatu tetapi berusaha menghasilkan sesuatu.
2013 saya kira membawa perubahan yang baik untuk diri. Selepas pindah ke rumah yang diusahakan atas titik peluh sendiri (ah, bukan menukanginya sendiri pun) pada penghujung tahun lalu, saya bertukar kerja ke bidang yang sungguh berbeza dari apa yang saya kerjakan sebelum ini. Ini kerjaya ketiga dalam hidup. Memasuki bulan ketiga, saya sudah mula nampak perkara yang tercicir sebelum ini - yang kabur, yang menjadi gelap - sudah kembali memancarkan sinarnya. Banyak yang perlu saya pelajari dengan pantas, misalnya membaca banyak buku bagi menambah ilmu dan kefahaman. Dari sehari ke sehari saya menemui benda-benda baru yang menarik dan mengujakan, menjadikan saya kian seronok dan jatuh cinta. Jatuh cinta setiap hari.
Semoga ia adalah apa yang saya cari selama ini. Inilah masa menggilapnya semula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, m empelaja...
-
i) Hujung minggu yang lalu saya menghadiri Kursus Induksi bersama kawan-kawan sebagai persediaan awal dan membincangkan beberapa perkara pen...
-
Kala jengking ini sifatnya baik. Kalau kau mahu tahu, dia tidak akan menggigit atau menyengat kecuali jika di sentuh. Bila dia diusik atau t...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan