Kita tidak perlu mengenali mereka untuk mengetahui erti kematian.
Kerana kematian adalah bahasa sejagat.
Ia adalah pemergian dan kehilangan.
Selamat berpulang ke negeri abadi.
Mereka pergi rupanya tidak kembali lagi
Pagi mendung. Malaysia berkabung.
Kerana kematian adalah bahasa sejagat.
Ia adalah pemergian dan kehilangan.
Selamat berpulang ke negeri abadi.
Mereka pergi rupanya tidak kembali lagi
Pagi mendung. Malaysia berkabung.
-Norziati Mohd Rosman
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(An-Nisa' : 78)
(An-Nisa' : 78)
Buat anak kapal dan penumpang #MH17 warga Malaysia, Selamat pulang ke pangkuan keluarga dan negara tercinta. Walaupun ruh-ruh kalian telah lama pergi mengadap
Sang Pencipta iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala, namun ditakdirkan Allah
jasad-jasad kalian akan selamanya bersemadi di bumi Malaysia negara
bertuah ini. Ini juga sebahagian daripada takdir-takdir Allah yang kita
imani. Yang beriman dan beramal soleh semoga Allah merahmati dan
mengampuni kalian. Amin. - Abu Akhyar Al-Qudsi
Berkabung
dalam pengertian menzahirkan perasaan sedih dan pilu atas kematian
orang yg tersayang bukanlah perkara yg bid'ah. Nabi juga menzahirkan
kesedihannya atas pemergian Siti Khadijah dan Abu Talib. Tiada masalah
bahkan digalakkan untuk kita mendoakan kerahmatan bagi kaum Muslimin yg
telah meninggal, terkorban dalam suatu tragedi yg menyedihkan, tentunya
dengan kaedah yang tidak sama yg dilakukan oleh bukan Islam. - Dr Khalif Muammar
Kematian menghidupkan hati yang mati. Mati itu pasti - Penduga Arus
Bu di sini awannya mendung
mungkin sekali, ia juga sedang berkabung
Dik, hari ini abangmu pulang
dengan sebuah pesawat penumpang
bersama jambangan bunga
dan segugus doa kudus
beralas tikar mengkuang.
Jangan tuhan kita salahkan
kerna manusia bernafsu setan.
Bu, biarlah pulang mereka ditangisi
muga tiba di sana, dipeluk bidadari.
Dik, usah rawan, tuhan itu teman.
Solemn and dignified. Never forgotten. Forever honoured. Welcome home.
No words can express the sense of loss in seeing the bodies return, my prayers are with the victims and families of #MH17 - PM DS Najib Tun Razak
You never know how strong you are, until being strong is your only choice. #staystrong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan