'Baca teks berdasarkan kepada maknanya yang silam. Past significant, present meaning'
Khamis, Disember 18, 2014
Tiga hari
Selesai menghadiri Penataran Manuskrip Melayu selama tiga hari di
DBP, di celah kesibukan kerja yang menunggu diselesaikan menjelang
hujung tahun, mesyuarat luar dan demam yang tiba-tiba datang. Berpeluang
menimba ilmu dalam bidang manuskrip lalu diperkenalkan pula dengan
cabang ilmunya yang besar seperti filology, codicology, textology,
paleography dan bermacam-macam lagi istilah yang ada. Syarahan yang
disampaikan oleh sarjana yang ahli dalam manuskrip, sastera dan sejarah menampakkan
betapa mudahnya kita terpesong dengan bacaan jika tidak faham konsep
sebenar naskhah yang ada di alam Melayu. Ditambah pula dengan latihan
membaca naskhah Sulalatus Salatin pelbagai edisi dan versi yang tertulis
tulisan Jawi menunjukkan ragam baca yang pelbagai dan boleh membawa
makna dan kesan yang berbeza. Akhirnya, berpeluang duduk bersama dengan
sarjana yang berusia menghidangkan kita peluang yang menarik untuk orang
muda agar sentiasa berhati-hati dalam berbicara, menjaga adab dan
bahasa dan menghormati mereka bukan hanya kerana ilmu, tetapi pengalaman
yang sering mematangkan usia. Banyak nasihat mereka bukan sekadar untuk
pencarian ilmu, tetapi dalam menghadapi kehidupan ini juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan