Gara-gara kehadiran bakteria salmonela yang tidak diundang dalam hidangan ayam masak merah, dengarnya ramai yang takut menyentuh ayam. Kenduri perkahwinan yang sepatutnya mengundang ria bertukar duka dan kecewa. Pelbagai telahan dibuat bagi mencari punca. Rupanya musibah bermuara dari ayam yang tidak rapi terjaga.
Akibatnya, satu negara dilanda gempita. Risau terkena jangkitan yang sama. Sudah mula membelek-belek ayam sebelum makan atau lebih berhati-hati ketika membeli ayam mentah. Ada juga yang mula beringat untuk menghindari pasaraya kerana sudah ada desus desas ayamnya tidak sempurna sembelihannya. Maka mereka cuba menjejakkan kaki ke pasar basah, mencari di mana pasar pagi atau menyinggahi pasar malam bagi mencari ayam dari peraih yang lebih diyakini sembelihannya.
Ayam, entah bila agaknya menggantikan ikan sebagai menu kita? Pengaruh KFC sangat kuat melanda. Dahulu ketika restoran makanan segera itu mula beroperasi di negara kita -dalam pertengahan 70-an - mereka berhadapan kesukaran untuk menjadikan ayam sebagai menu utama dalam makanan kita. Di sini, ikan adalah pilihan utama. Ayam dan daging menyinggahi tekak apabila ada perayaaan - raya, atau pun kenduri kendara.
Tetapi selepas berpuluh tahun, strategi mereka nampaknya berjaya. Kempen menukar nasi dan ikan kepada ayam dalam hidangan menjadi dan selera Melayu yang hanya mahukan nasi sahaja sudah pun berubah. Kempen dan serangan psikologi rangkaian makanan segea yang tumbuh bagai cendawan di negara sangat menampakkan hasil. Ayam sudah berkepak di mana-mana. Anak kecil sekarang enggan menelan ikan.
Keadaan ini menjadikan ayam menjadi barang atau komoditi yang sensitif dalam masyarakat kita. Bayangkanlah raya tanpa ayam. Atau nasi goreng tanpa ayam. Burger tanpa ayam. Pasar malam tanpa ayam goreng. Sate cuma ada sate daging atau rusa. Murtabak cuma murtabak telur. Ya, pilihan jadi terhad.
Isu ayam bukan sedikit di negara ini. Tiap kali musim perayaan, kenaikan harga ayam amat dirasai. Saya pernah bercerita bagaimana persatuan penternak ayam gigih bersatu bagi memastikan harga ayam naik menjelang raya puasa. Tetapi tidak pada raya cina atau deepavali? Mngapa? Konspirasi terancang? (entah dimana entrinya, tak jumpa).
Kini, ikan sudah menjadi barang mewah dan harganya melambung tinggi. Ikan bilis pun berpuluh-puluh ringgit sekilo. Tak kan nak makan ikan kering setiap hari? Sardin?
Peliknya, nelayan tetap turun ke laut dan hidup mereka tetap tidak berubah. Mereka tetap bangun seawal pagi dan balik lewat petang, bermain gelombang san panas yang membakar kulit. Hasil yang dibawa diserah kepada peraih. Hasil yang dibawa entahkan setimpal atau tidak dengan titik peluh yang menitis.
Ikan tidak pernah habis-habis meskipun dijala setiap hari. Nelayan juga tidak juga kaya-kaya meskipun berjaya menangkap ikan dengan banyaknya setiap hari. Mereka tetap menjadi nelayan. Mereka tetap menangkap ikan.
Ahad, Oktober 13, 2013
Jumaat, Oktober 11, 2013
Darah muda
Ketika menghadiri satu mesyuarat, kelihatan tuan Penasihat menyertai kami. Berbeza dari biasa, kedatangan beliau malam ini seperti membawa sesuatu khabar. Atau mungkin, amanat.
Rupanya dia memang ingin memberi nasihat. AJK dalam perrsatuan masih muda belaka. Dasar darah muda, buat kerja semuanya nak cepat. Bercakap tidak berlapik. Buat kerja juga semberono. Habis semua dinding dan tiang dilanggar. Akibatnya, adalah hati-hati yang terasa. Ada yang mula meminggirkan diri. Surau yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan mula menampakkan bibit perpecahan. Dalam hati sempat saya berbisik, 'surau belum berdiri tapi AJK dah berpecah. Typical Malay attitude.' Segera saya teringat cerpen Robohnya Surau Kami oleh A.A Navis.
Semua yang diututrkan oleh penasihat saya ambil peduli dan dengar dengan teliti, kerana saya ia juga refleksi terhadap diri dan masa depan saya juga.
Ini antara inti pati nasihatnya yang telah saya tweet, dan diletakkan di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri.

- Penasihat menasihatkan AJK yang muda belaka agar rasional dan patuhi perlembagaan
- Katanya ada 2 perkara penting dalam persatuan: accountability dan empowerment
- Empowerment menjadikan kita gembira kerana mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas. Accountability merisaukan kita atas tanggungjawab itu
- Bercakap itu lebih penting dari membuat telahan macam-macam
- Kempen bertujuan mengiyakan yang satu dan menidakkan yang lain
- Ketidakfahaman akan undang-undang dan ragam berpersatuan selalu menyebabkan clash of interest dan personal conflict sesama AJK
- AJK kena ingat susunan hirarki, tidak melampaui kuasa, hormati reporting line. Pelantikan dan peletakan jawatan perlu melalui mesyuarat
- Struktur organisasi juga kena betul. Ketua mesti memainkan peranan. Persatuan lemas bila ketua hanyut. Kapal pun karam
- Nasihat Dr Razak sangat menyentuh saya. Sudahlah banyak masuk persatuan dan jadi AJK. Accountabilty & empowerement - kena ingat itu
- Melihat apa yang berlaku dalam AJK, nyatalah sikap sangat memainkan peranan utama. Ia boleh meruntuh dan menaikkan
- Persatuan tidak akan naik dengan satu orang. Collective responsibility. Sama-sama berusaha, bekerjasama, saling mendengar, ikhlas dan jujur
- Sikap sangat penting. Bila dalam satu kelompok, sentiasalah mendengar, memahami, bertolak ansur. Usah biarkan orang ikut kepala angin kita
- Sikap AJK menentukan naik turun persatuan. Persatuan kecil, besar, baru atau lama sentiasa berhadapan dengan masalah sikap AJK dan ahli
- Nasihat Dr Razak malam ni sangat membantu untuk saya muhasabah diri semula akan tanggungjawab terhadap jawatan yang saya pegang
- Dan perkara yang sama juga berlaku dalam persatuan saya yang lagi satu. Ya, moga baik-baik sahaja
- Semoga AJK persatuan kami bersatu kembali dan surau dapat dirikan. Yang bermasalah AJK surau tapi persatuan terpalit
- Susah dapat orang gila kuasa, apatah lagi bila dalam persatuan penduduk. Jiran belaka semua tu. Nak menegur punyalah payah
- Nasib baik saya dalam biro lain. Biro yang sangat sibuk tapi kerja semua mantap. Sebabnya - AJKnya lelaki. Saya sekuntum bunga
- Duduk dalam biro ini pun atas pengalaman lalu. Jadi nampak sungguh perempuan tak boleh memimpin. Jelas, bukan?
Khamis, Oktober 10, 2013
Menjadi batu
Rasanya baru lagi bila perkara itu timbul. Masing-maaing menjadi keras, kaku dan tiada emosi. Semua seperti mahu bermain api, sedang mengumpulkan kayu yang kering menanti waktu untuk dicucuhkan api. Nanti ada yang akan rentung hangus terbakar. Ada yang melihat, ada yang bertepuk tangan.
Menjaga hati bukanlah susash. Cuma berbuat baik, ikhlas, jujur, tenang dan sabar. Tetapi menjadi baik, iklas, tenang, jujur dan sabar tidak semudah bicara. Menukarkan kata-kata kepada tindakan memerlukan ego dipijak-pijak hingga lumat. Siapa mahu keberadaan diri dicabar dan tercabar?
Masalah akan hilang jika diselesaikan. Jika kita lari, ia akan mengejar kita. Jika dibiarkan, ia menumpuk menunggu masa menimpa kita. Mendiamkan diri bila berhadapan dengan masalah tidak dapat menyelesaikan apa-apa, sebaliknya boleh memburukkan keadaan.

Proses
Rasanya pernah saya bercerita di sini, bahawa kehidupan kita adalah satu proses (entah entri mana, malas nak cari).
Kita membesar dari saiz yang kecil kepada besar - ini adalah proses.
Kita menjadi matang dari sifat anak-anak kepada dewasa yang kian menggegarkan.
Kita berhadapan denegan manusia yang pelbagai dan kita belajar dari kepelbagaian itu.
Kita menepis dan mengolah apa-apa yang datang kepada kita, baik dalam bentuk pemikiran, sikap atau pengaruh yang boleh jadi negatif atau positif. Menepis dan mengolah itu adalah proses kita menjadi waras dan rasional.
Kita berusaha menilai sikap dan perwatakan kawan dan lawan sebagai usaha untuk memudahkan kita berhadapan dnegan mereka. Ini juga proses.
Berada dalam kelompok masyarakat moden yang terlalu terdedah menerusi facebook, twitter, instagram, whatsapps, blog dan website, segala maklumat yang datang kepada kita adalah sepantas jari menaip. Tetapi kita jangan biarkan jari kita membuat keputusan dan memutuskan pilihan tanpa sempat ia menyinggahi otak untuk diproses oleh akal dengan waras. Kalau kita menaip dan menjawab dengan sepantas menaip tanpa memberi ruang utnuk otak berfikir dahulu, hasilnya memang mengundang amarah, lalu mewujudkan apa yang dipanggil keyboard warrior. Pahlawan di atas papan kekunci. Berperang dnegan aksara dan skrin. Bukan mengalirkan pilihan dengan akal. Perang yang tidak membawa banyak kebaikan. (Mana ada perang membawa kebaikan?)
Hidup ini adalah proses. Saya percaya setiap orang boleh berubah dan boleh diubah. Dia hanya perlu bersedia menerima dan bersedia memberi. Menerima nasihat dan memberi kepercayaan agar nasihat itu boleh diubah dalam bentuk tindakan. Lalu dia percaya bahawa nasihat itu boleh mengubahnya. Berubah dari sikap kepala angin kepada yang lebih rasional. Berubah dari panas baran kepada sabar. Berubah dari pelupa kepada ingat. Berubah dari malas kepada rajin. Berubah dari sikap merungut kepada tindakan.
Saya sendiri pernah melalui fasa-fasa itu. Malah saya percaya semua orang pernah melalui proses perubahan. Mengubah diri dari sisi gelap kepada yang lebih baik. Membawa diri lebih baik dari semalam. Menjadikan diri lebih percaya kepada masa hadapan. Kerana kuasa itu di tangan Tuhan dan kita percaya bahawa Dia yang memberi kita kuasa untuk berubah.
Mahu dengar bagaimana saya berubah? Nanti kita berbicara dengan secawan kopi. Pastinya bukan di hadapan skrin :)

Sabtu, September 14, 2013
Secawan kopi petang
Saya menyedut nikmat secawan kopi yang dikisar halus pada petang yang agak panas. Aroma kopi bertebaran memenuhi ruang kafe yang dipenuhi pengunjung. Mata rancak memandang pesanan yang menyinggahi telefon bimbit sambil telinga dihiburkan oleh alunan muzik jazz yang dipasang pada kadar perlahan.
Dia dihadapan saya memerhati pelanggan yang silih berganti menuju ke kaunter memesan hidangan, masih menantikan soalannya yang belm saya jawab. Masih sabar menanti.
Saya menarik nafas panjang. Agak lama saya mengambil masa sebelum membalas persoalanya. "Kita tidak boleh memaksa orang menerima pendapat kita, sebaliknya meminta mereka masa untuk mendengar," ujar saya selepas beberapa ketika.
Dia mengerutkan dahi. Saya faham, dia tidak dapat menangkap kemas apa yang saya maksudkan. "Manusia sekarang ramai menghadapi masalah jiwa. Masalah ini berlaku akibat kegagalan dia mendapatkan orang yang sudi mendengar ceritanya, mendengar masalahnya atau menjadi teman untuknya berbual."
"Jadi?" Dia kurang sabar mendengar analogi saya.
"Bila dia bertemu pakar psikiatri, bukanlah ubat yang membantu dia menjadi tenang tetapi peruntukan masa dan kesudian pakar psikiatri itu mendengar. Pesakit itu cuma mahukan teman untuk menjadi tempat dia bercerita."
Dia kurang berpuas hati dengan penjelasan saya. "Apa kaitannya dengan masalah dan percanggahan yang wujud dalam sesebuah organisasi? Dalam syarikat atau masyarakat misalnya?" Dia menyuarakan persoalan asal, seolah mengingatkan saya agar kembali kepada akar perbincangan.
"Maksudnya, pesakit jiwa itu cuma mahu orang mendengar kisahnya, mendengar keluhannya. Mahu ada orang mendengar meskipun itu kisah yang sama yang diulang-ulang. Itu sebenarnya sudah cukup memberi ketenangan kepadanya." Saya berhenti sebentar, membiarkan bunyi hingar LRT yang berlalu diatas landasan yang letaknya betul-betul di sisi kami.
"Kemahiran mendengar pada diri kita sudah hilang sejak akhir-akhir ini. Kita terlalu mahu semua orang mendengar dan bersetuju dengan kita tetapi tidak mahu memberi ruang untuk kita sendiri mendengar pandangan orang lain."
Dia menghirup kopi perlahan-lahan, cuba memahami atau mungkin, cuma mahu mendengar.
"Dalam zaman facebook, twitter, instagram, whatsapps, we chat dan macam-macam media sosial sekarang ini, kita menyuarakan sesuatu supaya orang lain bersetuju dengan kita. Bila ada orang komen dan tidak bersetuju dengan kita, lihatlah betapa kita membalas komen tersebut, melenting dan marah. Jadi, apa gunanya meletakkan status atau pendapat jika kita tidak mahu menerima pandangan lain? Untuk syok sendiri? Untuk mendapat like yang banyak? Untuk mendapat sokongan? Untuk disanjung-sanjung kerana pendapat kita itu kononnya terbaik?"
Dia tersenyum mendengarkan pendapat saya yang bertubi-tubi. Kali ini dia tidak mencelah, sebaliknya berterusan memasang telinga. Mungkin sahaja terasa dengan kemahuan saya supaya mendengar.
"Kita perlu asah kembali kemahiran mendengar dan sabar mendengar. Sebab itu kita dikurniakan satu mulut dan dua telinga. Mendengar itu lebih penting dari bercakap. Oleh sebab itu, segala masalah dan percanggahan yang wujud boleh diatasi jika kita mengambil masa mendengar apa masalah yang wujud, bersabar memahami persoalan yang ada dan sama-sama berusaha mencari penyelesaiannya. Bila kita dah dengar, pasti timbul keinginan mencari titk persefahaman."
"Jadi mendengar untuk memahami?"
Saya mengangguk. "Sebab itu, konsep asal perbahasan atau perdebatan bukanlah mahu menewaskan pihak lawan dengan hujah kita sebaliknya meminta pihak lawan mendenngar dan bersetuju dengan pandangan kita.
Apabila kita bercakap, pihak lawan mendengar, kita mahukan dia faham. Apabila dia bercakap, kita pula mendengar. Dari situ kita dapat saling memahami apa yang masing-masing mahukan. Maka mudahlah dicari satu penyelesaian yang jitu bagi menyelesaikan masalah."
"Maksudnya, konsep perdebatan dan perbahasan bukanlah menewaskan pihak lawan tetapi mahu pihak lawan memahami hujah kita?
Saya mengangguk lalu mneyedut kopi yang berbaki separuh. "Itu konsep sebenar perdebatan. Bukan saling salah menyalahkan. Menuding jari, menuduh orang itu orang ini. Menunjukkan siapa salah. Membuka aib orang. Mahu menunjukkan diri bagus."
"Tindakan yang mahu membunuh lawan," balas dia. "Jadi akhirnya, masing-masing bermusuh dan bermasam muka."
"Tepat sekali," kata saya. "Kita mestilah berbincang, bermuzakarah dan berbahas dengan cara yang insaf, teliti dan berhat-hati serta mengelakkan diri daripada pergaduhan kerana perbincnagan dan muzakarah itu adalah musyawarah. Dan musyawarah itu adalah semata-mata untuk mencari kebenaran."
"Mencari kebenaran, bukannya menyalahkan," dia mengulangi. "Alangkah indahnya kalau kita semua mahu mendengar."
"Ya," sahut saya. "Alangkah indahnya.'
Petang pun berlalu dengan tenang sambil kami menghabiskan kopi yang berbaki didalam cawan.
Rujukan: Kitab Ta'lim al-Muta'allim Tariqa al-Ta'allum, ibn al-Zarnuji

Khamis, September 12, 2013
Ramadan, gelandangan dan sebungkus nasi
Malam Ramadan 19 Julai, saya berpeluang mengikuti sekumpulan anak muda yang prihatin ke aktiviti tengah malam yang dinamakan #foodforhomeless. Sudah selalu saya dengar nama ini, yang modus operandinya ialah memberi makan kepada golongan gelandangan di ibu kota. Tetapi peluang yang dibuka untuk sama-sama menyertai mereka ini memberi seribu satu perasaan bagi saya sebaik sahaja selesai melaksanakannya.
Saya pernah terlibat dengan aktiviti hampir sama sebagai sukarelawan dengan sebuah badan beruniform. Rumah sudah tersedia di tengah kota dan tugas saya adalah mengatur makanan pada gelandangan ini tiga kali sehari - sarapan, makan tengahari dan makan malam. Gelandangan diberi ruang tidur dan harus meninggalkan bilik selepas sarapan pagi.Tetapi tugas saya tidak lama kerana berhadapan dengan komitmen yang tidak menentu.
Malam ini saya sekadar mengikut kumpulan ini, membimbit sebungkus nasi. Ada yang membawa pakaian, selimut dan baju. Setelah kumpulan dibahagikan dan taklimat diberi, kami pun memulakan langkah. Ada kumpulan yang ke Menara Maybank, ada yang Masjid Jamek dan ada yang ke Chow Kit. Memang ramai gelandangan yang tidur di kaki lima, di celah bangunan tersorok, di mata tangga dan di belakang bangunan. Saya memerhatikan mereka dari jauh. Seperti biasa, saya melihat aksi mereka, sosok badan dan tingkah laku. Perlahan-lahan kemudian saya berjalan, bergalau dalam fikiran seribu satu persoalan. Kenapa dan mengapa.
Tiba di hadapan Mydin Sinar Kota, kami berhenti dan berkumpul. Makanan dan baju telah habis di agihkan. Dari situ saya dapat lihat betapa pemurahnya rakyat Malaysia. Bukan sahaja kami yang hadir malam itu, tetapi hampir lima atau enam kumpulan yang menjinjing bungkusan makanan, berjalan dalam kumpulan dan mencari-cari siapa lagi yang belum menerima makanan. Saya fikir, kalau kami lewat sedikit, alamatnya habis semua orang gelandangan ini menerima makanan. Inilah bukti rakyat Malaysia pemurah.
Di sudut kami berkumpul, seorang gelandangan menghampiri. Dia membahasakan dirinya Pak Cik Amran. Sudah beberapa tahun bermalam dijalanan, hidup mengharap ihsan orang ramai dan makan apa yang diberi. Perbualan kami dengan Pak Cik Amran membuka dimensi lain, sesuatu yang bermain difikiran saya sebelum itu yang akhirnya diberikan jawapan.
Pak Cik Amran bercerita bagaimana mereka selaku gelandangan tidak diberi ruang untuk mengguna ruang masjid untuk mandi sebaliknya sebuah gereja berdekatan memberi kemudahan bukan hanya tandas tetapi bilik untuk mempersiapkan diri. Katanya, gereja ini tidak mengajak mereka masuk ke agama mereka tetapi memberi ruang. Dia bercerita lagi tentang sumbangan wang yang diterima oleh masjid sekitar KL pada setiap Jumaat, dan ke mana wang zakat yang dikutip pada setiap tahun. "Mereka suka dengan acara keraian, tukar perabot dan alatan pejabat tetapi apa nasib orang seperti kami?" Dia memberi beberapa situasi dan cadangannya bagi mengatasi masalah itu. Ya, nampak logik tetapi birokrasilah yang membunuh semua logik.
Saya memandang dua perkara - kepada pihak berkuasa dan orang gelandangan ini sendiri. Pihak berkuasa sudah melaksanakan tugasnya, dan orang gelandangan ini tidak boleh menuding jari kepada pihak lain. Saya melihat insan ini ada yang mengambil kesempatan, siapa tahu ada yang HIV positif, sudah dibuang keluarga yang berantakan, terlibat jenayah atau memang tidak mahu hidup seperti manusia normal. Kita bayangkan diri sendiri sahaja - adakah kita mahu tidur bergelimpangan di tepi jalan? Mereka hidup dengan masalah mereka, maka merekalah yang menyelesaikan masalah itu. Bukan orang lain. Untuk menuding pada pihak agama pun tidak adil, kerana diri sendirilah yang harus memecahka kebuntuan itu. Saya tidak melihat ia sebagai masalah yang kompleks tetapi kedua-dua pihak harus membuang ego supaya dapat dicari titik temu, bukannya berusaha menuding jari atau menegakkan benang yang basah.
Tetapi akhirnya saya tahu, inilah kali pertama dan terakhir saya bersama dalam aktiviti ini. Seperti yang saya katakan pada seorang kawan, cukuplah untuk saya tahu apa yang mereka mahu. Bukan makanan, tetapi kehidupan. Mereka mahu pancing, kita beri ikan. Malah mereka sendiri harus membawa diri keluar dari kancah gelandangan, apatah lagi dengan usaha kerajaan beberapa minggu selepas itu yang mengumumkan rumah transit bagi mereka.
Bayangkan, jika masih ada yang tidur dikaki lima selepas wujudnya rumah transit, bukankah itu akibat dari sikap mereka sendiri? Seperti rumah perlindungan yang pernah saya sertai, masalahnya nampaknya tidak selesai jika masing-masing tidak cuba memahami akar masalah sebenar - iaitu keluarga.

Isnin, September 02, 2013
Pinjaman atau hutang - 3
Apabila berbicara tentang PTPTN dan kapitalisme yang duduk dalam dunia pendidikan kita, elok jugalah tonton video ini. Ustaz Hasrizal bercerita tentang pengalamannya di Turki dan melihat bagaimana sistem waqf berjaya dicernakan dalam pendidikan menjadikan pelajarnya bebas hutang. Membayar gaji guru dan pensyarah, membiayai yuran pengajian dan apa jua aktiviti pembelajaran semuanya bersumberkan waqf.
Sedangkan bila kita patah balik ke belakang sebentar, ketika madrasah dan sekolah pondok menjadi pilihan, mereka sendiri pun membayar menggunakan apa yang ada. Anak murid bekerja dan belajar pada masa yang sama. Mereka mengerjakan kebun disekitar pondok, hasilnya diserahkan kepada guru untuk dimakan bersama. Ini bukannya seperti konsep sekolah tahfiz amal yang mengerah anak-anak tahfiz (?) mengutip derma di stesen minyak, bank dan menja makan sehingga letih lesu semuanya.
Pusat zakat kita juga mengutip zakat pada jumlah yang besar. mekanisme ini boleh diguna pakai dan di alaksanakan dengan IPT dan IPTA terpilih. Memang ada pusat zakat memberi sumbangan atau pinjaman kepada pelajar tetapi terhad dalam jumlah yang kecil. Jadi, boleh rasanya ditkarkan method itu kepada kaedah yang boleh menurunkan yuran pengajian, membayar yuran penginapan sehingga habis, atau membayar gaji pensyarah sehingga boleh diturunkan yuran keseluruhannya.
Ok, bercakap memang senang, bukan. Elok tonton video ini dahulu.
Langgan:
Catatan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Pagi tadi, perut saya berkeroncong supaya minta diisi lebih awal. Matahari masih belum lagi terik memancar. Jam baru melewati angka 11. Lalu...
-
Teringat dalam satu bengkel yang saya hadiri, bahawa ilmu milik orang Melayu atau dialam Melayu itu sebenarnya banyak dan luas. Ilmu landska...
-
"Penat, bosan, sedih, haru, menyampah, kosong, sunyi, geram, marah, cemburu..... apa lagi?" "Kenapa" "Semua perasaa...