Rasanya pernah saya bercerita di sini, bahawa kehidupan kita adalah satu proses (entah entri mana, malas nak cari).
Kita membesar dari saiz yang kecil kepada besar - ini adalah proses.
Kita menjadi matang dari sifat anak-anak kepada dewasa yang kian menggegarkan.
Kita berhadapan denegan manusia yang pelbagai dan kita belajar dari kepelbagaian itu.
Kita menepis dan mengolah apa-apa yang datang kepada kita, baik dalam bentuk pemikiran, sikap atau pengaruh yang boleh jadi negatif atau positif. Menepis dan mengolah itu adalah proses kita menjadi waras dan rasional.
Kita berusaha menilai sikap dan perwatakan kawan dan lawan sebagai usaha untuk memudahkan kita berhadapan dnegan mereka. Ini juga proses.
Berada dalam kelompok masyarakat moden yang terlalu terdedah menerusi facebook, twitter, instagram, whatsapps, blog dan website, segala maklumat yang datang kepada kita adalah sepantas jari menaip. Tetapi kita jangan biarkan jari kita membuat keputusan dan memutuskan pilihan tanpa sempat ia menyinggahi otak untuk diproses oleh akal dengan waras. Kalau kita menaip dan menjawab dengan sepantas menaip tanpa memberi ruang utnuk otak berfikir dahulu, hasilnya memang mengundang amarah, lalu mewujudkan apa yang dipanggil keyboard warrior. Pahlawan di atas papan kekunci. Berperang dnegan aksara dan skrin. Bukan mengalirkan pilihan dengan akal. Perang yang tidak membawa banyak kebaikan. (Mana ada perang membawa kebaikan?)
Hidup ini adalah proses. Saya percaya setiap orang boleh berubah dan boleh diubah. Dia hanya perlu bersedia menerima dan bersedia memberi. Menerima nasihat dan memberi kepercayaan agar nasihat itu boleh diubah dalam bentuk tindakan. Lalu dia percaya bahawa nasihat itu boleh mengubahnya. Berubah dari sikap kepala angin kepada yang lebih rasional. Berubah dari panas baran kepada sabar. Berubah dari pelupa kepada ingat. Berubah dari malas kepada rajin. Berubah dari sikap merungut kepada tindakan.
Saya sendiri pernah melalui fasa-fasa itu. Malah saya percaya semua orang pernah melalui proses perubahan. Mengubah diri dari sisi gelap kepada yang lebih baik. Membawa diri lebih baik dari semalam. Menjadikan diri lebih percaya kepada masa hadapan. Kerana kuasa itu di tangan Tuhan dan kita percaya bahawa Dia yang memberi kita kuasa untuk berubah.
Mahu dengar bagaimana saya berubah? Nanti kita berbicara dengan secawan kopi. Pastinya bukan di hadapan skrin :)
Khamis, Oktober 10, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan