Saya sudah memiliki stok buku ini. Jika anda berminat memiliki naskhah buku bertandatangan penulis, atau dijadikan hadiah kepada teman, sila e-mel kepada saya di norziati@gmail.com untuk membuat pesanan pembelian. Buku ini akan diposkan kepada anda sebaik sahaja pembayaran dibuat.
Tiba-tiba perkataan ini menjengah keluar dari kotak fikir tatkala menaip.
Simbiosis.
Apa maksudnya?
Wikipedia mampir memberi jawapan yang ringkas tetapi cukup memahamkan.
Simbiosis berasal dari bahasa Yunani sym yang berarti dengan dan biosis yang berarti kehidupan. Simbiosis merupakan interaksi antara dua organisme yang hidup berdampingan.Ada beberapa bentuk simbiosis yakni:
Simbiosis parasitisme di mana pihak yang satu mendapat keuntungan dan merugikan pihak lainnya. Contoh: tanaman benalu dengan inangnya,tali putri dan inangnya
Simbiosis mutualisme di mana kedua pihak saling menguntungkan/ mendapatkan keuntungan satu sama lain. Contoh: burung jalak dengan kerbau,kupu-kupu dan bunga,ikan remora dengan ikan hiu.
Simbiosis komensalisme di mana pihak yang satu mendapat keuntungan tapi pihak lainnya tidak dirugikan. Contoh: ikan badut dengan anemon laut,tumbuhan pakis atau anggrek dan tumbuhan inangnya.
Jadi, simbiosis tahap manaka kita? Yang memusnahkan orang lain untuk kepentingan sendiri atau yang memberikan untung pada diri sendiri tanpa membiarkan orang lain atau yang sama-sama memberi untung?
Persoalannya, siapakah yang jujur dan benar-benar mahu ikhlas dalam perbuatannya tanpa mahu 'mencederakan' pihak lain?
Ada, tetapi sukar dicari.
Siapakah yang tahu apa yang tersirat dihati mereka?
Tuhan. Dan kepada Tuhanlah kita berserah.
Mengapalah manusia sentiasa ada agenda lain dalam hidup? Mereka tidak sedarkah tentang pembalasan Tuhan nanti?
Kerana mereka manusia, dan manusia itu mudah lupa.
Saya sedang baca Ekuinoks. Baru tiga suku novel. Sebagai komen awal, saya sangat teruja dengan novel ini. Biarpun ada unsur-unsur novel pop, ada unsur dramatik dan tertanya-tanya. Setiap pengakhiran bab menyebabkan saya mahu terus melangkah ke bab baru. Azizi Ali berjaya memaksa diri saya untuk tidak melepaskan novel ini.
Ya, Azizi Ali. Penulis siri buku Millionnaires yang best-sellers. Jangan terkejut dia berkemahiran menulis novel. Nantikan ulasan sebaik saya menamatkan novel ini.
biarkan cinta itu terbunuh asal bukan membunuh diriku oleh janji setiamu
* Tiba-tiba dia mendapat tahu kepalsuan. Ya, setelah tiba-tiba dia terasa seperti di bohongi. Mujur Tuhan menunjukkan lalu terserlah kebenaran. Apalagi yang boleh dilakukan oleh seorang perempuan kecuali menangisi kesilapan?
Biarkan airmatamu habis mengalir malam ini, supaya esok tiada yang perlu kau tangisi
Cinta bukan cagaran integriti Yang salah tetap salah meskipun diberi konotasi penuh berhelah.
Insyirah berdepan duga dan rencah apabila terjun ke dunia korporat. Demi mempertahankan prinsip hidup cinta yang dihulur Syahran tidak bersambut lalu membiarkannya mencari erti harapan yang tergantung.
Sehingga suatu ketika dia bertanya kepada diri; Apakah dia mampu membuka hati yang masih kosong?
********************************
Meniti Jalan Hadapan yang memenangi tempat ketiga kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 bakal berada di pasaran dalam tempoh terdekat.
Ini bukan kisah cinta. Ia lebih dari itu. Selamat menikmati. Jauhi rasuah.
1.
Lama sebelum Nadra diperkatakan di media massa tatkala kematiannya di hebahkan di dada akhbar, saya sudah membaca kisah hidupnya dalam buku Tragedi Nadra. Catatan pada buku ini menunjukkan saya membelinya pada 2 Jun 2001, kalau tidak silap ketika Pesta Buku. Setahun sebelum itu, saya membaca Tragedi Nadra dari seorang kawan, yang mendapatkannya entah dari mana. Langsung pada Pesta Buku tahun 2001, terpandang sahaja buku ini di ruang pamer, saya mengira baki wang di poket - ya, masih ada baki dan wang RM 10 bertukar tangan. Menariknya, buku ini adalah cetakan pertama yang terbit pada Julai 1989.
Ketika itu masih dalam dunia baca-tulis, belum punya wang sendiri, masih berharap pinjaman dari kerajaan, maka terpaksa berjimat menanti Pesta Buku. Dan rasanya saya perlu memiliki buku ini biarpun sudah membacanya. (Perasaan 'memiliki' yang masih kebal hingga kini). Suatu kemujuran pula beberapa tahun selepas itu yang perasan yang buku ini diterbitkan kembali oleh Pelanduk Publications dalam versi kulit keras yang sudah tentu, lebih mahal.
Saya sudah lupa, entah berapa kali saya membaca Tragedi Nadra. Penulisnya, Haja Maideen berjaya menghasilkan sebuah karya yang lengkap dengan fakta yang sah, rujukan yang bukan calang-calang dan usaha beliau inilah saya kagumi sangat-sangat kerana Tragedi Nadra terhasil tanpa bantuan dari mana-mana pihak (baca: kewangan - kerana tidak dinyatakan dalam Diari Penulis yang turut sama disertakan sebagai panduan kepada pembaca).
Beliau sempat menemuramah Allahyarham Mansoor Adabi, (suami Nadra), Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim (peguam Nadra, yang namanya diabadikan di Taman Ilmu dan Budi menjadi Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws - AIKOL) Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (yang dikatakan berusaha menyelamatkan orang yang dijatuhi hukuman mati), berulang-alik ke Terengganu menjejaki kampung dimana Nadra dibesarkan dan menemui kenalan serta jiran tetangga Nadra. Malah, beliau berusaha mendapatkan jadual perjalanan kapal wap di antara Kemaman dan Singapura sekitar 1950-an, keratan akhbar Belanda dan British akan liputan kes, surat-surat simpanan Mansor Adabi, minit mesyuarat, laporan mahkamah dan seribu satu maklumat lisan dan bertulis bagi menghasilkan sebuah novel lengkap dengan fakta yang saya kira, tidak patut dinamakan novel. Ia mungkin sebuah biografi, kisah hidup atau apa sahaja.
Kita akan dapat tahu, sekaligus membuat penafsiran sendiri terhadap Nadra - sama ada wajar atau tidak keputusan hakim. Kehidupan Nadra diperincikan dengan halus - bermula dari kisah ibu bapanya di Indonesia berlanjutan ke penaklukan Jepan ke nusantara, siapa Aminah dan bagaimana Nadra di bawa ke Terengganu, helah licik Locke yang membawa Aminah dan Nadra ke Singapura, perkahwinan dengan Mansoor Adabi, hasrat ibu bapa Nadra menemui anaknya, penghakiman di mahkamah diikuti rusuhan di Singapura hinggalah Nadra di bawa pulang ke Belanda.
Melayu Raya menyiarkan lukisan kartun ini pada 19 Disember 1950 menunjukkan seorang gadis dalam dilema
Membaca Tragedi Nadra saya kira suatu tragedi juga. Bagaimana kita boleh mengaitkan semangat persaudaraan dan kekitaan sesama insan yang bangkit menentang pihak yang cuba mempermainkan agama, mengecilkan hati pihak yang terbabit dengan memandang rendah keupayaan pihak yang lain. Hasilnya, rusuhan melanda Singapura, ada yang terbunuh, ada yang dihukum - di gantung, di penjara. Waktu itu, tanpa memikirkan 'kau parti apa, aku parti mana' - atas semangat berkobar-kobar menegakkan Islam, menyelamatkan akidah seorang gadis yang naif akan kehidupan, menentang hukum yang memenangkan sebelah pihak dan tindakan lain yang berat sebelah. Sentimen keagamaan dipermainkan lalu, pemerintah British ketika itu sedar (entah sedar atau tidak) - yang isu agama cukup sensitif bagi masyarakat yang mereka jajah.
Sukar sekali mengaitkan tragedi yang berlaku dengan kisah-kisah yang terjadi dewasa ini. Semangat dan sentimen yang dipermainkan pada kita seolah perkara kecil yang dipandang enteng. Soal akidah insan seagama bukan lagi perkara yang perlu diambil kira. Mungkin juga memikirkan kubur lain-lain, hukuman sendiri tanggung tapi apakah hasilnya jika tanggungjawab yang letakkan dibahu kita tatkala dilahirkan ini di biarkan begitu sahaja? Khalifah, sekadar nama?
2.
Beberapa kali selepas tamat membaca Tragedi Nadra, saya membuat rujuk silang di internet. Seingat saya dahulu, ada filem seputar kisah Nadra berjudul Jasmin 1 dan Jasmin 2 yang saya ingat turut dilakonkan oleh Rosnani Jamil. Masih kecil ketka filem ini ditayangkan dipanggung, sekitar 1980-an. Carian di Youtube tidak berhasil. Malah Google tidak banyak membantu. Stesen tv tidak lagi menayangkan, mungkin merasa ia isu sensitf. Tetapi mengapa tidak djiual secara terhad, atau dipaparkan kembali ruang bicara mengenai filem ini (jika tidak mahu menyentuh isu Nadra secara terus)?
Di mana boleh saya dapatkan salinan filem ini? Boleh bantu?
3.
Saya gemar menelusuri laman Cari Forum - banyak kisah menarik yang dikongsikan bersama. Ada seorang ahli forum tegar yang bernama iscol_klang telah memuatnaik laporan bersiri Nadra yang tersiar di Dewan Masyarakat. Satu usaha yang menakjubkan. Inilah usaha Datin Fatini Yaacob terhadap penyiasatan Nadra dan pekongsian iscol_klang. Dan ini juga wajah siri pertama Laporan Penyiasatan Natrah: Duka seorang Wanita yang disiarkan pada halaman hadapan.
Ya, kemudian saya ingat juga yang Fatini Yaacob (sekarang Datin) yang ketika itu bekerja dengan DBP membuat satu laporan bagi menjejaki kembali Nadra yang dimuatkan di Dewan Masyarakat dalam 7 keluaran / bulan pada 1989 hingga 1990. Ketika itu DM cukup masyarakat. Saya cuma membaca di perpustakaan sekolah. Dan serpihan-serpihan ingatan ini membantu saya menulis entri ini, dengan keharuan, dengan keinsafan.
"Kita boleh ramah, nak, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, nak, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, nak, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tapi orang kehilangan amanah, dia rugi harga diri."
Pesana Raja Hamisah kepada anaknya Raja Hamidah dalam novel Sudara karya SN Arena Wati.