Sabtu, Julai 18, 2009

Novel - Meniti Jalan Hadapan


Cinta bukan cagaran integriti
Yang salah tetap salah
meskipun diberi konotasi penuh berhelah.

Insyirah berdepan duga dan rencah
apabila terjun ke dunia korporat.
Demi mempertahankan prinsip hidup
cinta yang dihulur Syahran tidak bersambut
lalu membiarkannya
mencari erti
harapan yang tergantung.

Sehingga suatu ketika dia bertanya kepada diri;
Apakah dia mampu membuka hati yang masih kosong?



********************************

Meniti Jalan Hadapan yang memenangi tempat ketiga kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 bakal berada di pasaran dalam tempoh terdekat.

Ini bukan kisah cinta. Ia lebih dari itu.
Selamat menikmati.
Jauhi rasuah.

(Sila maju ke bawah bagi entri terkini)


.

9 ulasan:

asal berkata...

hehe, ini bukan gambar Zati. Tetapi macam ya bukan?
Bila dapat peluang membaca ya?

Shahrulrock berkata...

Tahniah.
"Detik bermula dengan tinta pertama"(kata-kata seorang penulis Mesir yang sudah saya lupa siapa namanya).
Saya doakan kejayaan novel sulung ini dan saya turut juga berdoa moga akan ada ruang masa untuk kita berdiskusi tentang buku.

kakwe berkata...

salam..kak zeti..kagumnye saye...caya lah kak zeti..kena beli ni novel nih..lamo bebeno tk menjiwai diri ngan novel...tahniah diucapkan..semoga byk lg kejayaan yg mendatang..amiin

mira berkata...

wah, ada buku kedua! tahniah!!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Asal >> versi kurus kot..haha

Shahrulrock >> ya, menanti ruang masa yang kosong

kakwe >> teringat zaman dolu-dolu

mira >> boleh bagitau orang kampung...haha

P/s: banyaknya gelak...haha

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Bolehkah dijanjikan senaskhah manuskrip untuk penerbitan saya pada tahun hadapan. Saya harapkan sebuah manuskrip novel yang menginspirasikan remaja, dalam bahasa bermaruah dan sulaman plot yang menguja. Hubungi saya nanti ye...

(untuk penerbitan Tintarona Publications)

Norziati Mohd Rosman berkata...

Tahun hadapan? InsyaAllah

:-)

Rebecca Ilham berkata...

Salam kak,

tahniah yang terlambat, maaf. Tahniah!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Ya Becky. Terima kasih

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...