

Draf akhir yang membantu saya bernafas lega. Usaha setahun hampir menoktahkan perjalanan, menanti suntingan akhir.
Siap, tetapi belum cukup ranum. Dicincang beberapa kali oleh beberapa tangan yang mahir. Membacanya dan menyunting kembali dari awal dengan penambahan plot yang dramatik cukup menyiksa diri. Mujur sahaja Ramadan melimpahkan rahmat yang bukan sedikit.


**********************************************
Sekalung penghargaan kepada cikgu yang memperkenalkan dunia ini, membentuk jatidiri juga kepada teman Akrab, Nurul dan Ainhj yang membantu memperkukuh emosi memperlengkap naskhah hingga benar-benar menjadi sebuah karya.
Saya sedar ini novel sulung, karya pertama yang diangkat ke tangga ketiga. Saya masih mentah, mohon petunjuk dari yang ikhlas mahu membantu. Jika ingin berinteraksi, dialukan dengan penuh takzim ke norziati@gmail.com
***********************************************
Ada yang bertanya, jadi saya mahu menjawab.
Ini bukan gambar saya...
5 ulasan:
Saya sahkan memang itu bukan gambar Ziati.
Tahniah !
Kalu yang tanya tu mamat hensem, jawab saja 'ya' dan minta no. hp.
:DD
Jangan marah...
a
A, taktik yang bagus. Boleh di guna pakai
:-)
Sebagai Editor yang menanganinya, hehehe saya akan tetap merahsiakan siapakah gerangan 'model' itu! hehehe... ada unsur trivia yang best tentang cover
unsur triavia..wah, ada perkara rahsia nampaknya..hehe
Catat Ulasan