Bila cuba mengingatkan kembali kenangan waktu sekolah, saya teringat satu soalan bertahap cepu emas yang saya tanyakan pada cikgu. Ketika itu saya dalam tingkatan empat Bersih. Kelas Perdagangan dan cikgunya lelaki. Kami sedang belajar tentang topik perniagaan (lebih kurang begitulah) dimana cikgu menyenaraikan peralatan yang digunakan dalam menjalankan perniagaan, contohnya telefon, mesin faks, mesin fotostat. Kiranya ini adalah peralatan yang perlu ada bila nak memulakan perniagaan, semacam aset yang menjadi overhead cost.
Cikgu pun menyebut mesin faks. Sebagai seorang pelajar luar bandar yang tak pernah keluar dari lingkungan Felda, kurang melihat barang elektrik atau elektronik kecuali tv dan radio, maka nak membayangkan rupa mesin faks agak susah. Tv pun sebelum itu pakai bateri yang perlu dicas (entah betul ke tidak perkataan ni) bila kuasanya semakin lemah. Seterika mula digunakan ketika masuk sekolah menengah. Itu pun pinjam jiran punya. Hatta telefon di rumah pun baru sahaja boleh digunakan selepas tiang-tiang yang menyambungkan wayar-wayar telefon berjaya di tegakkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (sebelum diswastakan menjadi Telekom Malaysia dan kemudiannya menjadi TM).
Mesin faks. Macamana rupa mesin faks? Bagaimana agaknya mesin faks boleh menghantar kertas dari lokasi A dan diterima di lokasi B? Bagaimana kertas yang keluar di lokasi B boleh keluar sebijik-sejibik sama dengan apa yang kita masukkan di lokasi A. Eh, biar betul! Dan paling tak logik, bagaimana kertas yang masuk ke dalam mesin faks boleh melewati wayar yang melingkar bergulung-gulung di angkasa yang sambungkan menerusi tiang-tiang. Saya jadi hairan tahap maksimum.
"Kertas masuk ikut wayar ke cikgu?" Begitulah antara soalan dari orang tak berapa cerdik. Payah sungguh saya nak terima hakikat mesin faks boleh menghantar kertas.
Agaknya cikgu pun dah tak tau cara nak jawab soalan saya. Jadi dia pun bagi analogi tahap superman.
"Macam telefon juga. Macamana agaknya suara kamu boleh melalui wayar yang bergulung-gulung tu? Fikirkan!"
Saya tepuk dahi. Kena checkmate!
***
Sekarang ini, setiap kali guna mesin faks, saya mesti teringat jawapan cikgu. Kalau budak zaman sekarang tanya, saya akan bawa mesin faks yang dah rosak terjelepuk di stor. Senang cerita!
Jumaat, Disember 23, 2011
Rabu, Disember 21, 2011
Pasca program
Meskipun ramai skpetikal dan memandang sebelah mata, pada saya persatuanlah yang menjadikan saya seorang manusia serba tahu (ah, kalau pun boleh dikatakan serba tahu). Ketika belajar dahulu, saya sengaja mengaktifkan diri dalam aktiviti berpersatuan selepas dua tahun duduk diam tengok orang. Saya mengambil keputusan itu selepas memasang niat dan matlamat untuk membolehkan saya pandai bercakap. Berat mulut adalah kelebihan saya. Pandai bercakap adalah kekurangan hakiki saya.
Saya pernah menceritakan perihal berpersatuan dalam entri terdahulu. Tetapi dek malas nak korek balik, biarlah cerita lama tu jadi sejarah. Sejarah lama. Saya pula mahu mencipta sejarah baru. Sejarah diri sendiri.
Perhimpunan Penulis Muda Nasional ketiga akhirnya melabuhkan tirainya Ahad lalu, 18 Disember. Saya hanya sibuk kira-kira satu minggu sebelum program tiga hari itu berlangsung. Selaku Bendahari, tugas saya mengawal dan merekod wang keluar masuk. Tetapi nampaknya lebih kepada merekod, bukan mengawal. Wang tiada ditangan saya, dan AJK banyak menggunakan wang sendiri yang dituntut (cliam) kemudian. Faham-faham sahajalah persatuan tidak berduit bertaraf NGO yang sumber kewangan dari yuran pendaftaran ahli (kalau pun bayar) atau tajaan pihak luar atau baki wang dari program kecil-kecil. Jadi nak bergerak bebas agak sukar. Orang boleh kata bebas tapi tanpa wang, kaki dan tangan jadi terikat.
Selepas belajar, pernah juga saya bersama beberapa kawan-kawan bertemu untuk menubuhkan satu NGO baru. Tetapi saya rasa kurang minat pula. Bukan kerana tanggungjawab. Tetapi semakin melibatkan diri dalam NGO, saya perasan ada satu tabiat yang tidak sihat dikalangan mereka. Tak puas hati dengan Presiden persatuan A, dia tubuhkan persatuan B. Hampir kebanyakannya di sebabkan tidak puashati dengan kuasa dan duit. Saya rasa tawar hati. Lalu saya senyapkan diri dan menambah kemahiran dalam paramedik serta mendapatkan tauliah sebagai jurulatih. Itu pun terjun juga ke dalam persatuan yang baru di tubuhkan. Namun begitu, komitmen pula menjadi halangan, dah ahli pula tak serius. Akhirnya semangat yang berkobar-kobar pada awalnya sudah suam-suam kuku. Sekarang ini kalau nak bergerak pun muka yang sama itu jugalah yang turun (normal). Dan kami bergerak perlahan-lahan. Asalkan ada aktiviti dalam setahun.
Ketika belajar dahulu, macam-macam persatuan saya masuk. Anjur program sendiri. Buat aktiviti untuk ahli. Cari penaja. Hingga pernah sama-sama jual nasi lemak dan jaja keliling blok untuk penuhkan tabung program. Saya bermula di peringkat bawah hinggalah setinggi-tinggi jawatan. Kian banyak saya pelajari tentang urusan surat menyurat, dokumentasi, berhubungan dengan VIP dan ahli politik, komunikasi dengan orang bawahan, birokrasi, pengorbanan masa apatah lagi tenaga. Paling penting ialah mengenali manusia. Itu ilmu yang tak boleh di belajar dalam bilik darjah. Ia ilmu praktikal yang bila kita terkena barulah kita tahu apa dan mengapa. Pengalamanlah yang membolehkan saya mengawal diri dari terlalu excited sepanjang program. Siapa yang tidak bangga dapat menganjurkan program bertaraf nasional. tetapi itu perkara kedua. Soalnya, semakin kita mengenal manusia, semakin kita faham kenapa kita jadi manusia. Sudah lama jantung tidak merasa debaran sebegitu rupa, tidur tak cukup, makan yang tidak kenyang, penat kaki dan tangan, peluh membasahi baju, bertekak dan bermasam muka, mara-marah dan sindir menyindir.
Jutaan terima kasih kepada semua AJK. Semakin banyak saya belajar dari kalian. Orang kata lain padang lain belalang. Andai ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Andai ada umur yang panjang, bolehlah kita berprogram lagi :-)
Kalian memang hebat!
(Gambar kemudian, kamera tertinggal)

Ahad, Disember 11, 2011
1427 - 1433
Blog masterpiece ini berusia tujuh tahun pada satu Muharram 1433H yang baru berlalu. Setiap kali kalendar hijrah bertukar, saya akan ingat waktu ia dilahirkan. Dan saban tahun, saya akan raikan dengan entri khusus memperingati kelahirannya.
Sudah tujuh tahun, dan rupanya saya dah tersilap mengira usia blog ini. Saya congak balik usianya...
1427 - satu
1428 - dua
1429 - tiga
1430 - empat
1431 - lima
1432 - enam
1433 - tujuh
Kalau orang ada anak, dah masuk tahun satu. Sudah ada dua tiga orang adik beradik. Sudah bijak mengatur bicara. Begitulah juga dengan blog ini. Awalnya banyak berkisar tentang diri sendiri. Lingkungan dekat dan sekadar yang terhad dengan pandangan mata. Tentang kawan-kawan, diri sendiri, kemarahan dan kebencian. Kemudian perasaan jemu menguasai diri menjadikan saya mengubah hala tuju blog. Kisah kecil-kecil nak buat apa bagi orang baca. Simpan untuk diri sendiri sahaja. Biarlah diri sendiri yang tahu.
Saban tahun meraikan ulangtahun blog ini, saya akan muhasabah diri semula. Apa yang telah dan sepatutnya saya buat. Apa yang perlu saya perbaiki. Juga memperbaiki tujuan blog. Ia bukan untuk bercerita hal diri, atau seputar peribadi. Ia medan saya mengasah imaginasi. Merupakan ruang saya bercanda dengan kata. Sehingga takah-takah perbezaan itu kelihatan nyata dari setahun ke setahun.
Saya tidak akan padam atau tinggalkan blog ini meskipun dihambat Facebook atau twitter. Memang Facebook melekakan, tetapi kitalah yang harus menguasainya agar tidak terpesong menggunakannya bagi membazirkan masa. Saya akan tetap naikkan entri meskipun ia pendek atau cuma sekeping gambar. Ia adalah proses pembesaran saya di khalayak maya.
Selamat ulangtahun, masterpiece.

Jumaat, November 25, 2011
Seorang lelaki yang berjaya menghidupkan api semangat
Kata-kata paling menakjubkan minggu ini adalah dari
jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee. Petikan ini banyak diambil sebagai motivasi dalam blog, FB, Twitter dan menjadi ucapan paling hangat. Saya percaya kata-kata ini akan menjadi quote-of-the-year.
They don't respect you, they don't
respect our flag, they don't respect our King and they don't
respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You
must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds.
We showed them how it is done.
Sumber: NST
Sumber: NST
Mereka tak hormati kamu, tak hormat bendera
kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka kamu adalah pengecut. Kamu
mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia. Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua
kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan
bagaimana melakukannya
Kata-kata pembakar semangat ini diucapkan ketika masa rehat separuh masa pertama. Ia menjadi pembakar semangat untuk Harimau Muda menegnepikan provokasi hebat para penyokong di stadium Mental mereka kental, semangat sangat tinggi. Tahniah. Kalian memang layak.
Sesungguhnya saya rindukan suasana menonton bolasepak seperti perlawanan akhir tempohari. Blok apartment kelas rendah saya riuh rendah dengan sorakan penonton. Hentakan kaki, jeritan, ketawa, kritikan, sumpah seranah, tepuk tangah, mengeluh seolah-olah menjadi irama senada dimana-mana lokasi seluruh negara. Selang dua hari menentang Syria, suasana meriahnya tidak sama. Sebab Syria tu tak provok kita, komen seorang teman FB. Betul juga
Teringat kembali suasana ketika Malaysia menang Piala Thomas 1992. Dimana-mana selepas itu semakin ramai memegang raket. Sekarang, pakai jersi Harimau Malaya pergi pasar pun rasa bangga. Kedai bundle dan t-shirt celup pun kaut untung.
Tahniah Harimau Muda. You're the man!
Rabu, November 09, 2011
Bertambah-tambah
Tiga November yang lalu hari ulang tahun kelahiran saya. Ucapan ulang tahun bertalu-talu masuk menerusi SMS, facebook, emel, YM, skype. Saya kurang berminat menerima ucapan sebegini kerana ia mengingatkan usia diri yang semakin bertambah. (Tak mahu rasa tua lah tu...hahaha).
Usia bertambah. Waktu kehidupan di dunia kian singkat. Itulah yang merisaukan. Tapi setakat sedar sahaja tak guna. Kena ada usaha. Barulah boleh menuai hasil.
Emaklah orang pertama hantar SMS. Pagi-pagi lagi sewaktu Subuh belum berakhir. Hajatnya satu sahaja selain ucapan, iaitu doa agar saya menemui pasangan hidup dalam waktu terdekat. Ya emak, anakmu ini sentiasa ingat itu, meskipun anakmu ini tidak pernah berbicara terus terang. Namun usaha anakmu ini terhad dengan doa. Tidak mampu dia berbuat lebih dari itu. Nanti kelam kabut pula bila ada lelaki yang kena pinang, meskipun ia tidak salah. Saya pun tak kata ia salah :-)
Dengan doa, anakmu ini sudah berusaha sehinggalah ia berdiri di hadapan kaabah, di Masjid Nabawi, di Hijir Ismail, di Raudhah, di maqam Nabi Ibrahim, di Gua Hira', di jabal Rahmah, ketika meneguk air zam-zam, ketika memanjat Jabal Nur. Juga setiap hari pada setiap solat, pada setiap sujud, pada setiap detik.
Emak, anakmu ini tak akan berhenti berdoa.

Jumaat, Oktober 28, 2011
Menjawab panggilan
Baca:
Kisah sebelum
Kisah selepas
Untuk mempersiapkan diri mengerjakan ibadah umrah ada dua perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, persiapan mental. Kedua, persiapan fizikal. Itulah dua perkara yang dapat saya simpulkan.
Persiapan mental itu merangkumi kesempurnaan rohani bagi menyedarkan diri tujuan berkunjung ke rumah Allah. Ini bukan sebarang kunjungan, malah bukan semudah sebutan dibibir. Ada orang yang sudah bersedia tetapi tdak mengecapi nikmat sebenar sebaik sahaja tiba di Makkah mahupun Madinah. Tidak dapat mengecapi kemanisan dan keinsafan yang sepatutnya dirasakan oleh sesiapa yang berdiri dihadapan Kaabah. Oleh itu, para jemaah sangat digalakkan untuk memperbanyak amalan sebelum pergi, bukannya selepas pergi. Proses membersih dan memcuci hati bermula di tanah air, berterusan di sana dan membawa semangat itu pulang dengan lebih hebat.
Persiapan fizikal terbahagi kepada barang keperluan yang perlu dan juga kesihatan diri pada tahap terbaik. Setiap jemaah perlu mengambil suntikan khas yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk sesiapa yang masuk ke negara itu. Beruntung saya ketika kursus kerana doktor telah sedia menunggu membuat suntikan kepada sesiapa yang mahu. Saya melihat buku kecil yang diberi: meninggococcal ACYW 135 Vaccines yang tahan dalam badan selama tiga tahun. Dalam tempoh itu, jika diizinkan Allah ke Makkah lagi, tidak perlulah saya mengambil suntikan ini. Memadai membawa buku yang bertandatangan doktor ini. Mana-mana klinik kerajaan atau swasta ada memberi perkhidmatan ini, bezanya pada harga sahaja.
Dengan bantuan beberapa buah buku hasil cadangan kawan-kawan, pengetahuan dan kecintaan saya terhadap dua Tanah Suci ini semakin kuat. Hati kian tenang dan fokus semakin terarah kepada tujuan melaksanakan ibadah dengan tumpuan seratus peratus. Untuk lebih mengetahui dan memahami, dua buah buah buku yang cantik dengan gambar dan lengkap keterangan oleh Ustaz Basit Abdul Rahman ini sangat membantu. Buku Makkah Al Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah dan Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah bercerita tentang sejarah kedua bandar ini dengan terperinci dan teliti. Saya nasihatkan kepada sesiapa yang mahu ke sana untuk membaca buku ini dan bawalah sekali ke sana. Anda pasti tidak kecewa kerana segala fakta lengkap dan sahih, malah boleh membantu memahamkan sejarah dan kepentingannya tatkala dibawa melawat kesekitar tempat bersejarah yang ada disana.
Bercerita tentang barang-barang yang perlu, saya jadi gusar. Habis semua laman web kedai yang menjual barangan kelengkapan haji/umrah saya terjah tetapi wujud perasaan tidak selesa. Ada soalan yang tidak jelas jawapannya berlegar-legar dalam kepala. Saya mengambil inisiatif menghantar mesej menerusi emel keseorang kenalan FB yang telah berkunjung kesana pada penghujung tahun lalu. Dia menjawab soalan saya panjang lebar. Kemudian kami bertukar no telefon. Selepas berbual, segala persoalan itu terjawab sudah. Untuk beribadah, saya hanya membawa dua helai jubah dan dua pasang telekung serta seluar panjang untuk memudahkan perjalanan. Jubah tambahan boleh dibeli terus disana. Jadi saya berjaya meminimumkan saiz beg. Malah tak perlu masuk bagasi pun. Waktu balik itu lain cerita.
Sewaktu kursus yang singkat - bukan kursus pun, cuba pemberitahuan akan jadual disana - Tuan Haji pengendali jemaah memaklumkan beberapa perkara penting kepada ahli rombongannya. Perkara utama ialah ubat-ubatan. Dapatkan bekalan ubat yang mencukupi untuk diri sendiri kerana spesifikasi ubat disana tidak akan sama dengan apa yang kita makan di tanah air. Dapatkan bekalan tambahan di klinik khususnya orang perempuan untuk memudahkan beribadah. Di klinik berdekatan rumah, saya diberi lapan jenis ubat-ubatan pada harga kurang RM 100. Klinik ini memang terkenal dengan kemurahan hati doktornya terhadap pesakit, dan memang sentiasa penuh dengan pesakit yang menginginkan perkhidmatan pada harga murah tetapi baik. Ubat atuk, demam, selsema, sakit badan semuanya dalam bentuk pil yang cukup untuk sepuluh hari.
Saya tidak berapa senang dengan kursus singkat yang dilaksanakan kerana tidak memperincikan ibadah yang dilaksanakan sebaliknya terarah kepada jadual perjalanan dan ziarah. Saya mengadu kepada teman, malah timbul rasa marah dan tidak adil. Namun hikmahnya sangat bagus. Saya berusaha menambah ilmu, mencari, membaca, bertanya dan menggandakan kefahaman agar saya dapat mengecapi peluang yang semaksimum mungkin.
Syukurlah apabila disana, keyakinan dan kesihatan berada pada tahap yang terbaik. Semua aktiviti dapat saya laksanakan dengan cemerlang (beri markah buat diri sendiri), malah saya puas hati dengan apa yang terhidang. Tabiat suka menjelajah tempat orang saya teruskan di Tanah Suci. Oleh kerana perlu berteman sepanjang masa, maka saya ketepikan aktiviti biasa berseorangan melihat dan menikmati suasana. Itu pun beberapa kali berjaya melepaskan diri dari teman-teman dan meneroka kawasan yang asing. Stukurlah tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan syukurlah, Allah memberi peluang yang hebat di Tanah Haram ini.
Oleh kerana meletakkan tenaga dan keupayaan fizikal seratus peratus di Tanah Suci, saya serta merta diserang demam panas sebaik sahaja menjejakkan kaki ke KLIA. Dalam kereta pulang ke kampung pun saya dah merasa meracau-racau dan menggigil. Baki cuti yang ada berjaya meredakan demam tetapi hampir dua minggu juga nak sembuh sepenuhnya. Teman serombongan ketawa bila saya bercerita keadaan diri. "Kamu tu penat sangat kat sana. Tak ingat tidur, rehat, makan." Saya senyum. Peluang begini mana boleh dilepaskan begitu sahaja, bisik hati saya.
Melihat kepada giliran haji tahun 2032, saya mahu mempercepatkan tahun pemergian. Pergi pada waktu muda, banyak kelebihannya. InsyaAllah

Tiba di Madinah beberapa minit sebelum azan Subuh berkumandang. Letih perjalanan terasa tetapi perasaan syukur mengatasi segala-galanya.
Sewaktu kursus yang singkat - bukan kursus pun, cuba pemberitahuan akan jadual disana - Tuan Haji pengendali jemaah memaklumkan beberapa perkara penting kepada ahli rombongannya. Perkara utama ialah ubat-ubatan. Dapatkan bekalan ubat yang mencukupi untuk diri sendiri kerana spesifikasi ubat disana tidak akan sama dengan apa yang kita makan di tanah air. Dapatkan bekalan tambahan di klinik khususnya orang perempuan untuk memudahkan beribadah. Di klinik berdekatan rumah, saya diberi lapan jenis ubat-ubatan pada harga kurang RM 100. Klinik ini memang terkenal dengan kemurahan hati doktornya terhadap pesakit, dan memang sentiasa penuh dengan pesakit yang menginginkan perkhidmatan pada harga murah tetapi baik. Ubat atuk, demam, selsema, sakit badan semuanya dalam bentuk pil yang cukup untuk sepuluh hari.
Saya tidak berapa senang dengan kursus singkat yang dilaksanakan kerana tidak memperincikan ibadah yang dilaksanakan sebaliknya terarah kepada jadual perjalanan dan ziarah. Saya mengadu kepada teman, malah timbul rasa marah dan tidak adil. Namun hikmahnya sangat bagus. Saya berusaha menambah ilmu, mencari, membaca, bertanya dan menggandakan kefahaman agar saya dapat mengecapi peluang yang semaksimum mungkin.
Subuh yang sepi di Makkah al-Muakrramah. Pada waktu biasa, kawasan ini hingar bingar dengan manusia dan kenderaan. Suara Imam jelas kedengaran menyapa telinga. Belum daftar masuk hotel, rasa tidak patut tinggalkan bagasi begitu sahaja. Sabar menunggu waktu ke Masjid Nabawi
Syukurlah apabila disana, keyakinan dan kesihatan berada pada tahap yang terbaik. Semua aktiviti dapat saya laksanakan dengan cemerlang (beri markah buat diri sendiri), malah saya puas hati dengan apa yang terhidang. Tabiat suka menjelajah tempat orang saya teruskan di Tanah Suci. Oleh kerana perlu berteman sepanjang masa, maka saya ketepikan aktiviti biasa berseorangan melihat dan menikmati suasana. Itu pun beberapa kali berjaya melepaskan diri dari teman-teman dan meneroka kawasan yang asing. Stukurlah tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan syukurlah, Allah memberi peluang yang hebat di Tanah Haram ini.
Oleh kerana meletakkan tenaga dan keupayaan fizikal seratus peratus di Tanah Suci, saya serta merta diserang demam panas sebaik sahaja menjejakkan kaki ke KLIA. Dalam kereta pulang ke kampung pun saya dah merasa meracau-racau dan menggigil. Baki cuti yang ada berjaya meredakan demam tetapi hampir dua minggu juga nak sembuh sepenuhnya. Teman serombongan ketawa bila saya bercerita keadaan diri. "Kamu tu penat sangat kat sana. Tak ingat tidur, rehat, makan." Saya senyum. Peluang begini mana boleh dilepaskan begitu sahaja, bisik hati saya.
Melihat kepada giliran haji tahun 2032, saya mahu mempercepatkan tahun pemergian. Pergi pada waktu muda, banyak kelebihannya. InsyaAllah
Khamis, Oktober 27, 2011
Mesej dalam gambar
what they don't feel...
they can't comprehend
- D. Lauchengco
teman,
kau memberi
lebih dari apa yang aku
harapkan
secebis terima kasih
untuk segala yang indah-indah
dua puluh tujuh oktober, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Pagi tadi, perut saya berkeroncong supaya minta diisi lebih awal. Matahari masih belum lagi terik memancar. Jam baru melewati angka 11. Lalu...
-
Teringat dalam satu bengkel yang saya hadiri, bahawa ilmu milik orang Melayu atau dialam Melayu itu sebenarnya banyak dan luas. Ilmu landska...
-
"Penat, bosan, sedih, haru, menyampah, kosong, sunyi, geram, marah, cemburu..... apa lagi?" "Kenapa" "Semua perasaa...