Saya menceritakan hal ini kepada pasangan jurulatih saya, dan dia mengiyakan setelah melihat pasangan pelajar berikutnya menarik sampul yang sama biarpun dia menidakkan pada mulanya. Ini menjadi satu ‘misteri’ dan saya memanjangkan hal ini kepada teman jurulatih yang lain sewaktu kami makan tengahari.
Mula-mula mereka tidak percaya, namun saya bersungguh mengiyakan. Seorang sahabat yang baru tiba, saya minta dia tarik sampul surat yang saya hulurkan. Ternyata dia tarik sampul ketiga!
“Apa yang dapat saya perhatikan, setiap kali saya hulur sampul surat ini, mereka akan tarik sampul yang ketiga,” kata saya.
“Saya dapat satu pasangan lelaki dan dia tarik sampul pertama. Pelajar asing tarik sampul kedua, tetapi 100% pelajar Melayu perempuan tarik sampul ketiga. Mesti ada sebab kenapa mereka punya gerak hati yang sama.”
Saya lihat mereka seolah-olah memikirkan tentang sesuatu. Antara percaya dan tidak. Mungkin juga mencari jawapan.
“Saya rasa mungkin perempuan sifatnya ingin dilindungi dan dia tidak mahu ambil sampul terawal kerana takut. Mereka ambil yang tengah-tengah supaya rasa selamat dan tidak terancam.”
“Aku pun rasa macam tu,” sambung seorang rakan yang dari tadi tersenyum-senyum melihat ‘silap mata’ saya. “Perempuan mahu dirinya berada dalam keadaan selamat dan mahu orang disekelilingnya menjadi pelindung, terutamanya lelaki,” sambungnya.
“Ya, betul tu. Beberapa pasangan lelaki yang saya jaga pula memang ambil sampul yang tepi sekaligus menunjukkan sifat mereka yang lebih bersikap pemimpin dan ingin mendahului,” saya menambah. Terik mentari ditepi tasik, tempat kami melakukan praktikal assignment tidak menghalan kami berhujah meneluarkan teori masing-masing.
“Tapi hairan ya, mengapa semua ambil sampul yang sama. Ini satu teori yang menarik. Saya rasa mesti ada sebab dari segi psikologi. Ah, yang ambil psikologi tiada pula disini,” saya mencari-cari teman jurulatih yang berkelulusan psikologi.
“Oh, kalau begini kita panggil teori ni ‘Teori Zeti’,” seorang pula menambah, seakan memberi riang pada waktu begini. Kami sama-sama ketawa. Teman berkelulusan psikologi tiba sejurus kemudian. Saya mengeluarkan empat sampul dan minta dia memilih salah satu.
Sampul yang ditariknya ialah yang sama – sampul ketiga. Kami semua ketawa melihatkan peristiwa yang kebetulan ini. Dia tercengang tidak tahu hujung pangkal, lalu saya ceritakan perihal yang berlaku. “Saya tak belajar pula tentang ini,” jawabnya ringkas bila diminta berpendapat. Namun, teori ini kelihatan menarik pada pandangannya.
Tapi, saya rasa ia berkaitan dengan sifat perempuan itu juga – ingin dilindungi. Namun, sampul surat ketiga masih menjadi misteri.
7 ulasan:
Cuba Zeti perluaskan lagi korespondent dalam kajian ni, mana tau, dan buat questionaire tanya pelatih2 Zeti tu kenapa mereka memilih sampul ketiga...kalau zeti rajinlah...hehehe menarik jugak ya? kalau zeti sendiri sampul keberapa yang ditarik?
kalau saya mahu ambil sampul surat yang pertama atau yg kedua! :)
Assalamualaikum Ziati,
Kritis kepada saya berkait dengan menjadi penggabung antara dua nilai.Tentunya nilai baik dan sebaliknya tidak boleh diintegrasikan.
Tempat di tengah menjadi lebih terbuka bertoleransi dan darinyalah dapat dianalisa sebelum sesuatu pendirian dapat ditetapkan.
ya, menarik.. sampul ketiga.. mungkin saya juga akan memilih sampul ketiga itu...
ohh ya, kak zeti kerja apa ya? pelatih PLKN ka? ohohoohoh
Puteh,
Bukan pelatih PLKN tapi keje sambilan je..
Tempatnya pun sama juga dengan tempat kita dulu... :-)
saya juga mungkin memilih sampul ketiga kerana saya perasan yang saya selalu berbuat demikian.selalunya alasan saya ialah saya lahir bulan 3 dan adik beradik saya juga 3 orang.sebab tu selalu memilih yang ketiga.
yang pasti saya tidak akan memilih sampul pertama & terakhir. Entah kenapa ye....
Catat Ulasan