
Baru sahaja baca cerpen pertama Matinya Seorang Pahlawan tetapi tusukan tajamnya begitu terasa. Teringat kepada Dr Burhanuddin al-Helmy.
...memihaklah kepada rakyat, meskipun kau akan musnah kerana itu...
Beberapa capaian untuk maklumat tambahan mengenai Allahyarham boleh di temui di sini, di sini atau di sini.
Al Fatihah.
3 ulasan:
Zeti, saya sedih Pura Bujangga jadi bahan lelong. Itu antara karya yang saya gemar sejak dulu lagi.
Benar, Tuan. Nama pengarang ini sering di sebut-sebut oleh Cikgu. Untung sekali ia berada ditangan saya. Cerpen yang terdapat didalamnya benar-benar menggigit.
Salamun alaikum,
Saudari pembaca sepatutnya pergi menziarahi Tuan Affandi Hassan yang masih lagi sihat dan giat menulis. Beliau adalah di antara bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang banyak berjasa kepada perkhidmatan awam. Namun dek keranakan memang menjadi adat dan hukum budaya dalam PTD beliau telah diketepikan. APa yang lebih mengecewakan beliau hanya pencen Gred 48 (Gred 2) lantaran suaranya yang lantang bergema menjadi lintar yang melemahkan pentadbiran awam.
Sementara beliau masih ada, gunakanlah ruang yang ada untuk bersemuka dan memahami gagasan pemikiran beliau ketika ini.
Catat Ulasan