Membaca beberapa buah buku secara berturut-turut - yang secara tidak langsung berkaitan – seolah-olah memberikan saya gambaran bahawa menjadi seorang berpendirian itu tidak susah. Cabarannya ialah - pihak lain - yang gemar membuat persepsi dan spekulasi serta andaian yang bukan-bukan terhadap diri kita lalu menebarkan khabar yang tidak enak kepada orang lain. Maka kitalah yang menjadi mangsanya. Kitalah yang perlu bersilat, bertungkus lumus membetulkan salah anggap dan menyapu bersih lumpur yang telah terpalit. Biarpun ia hilang, namun bekasnya tetap ada. Ibarat besi yang berkarat, jika diasah sebaik yang boleh, karatnya tetap datang kembali. Jadi, kita harus mengasahnya selalu, tanpa leka.
Saya membaca secara tidak konsisten beberapa buah buku dalam masa sebulan, dan mencari masa membuat ulasan:
- Tulang – Tulang Berserakan - Usman Awang
- Sarjan Hassan - Sebuah novel remaja yang nipis terbitan DBP tenang perjuangan sebenar Sarjan Hassan (dijadikan filem oleh P Ramlee)
- Meniti Lautan Gelora: Memoir Politik Said Zahari - Said Zahar
- Hujan Pagi - A Samad Said
- Warisan - sebuah novel tebal karya Abd Talib Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan