Ahad, Oktober 12, 2008

Krisis ekonomi

Saya sudah banyak kali menggoggling perkataan subprima, subprime, krisis kewangan serta berusaha memahamkan sistem kewangan kapitalis AS. Sambil itu saya membongkar kembali nota-nota lama berkaitan kegawatan ekonomi negara pada 1997/8, isu bail-out, polisi kerajaan vs 'dasar maya IMF', membaca lebih banyak tentang sistem matawang dan dollar peg, serta membezakan tindakan bail-out kerajaan AS dan Malaysia.

Perkara utama yang menjadi masalah ialah dahulu saya belajar dalam bahasa omputih, dan sekarang saya perlu memutar kepala mencari maksud perkataan dalam bahasa ibunda. Agak payah juga kerana dikhuatiri boleh salah terms, jadi saya terpaksa bekerja keras mencari sumber bacaan ekonomi dan kewangan dalam BM. Dalam usaha mencari, barulah saya sedar bahawa kita kekurangan sumber bacaan dan rujukan dalam BM untuk isu ekonomi dan kewangan. Banyak dalam English. Jadi layman dan orang-orang yang buta ekonomi dan kewangan amat susah nak memahami sebarang isu yang timbul. Kena baca berkali-kali, kena tanya ramai orang juga merujuk pada buku dan bahan bacaan yang tertentu. Mujurlah ada internet, tetapi jika di Googglekan pun, berapa ramailah agaknya yang faham.

Mujurlah saya ada sedikit ilmu ekonomi, dan ilmu sekelumit itu membantu saya memahami isu-isu yang ada. Jadi, untuk saya yang dahulu rasa tak berkenan nak apply ilmu ekonomi di lapangan masyarakat, rasa terpanggil untuk mendalami kembali semuanya yang dah tertinggal di buku. Enam tahun tak sentuh, jadi dah banyak yang lupa. Kalau tak apply secara direct, pastinya ada cara lain yang boleh saya lakukan untuk memahamkan masyarakat.

Kalau satu jalan dah di tutup, cari jalan lain. pasti ada.

.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seh, brape juta orang kat malaysia ni amik degree in economics, tak pun BBA, master lagi.. jangan riya' la kak.

Norziati Mohd Rosman berkata...

eh, ada unsur riya' ke?

Tanpa Nama berkata...

riya' ke? org nak berkongsi pengetahuan tu. atleast dia tgh berusaha cari jalan utk berkongsi kpd semua. ada something y beguna utk org baca/kaji/menilai. ko ada ke? kutuk-kutuk usaha org, ko habuk pun tarak!

Tanpa Nama berkata...

betul laa, bunyi tu riya' semacam. k.zeti tak perasan kot, tapi memang ye. bukan kutuk.. menegur, salah ke?

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...