Khamis, Mac 26, 2009

Tolak



Saya amat bersetuju dengan kenyataan Abu Saif tentang kemenangan yang di capai dalam pemilihan jawatan bagi Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Rakyat sudah menolak pemimpin yang tidak di gemari, memilih yang benar-benar mahu memimpin. Tetapi mengapa (perwakilan) Umno memilih pemimpin yang di tolak rakyat? Menjadikan calon yang kalah dan bermasalah (baca: Shahrizat & Khairy) sebagai pemimpin?

Jawapan: Umno sudah tidak sebulu dengan rakyat. Umno memang tidak mahu berdiri bersama rakyat. Umno tidak suka dengan pilihan rayat, lalu menurut kata hati memilih mengikut kehendak mereka sendiri (memang wajarlah pemilihan ini di buka kepada semua ahli, bukan segelintir perwakilan).

Jadi rakyat, kita mahu tolak siapa pula selepas ini?

4 ulasan:

Jumayatara berkata...

Tolak hatok hang......KJ menang bukan sebab nasib...ini demokrasi suara ramai ....

Tahniah KJ




Stop Oral Sex. Respect your Wife.

Tai berkata...

Encik, sekarang ini, kita kena ikut resipi orang cina. Dah malas dah nak cerita. Baca sendiri di blog saya.

Sisingamangaraja Gorgor berkata...

Hotak hatok hang la pulak...~

Siberuk tuh menang bukan sebab demokrasi suara ramai...~

Tapi sebab rasuah, politik wang dan campurtangan pihak tertentu dalam kiraan undi... Idak takkan nak kira 760 undi dalam masa 6 jam?...~

Takdak akai ka?...~

Da tau kena 'boo' beramai2... Lagi nak pilih dia ka?...~

Apa daaa...~

Shahrulrock berkata...

Saya buta politik(mungkin!).
Saya kurang gemar bercakap tentang Sharizat kerana saya kurang tahu konspirasi atau "kopi kasi" beliau.
Saya berminat memperkatakan tentang corak kemenangan Khairy.Menurut Pak Lah, Khairy layak untuk menang kerana "menantunya kerja keras" walau di sabitkan dengan rasuah.Nampaknya, darjat "kaki rasuah" sudah di angkat tinggi dan melayakkan mereka menjadi pemimpin sekiranya mereka bekerja keras.
Politik = pening (berikan aku PANADOL!)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...