Rabu, April 22, 2009

Jangan Pilih Jalan Hitam

Seingat saya, isu bohsia mula wujud ketika saya di sekolah menengah, sekitar pertengahan 90-an. Ah, apa nama pun ia di sebut, seperti selesema babi menjadi selesema khinzir, ia tetap busuk. Mengapa tidak terus di sebut pelacur?

Filem Bohsia, mendengarkan tajuknya sahaja sudah menjijikkan, apatah lagi melihatkan trailernya di kaca televisyen. Saya tidak faham mengapa perkara yang buruk selalu di bawa naik mengatasi kebaikan. Mengapalah mereka yang dikurniakan kelebihan wang dan akal dalam dunia seni tidak mampu melahirkan inisiatif melahirkan cerita yang baik. Mengapa harus menjadikan kejahatan, kebusukan, kekejaman sebagai tema utama? Apakah sukar melahirkan kebaikan, keluhuran....hmm...

Oh, saya lupa. Memang itulah yang kita minat. Kita gemar mendengar berita buruk tentang orang. Kita suka bercerita pasal orang lain. Cerita tu pula bukan yang baik-baik, mesti yang buruk-buruk. Ala-ala mengutuk, mengumpat atau mengeji. Lagi teruk pasal orang tu kita dengar, lagi suka hati kita, lagi seronok. Lebih-lebih lagi bila dia terus jatuh dan terduduk. Tiada harapan untuk bangun. Dan kita rasa gembira. Begitukah?

Mengapa agaknya kita di minta menilai sendiri kebaikan yang ada dicelah-celah kebusukan yang amat buruk seperti dalam filem ini. Kenapalah kita di minta memikir sendiri perkara yang sepatutnya boleh di zahirkan dengan mudah, tanpa perlu berpusing kepala mencari dan menyelongkar. Tunjukkan terus yang baik, bukankah mudah.

Oh, saya lupa lagi. Dalam sehelai kain yang putih bersih, kita akan cari titik yang hitam biarpun ia sebesar hama. Kain yang besar yang putih bersih tu langsung tidak kita nampak.

Oh.oh.. saya lupa.

.


3 ulasan:

D'Rimba berkata...

Salam sahabat

Shahrulrock berkata...

Bohsia...
Saya masih tercari-cari filem kisah "mat motor"yang sehalus filem KL Menjerit.
Filem Bohsia gagal menarik jiwa saya.Kosong.

"Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia"...(KL Menjerit).

CERITAKUASN berkata...

lain orang lain pandangan. lain orang lain fikiran.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...