Jumaat, April 03, 2009

Patah balik

Kereta, bila sudah sampai tempoh untuk di baik pulih, di servis atau sudah keluar bunyi yang tidak sedap di dengar telinga, cepat sahaja tuannya hantar ke bengkel. Tengok bahagian mana yang longgar, mana yang tercabut, apa yang perlu di ganti, minyak apa yang perlu di tukar. Seboleh-bolehnya mahu dipastikan kondisi kereta sama sewaktu di beli, walhal langsung tidak di sedari yang tiap sesuatu yang baru itu pasti akan bertukar buruk, usang atau rosak.

Rumah, seboleh-bolehnya di cantikkan sebaik yang boleh. Paling tidak menjelang raya, di cat kembali, di tukar langsir baru, di beli perabot baru, tukar susun atur perabot, hiasan dalaman di tambah, atau bagi yang berkemampuan, melakukan renovasi dan menambah ruang-ruang tertentu dalam rumah supaya lebih besar, cantik dan menarik.

Tetapi kenapa ya, iman kita di biarkan tahap begitu. Tiada usaha untuk servis, baik pulih, renovasi...



Satu soalan kepada diri sendiri

3 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Salam buat pemilik blog. Saya membaca dan menghayati yang ini.

Marsli N.O

Norziati Mohd Rosman berkata...

Oh, terima kasih tuan. Memang benar itu buat diri sendiri..

CERITAKUASN berkata...

mungkin kerana iman tidak dapat dilihat, dipegang atau disentuh. jadi kita mudah lupa.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...