Mengikuti perjalanan dan catatan kembara penulis Nisah Haron di blog dan kemudian menanti kemunculan kumpulan tulisannya itu dalam bentuk buku merupakan satu debaran yang menimbulkan pelbagai persepsi. Pertama, apakah buku yang dihasilkan itu setanding Warkah Eropah karya SN A Samad Said yang menjadi satu-satunya catatan perjalanan penulis yang dihasilkan dalam bentuk istimewa dan berwarna. Kedua, apakah ia sekadar memenuhi tuntuan pasaran dan populariti kebanjiran buku bercorak travelog dewasa ini.
Sebaik sahaja Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin siap memenuhi rak buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, perasaan kagum dan teruja muncul silih berganti melihatkan buku ini wujud dalam bentuk yang sangat bermaruah. Susun atur dan reka letaknya begitu kemas malah dalam bentuk berwarna sekaligus pengorbanan penulisnya meninggalkan keluarga melakukan kembara solo ke benua Eropah menjadi satu pengalaman yang mahal nilainya.
Selaku penulis, usahawan buku dan juga penggemar buku, perjalanan Nisah ke Eropah bukan sahaja memenuhi tuntutan 'jauh perjalanan luas pengalaman', tetapi menjadi ruang untuknya menjejaki setiap inci dunia sastera dan perbukuan di negara Eropah yang begitu menjaga setiap aspek seni dan kesusasteraan dengan istimewa dan terhormat.
Catatan beliau di tulis dalam gaya penceritaan yang ringan dan mudah menjadikan pembaca seperti berada di samping Nisah, sama ada ketika mencicip secawan kopi di The Silk Road Cafe, menaiki bas ke Hay-on-Wye yang menjadi lokasi Hay Festival, sesat mencari Ambleside Backpackers, menikmati wajah kota kosmopolitan London atau berjalan kaki di sepanjang Sungai Liffey. Menikmati gambar yang di rakam seperti membawa pembaca berada di hadapan Dublin Writters Museum atau bergambar di sisi rumah kelahiran Shakespeare, duduk minum di The Silk Road Cafe atau menaiki Stansted Express menuju ke London.
Nisah memperincikan setiap perjalanannya, malah tidak lokek memberitahu hostel atau hotel yang menjadi tempat bermalam, lokasi patut tuju khususnya bagi penggila buku malah memperincikan perasaanya terhadap tempat yang di lawati. Melihat kesungguhan beliau meninggalkan suami dan lima orang anak bagi menjejaki setiap inci dunia sastera dan perbukuan Eropah, maka tidak hairanlah perjalanan beliau ini rekodkan sebegitu indah dan berkesan.
Buku Kembara Sastera ini saya pasti akan menjadi kitab rujukan utama bagi perjalanan ke Eropah khususnya kepada pecinta buku dan penggiat sastera negara. Maka tidak salah untuk saya katakan penerbitan buku ini dalam bentuk bermaruah seperti mengembalikan darjat penulis ke tempat sepatutnya. Tahniah untuk ITBM dan Puan Nisah Haron!
Ulasan ini di buat khusus bagi menyertai Peraduan Ulas Buku ITBM di Blog / Facebook sempena Pesta Buku Anratabangsa Kuala Lumpur 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
camne boleh terlepas pandang buku nie.... kena dapatkan jugak nie..
Zarina aka Puan Hazel
Akan berada dipasaran tidak berapa lama lagi. Rajin-rajinlah menziarahi MPH :)
Catat Ulasan