1) Ulasan novel Totto-Chan: Gadis Kecil di Jendela tersiar dalam Mingguan Malaysia, 19 Ogos 2012 (1 Syawal 1432). Bagi siaran MM, ulasan ini dinamakan Tott--Chan: Gadis Cilik di Jendela kerana gambar yang dipaparkan ialah terjemahan bahasa Indonesi (terlupa saya untuk kirimkan gambar supaya editor tidak susah mencarinya, apatah lagi novel ini sudah tidak ada dipasaran). Pagi-pagi raya dah hambat adik cari Mingguan selepas dimaklumkan oleh Becky menerusi twitter. Sebaik sahaja sampai rumah, dia beritahu suratkhabar Utusan tak ada tapi suratkhabar tulisan warna merah sahaja ada. Tiba-tiba rasa nak membebel sebab takut habis kerana kedai yang buka pada pagi raya begini cuma satu sahaja.
"Itulah suratkhabar Mingguan. Hari biasa namanya Utusan, hari minggu jadi Mingguan. Samalah macam Berita Harian. Hari minggu jadi Berita Minggu. Pergi beli!"
Nasib baik dah bagi duit raya, maka rajinlah dia pergi :p
Pautan untuk ulasan Totto-Chan disini. Terima kasih kepada editor, Ku Seman yang mencantikkan lagi ulasan dan mengatur isinya supaya kemas dan tersusun. Bagaimana saya boleh tergerak menghantar ke UM/MM? Kerana sering saya lihat ada ruangan ulasan buku. Maka saya beranikan diri mencuba. Itu sahaja
2) Cerpen Seorang Yatim Di Pinggir Kali berjaya menembusi dinding kebal Mingguan Malaysia, tersiar bagi edisi 5 Ogos 2012 (16 Ramadan 1432). Pautannya disini untuk membaca versi skrin.
Idea menghasilkan karya ini tercetus sebaik sahaja Teach For The Needs melakukan lawatan pertama ke Rumah Anak Yatim / Miskin Baitul Hikmah, Gopeng, Perak pada 21 Julai 2012, bersamaan hari pertama berpuasa. Kami sudah tidak mempunyai tarikh lain ketika itu, meskipun bertembung puasa maka kerja perlu dilaksanakan. Sepagi jam 7 kami sudah bertolak dari KL, membawa barang sumbangan yang penuh di perut kereta. Kami sempat bermesyuarat sebentar, bertemu dengan anak yatim dan menyampaikan sumbangan. Itu pertemuan pertama kami, dan rasa sangat hiba dengan keberadaan mereka yang serba sempurna meskipun terpisah kasih sayang dari ibu bapa.
Perjalanan pulang ke KL disimbahi hujan lebat di lebuh raya, dan saya mengambil keputusan untuk terus pulang ke kampung. Berbuka puasa didalam kereta dengan sebuku roti yang sempat dibeli ketika singgah disebuah kedai, saya mula mengarang dalam kepala. Dan disambung dengan tulisan cakar ayam sebaik sahaja selesai sahur pagi esoknya. Saya tidak mengambil masa yang lama menyiapkan cerpen ini, dan terus menaip. Selepas membuat suntingan, membaca entah berapa belas kali dan memendekkan bahagian tertentu, saya menekan butang send bersama sepotong Bismillah pada suatu pagi yang hening.
3) Artikel Mencelikkan yang buta, memimpin yang capik tersiar di akhbar Harakah edisi 30 Jun - 3 Julai 2012). Puas juga saya mencari akhbar ini kerana telah terlepas tarikh jualan / edaran. Bnayak juga kedai sekiar Bangi yang saya singgah, sehinggalah saya bertemu dengan seorang penjual yang boleh mendapatkan edisi lepas untuk saya.
*Gambar dalam kamera*
4) Puisi Di Jarah Sejarah tersiar dalam majalah Pentas, edisi April-Jun 2012. Majalah ini diterbitkan oleh Istana Budaya dan memang agak sukar ditemui kecuali jika membuat langganan.
*Gambar dalam kamera*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan