Kepada seorang rakan, saya bertanya kepadanya, what
does make you change. Jawapan pertamanya ialah, hidayah milik Allah.
Mengenalinya sebelum ini, dia seorang yang terkawal meskipun gemar keluar menonton wayang, makan dan bergembira disamping pelajaran. Jarang saya lihat dia sedih. Pernah terdengar dia menjadi begitu kerana keluarga - dia memiliki satu keluarga yang besar dan adik beradik yang ramai. Kota ini menjadi tempat untuknya melepaskan semua kesempitan itu.
Selepas kami belajar, berpisah dan dia dengarnya berkahwin dan melanjutkan pelajaran sehingga ke PhD. Status terkininya dalam FB menghairankan, dan saya terkesan dengan perubahan yang dibuatnya terhadap anak-anak dan keluarga.
Lalu soalan itu saya tujukan kepadanya. Dia menemui sesuatu ketika berada di luar negeri. Menyiapkan PhD merupakan satu bebanan tetapi hidayah, katanya. Dia menemui pelbagai perkara yang membuatkannya mengenali diri.
Berada dalam lingkungan mereka yang telah berubah menjadikan
kita insan yang bersyukur kerana diberi peluang bersama-sama dalam jalan
kebaikan.
Melihat insan yang sedang berubah,
kita berusaha menjadi pendamping terbaik agar dapat menyantuninya dengan segala
panduan dan nasihat yang perlu agar sentiasa
jelas akan matlamat akhirnya.
Melihat insan yang mahu berubah menjadikan kita
seorang yang sentiasa melihat diri agar perubahannya adalah menuju kebaikan dan
menyuluhnya ke jalan yang betul.
Melihat insan yang enggan berubah menjadi satu
malapetaka buat diri kita, apatah lagi perlu bersama-samanya dalam menulasi
tanggungjawab yang telah disandarkan.
Benarlah,
hidayah milik Allah. Tugas kita adalah berusaha dan berdoa.
Khamis, Disember 12, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan