Kamu mesti belajar untuk menerima sedikit kekecewaan ketika kamu akan membuat pilihan yang penting dalam hidupmu - Affandi Hassan
Membaca karya Affandi Hassan - Pujangga Melayu menjadikan saya berhati-hati menghadamnya, terlalu memikirkan kata-katanya dan memerhatikan ketelitiannnya membahaskan isu dengan baik dan jelas.
Kata kawan, bacalah Pujangga Melayu. Kita akan dibezakan antara persuratan dan kesusasteraan, ilmu dan maklumat, wacana dan bebelan.
PM terdiri dari empat naskhah novel yang berbeza. Pujangga Melayu, Citra Pujangga, Tampang Sasterawan dan Wajah Pendeta. Dua buku saya miliki dari buku yang dibuang kawan. Dua lagi saya usahakan menerusi fotostat, yang mengambil masa hampir setahun sebelum boleh tiba ke tangan.
Apa yang ada dalam PM?
Ketika menuntut ilmu penulisan, PM merupakan buku yang disebut-sebut. Katanya itulah ciri persuratan Melayu yang sebenar. Itulah yang dinamakan Gagasan Persuratan Baru. Itulah satu-satunya contoh terbaik PB. Tetapi bagi yan tahu siapa AH, berusaha untuk tidak membicaraka karyanya. AH terlalu bertegas dalam karyanya, seolah di sahaja betul dan orang lain semuanya salah. Termasuklah Sasterawan Negara. Tetapi hasil perbincangan dengan seorang teman sarjana yang menekuni PB dan dapat berinteraksi pula dengan AH menerusi emel, ternyata AH bukanlah sekejam dan sedahsyat yang kita sangka. "Ada sebab mengapa dia begitu", kata kawan saya itu. Malah dia membetulka persepsi salah saya kepada AH, persepsi yang lahir dari mulut-mulut insan yang tidak mengenalinya. Sama seperti saya.
Dari beliau - teman sarjana itu - saya dapat membaca PM dengan tenang dan gembira tanpa sekelumit prejudis kepada penulisnya.
Akan saya kongsikan sedikit demi sedikit dapatan dari PM, yang antaranya saya letakkan dalam FB sebagai peringatan diri. Setiap pesanan yang disampaikan dengan jelas ibarat lekukan air pada batu yang keras.
Kata
Kung Fu Tze, tugas guru ialah memberikan satu garis sahaja daripada tiga
garisan segi tiga. Yang dua lagi murid mesti cari sendiri. 'Kalau diberi semua, murid akan jadi pandai. Tapi jika diberi satu, murid akan menjadi cerdik' - Affandi Hassan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan