Tiba-tiba saya teringat beberapa buah hasil tulisan yang masih belum sempurna sifatnya, dan kalau sudah siap pun belum dihantar ke mana-mana penerbitan. Kalau dihantar pun belum diterbitkan.
Banyak dari tulisan tersebut merupakan catatan yang ditulis sepanjang perjalanan, sebagai tanda ingatan dan buah fikiran dari apa yang diperhatikan. Terfikir juga mahu terbitkan sendiri kerana merasa syok sendiri. Tapi bak kata seorang penjual buku, menerbitkan buku di Malaysia ini memang senang, nak menjualnya yang payah. Benar juga, kerana berkotak-kotak buku yang saya ambil dari penerbit belum pun luak separuh. Hendak menjualnya di mana pun menjadi masalah. Paling tidak pun dibahagi-bahagikan pada kawan terdekat. Itu pun masih berbaki.
Jadi saya kira, elok juga diterbitkna sahaja diblog dari tersimpan dalam laptop tidak berusik. Kelak nanti, ada juga sesuatu yang saya tinggalkan untuk dibaca. Kita hidup ini pun bukannya lama. Esok lusa entah entah dah tinggal nama. Laptop sahaja menjadi saksi atas apa yang telah saya tulis. Namun jika ditinggalkan begitu, entah ke mana pula perginya nanti. Entah-entah punah ditelan virus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Bila saya duduk seorang diri, saya terfikir apakah memang manusia ini dijadikan perlu untuk berkawan? Saya tidak dapat lihat signifikannya. ...
-
i) Hujung minggu yang lalu saya menghadiri Kursus Induksi bersama kawan-kawan sebagai persediaan awal dan membincangkan beberapa perkara pen...
-
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, m empelaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan