Mahsul Warga
Norziati Mohd Rosman
i
Pagi datang dengan sejuk menyapa tulang Pelita menyuluh gelita menyala di puncak kepala
Baju lusuh, seluar buruk, kasut busuk
Itulah pakaian remajaku, hari itu
Disapa nyamuk, lipan, babi, ular
Usia ku bawa berlari ke teres-teres pokok
Melorek pisau tajam ke dada kulit
(lalu getah pun menitis)
Bertukar makanan untuk kami membesar
Dan buku-buku untuk kami celik akal
Mentari bangkit dengan terik memijar
Peluh mengalir di perdu akar Kopi serta nasi goreng sejuk menyapa tekak
Ku capai baldi untuk mengisi wang
Yang belum membeku untuk rezeki kami, hari itu
Kami mengira rintik hujan di musim basah
Memeluk dingin di bawah selimut usang
Dedaun pun menggigil di hujung dahan
Emak mengira tabungan dan butir beras
Abah pun berpesan ‘belajarlah, kerana ilmu
tak bisa membuatmu menyembah getah
tatkala tenagamu di pulas hingga lelah’
ii
Ridley pasti tidak tahu
Benih dari Ladang Kew-Singapura-Tanah Melayu
Menggerak revolusi, tayar dan kereta
British senyum, gembira, kaya
Menyedut mahsul dari tenaga warga
Bandar Baru Bangi
27 Disember 2011
Kemudian aku dapat tahu ada seniman mempersoalkan siapa dalam buku ini.
Aku siapa? Aku bukan apa-apa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan