Malam tadi menonton teater Di Bawah Lindungan Kaabah. Sebenarnya tak
tahu pun kewujudan tetaer ini. Ketika ditelefon oleh wartawan Kosmo untuk
membuat temubual tentang Hamka, saya terheran-heran apa yang menyebabkan Hamka untuk
dijadikan fokus akhbar? Mungkin ada sesuatu. Rupa-rupanya ada pesembahan teater
yag bermula 9 hingga 18 Mei. Kebetulan juga Ahad nanti ada Wacana Jejak Tarbiah
Hamka di UM yang telah saya daftar. Kebetulan punya masa, isikanlah dengan
aktiviti yang bermanfaat.
Bersama dua komrad konon sebagai upah hasil sengal badan dan sakit
urat kerana mengangkut buku untuk TFTN 1 Mei lalu, kami pun bergerak ke Istana Budaya. Isi
perut dan tenaga dahulu di Bangsar sambil melepaskan kesesakan jalan dan hujan
lebat pada petang Jumaat. Kereta pun baru keluar wad selepas dua hari tersadai
di UM dan Shell Sungai Besi. Kami tiba beberapa minit sebelum teater bermula,
duduk di tingkat atas untuk tiket murah. Ya, asalkan dapat menonton.
Teater ini mendapat sokongan dari beberapa penaja besar seperti FVGH
dan Fareeda serta dinaungi oleh isteri Perdana Menteri yang kita kasihi lagi
kita sayang. Barisan pelakonnya bukan calang-calang. Tenaga produksinya apatah
lagi. Teruja juga menonton, meskipun saya
agak skeptikal dengan kemampuan orang Malaysia mengadaptasi novel ke
pentas lakonan. Ok, cukup judgemental kan.
Sehabis teater, banyak pula nak dikomen. Maka saya senaraikan di
sini, dalam blog ini. Kalau ada yang baca, berlapang dadalah. Kalau tak ada
yang baca, maka tulisan ini untuk diri sendiri sahaja.
1. Propsnya banyak sehingga dilihat ganggu kelancaran plot. Meskipun
cantik yang menggambarkan suasana Minang dengan gaya bumbung tanduk kerbau, banyak
props yang keluar masuk seolah-olah nak dikekalkan semua suasana dalam buku.
Pada pendapat saya yang hakir lagi daif, memadailah serba satu props sahaja.
Nampak serabut bila asyik disorong masuk dan keluar
2. Costum tidak sesuai zaman. DBLK berlatar belakangkan zaman
1930-an di Sumatera atau lebih tepat di Padang. Jadi kita boleh bayangkan
pakaian pada zaman itu. Tudung, baju, kain jubah, seluar dan abaya harus
mengikut latar masa. Apabila penaja F yang terkenal dengan tudung dan pakaian
serba moden, maka costum menjadi pelik. Ini zaman sekarang atau zaman 30-an?
3. Tudung terlalu fancy untuk zaman itu. Dapat dilihat jelas pada
pemeran Zainab dewasa (perlukah sebut namanya? Hah!) yang gaya tudungnya pelik.
Begitu juga dengan pelakon tambahan yang mengenakan tudung yang putar-putar
alam, terjurai dan ada juga tudung moden. Jadi, tidak sesuai dengan zamannya
4. Miming jelas nampak pada berapa lagu. Cuma Zahid yang boleh
dipuji kerana boleh menyanyi live
5. Tidak seperti biasa, tiada muzik live. Oh lupa, ini bukan teater
muzikal, maka dimaafkan.
6. Ada pelakonnya kaku, sangat nampak pada Hamid dewasa (pelakon A
yang terkenal itu). Dialognya lambat keluar pada beberapa babak. Suaranya
tenggelam dan mendatar. Saya maafkan dia kerana ini hari pertama
7. Terlalu fokus pada tudung hingga lambat naik ke props. Ada pelakon
tambahan kelihatan berlari-lari sambil memegang tudung, tak sempat pakai dengan
kemas. Tudungnya juga, seperti no 3, tidak sesuai dengan zamannya
8. Tudung mengganggu pelakon. Pada satu babak ketika Hamid dan
Zainab dewasa bertemu di rumah, Zainab dewasa asyik menyelak tudungnya ke belakang
kerana asyik jatuh. Kasihan juga dengan dia, puas di selak, selak, selak hingga
mengganggu babak sedih. Tak jadi nak bersedih
9. Pelakon tambahan memakai jubah yang nampak gayanya seperti sebuah
teater sempena Ma’al Hijrah. Sekali lagi, tidak sesuai dengan zamannya
10. Namun begitu saya puji babak terakhir ketika tawaf di Kaabah.
Nampak suasana yang sebenar seperti di hadapan Baitullah. Saya mengatakan ini
kerana pernah berada disana dan berhadapan dengan situasi tolak menolak dan
bersesak-sesak. Saat ini nampak sejadi dengan suasana
Komen kecil ini turut sama dikongsi oleh teman-teman. Belanja yang
besar dikeluarkan saya kira untuk props dan costum. Usaha ini dengan gandingan
syarikat korporat patut menjadi satu budaya pada produksi lain tanpa memilih
produksi tertentu. Ada teater berskala kecil yang hidup dan berjiwa. Ada teater
yang gah pada promosi kurang menjadi lakonan mereka. Tapi peranan penaja menimbulkan kesan yang besar pula kerana perlu memastikan penaja juga mendapat bahagiannya dalam teater ini, misalnya dari aspek promosi dan publisiti terhadap produk. Itulah yang terserlah pada tudung, jubah dan baju yang menampakkan kejanggalan.
Puas juga hati saya kali ini, kerana teater ini bukan bertaraf muzikal yang selalu dimainkan di IB. Apatah lagi dengan usaha mengangkat teks lama dari novel pujangga Hamka memerlukan ketelitian sepenuhnya dari segi latar, props dan costum agar sepadan dengan latar novel ini berlangsung.
Puas juga hati saya kali ini, kerana teater ini bukan bertaraf muzikal yang selalu dimainkan di IB. Apatah lagi dengan usaha mengangkat teks lama dari novel pujangga Hamka memerlukan ketelitian sepenuhnya dari segi latar, props dan costum agar sepadan dengan latar novel ini berlangsung.
Walau apa pun, tahniah kerana membawa Hamka dekat dengan masyarakat.
4 ulasan:
hmm. baru follow blog kak. lambat nya saya. boleh belajar jadi penulis gini.
Alamak. Macamana boleh jumpa?
Salam. Saya pun dah menonton. Insyaallah tengah mengarang komentar dari pandangan peribadi saya pula.
saya dah menonton. Memang banyak kelemahan.
Cerita meleret.. pelakon berlakon tangkap muat.
Catat Ulasan