Beberapa tahun yang lalu, saya menjadi asyik
membaca kisah tokoh-tokoh Islam dunia yang terdapat dalam beberapa buah
buku yang dipinjam dari perpustakaan. Ketokohan mereka datang dari
pelbagai latar belakang membawa kita membaca juga kegemilangan
tiga empayar besar sesudah zaman khulafa' al-Rasyidin berakhir. Zaman
Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sering mendatangkan kekaguman pada
diri bagaimana Islam menjadi kuat di tangan pemimpin yang benar.
Diselang selikan dengan kisah dari dinasti kecil seperti Mughal,
Fatimiyah, Nisrid yang melahirkan ramai ilmuan bersama ciptaan dan karya
hebat mereka disamping pemimpin yang berjasa besar terhadap kemajuan
Eropah selepas berakhirnya zaman gelap. Eropah dan Islam suatu masa
dahulu cukup kuat bersatu, menghilangkan wajah Arab yang sering
dikaitkan dengan Islam. Seolah-olah Arab itu adalah Islam dan Islam
adalah Arab.
Sesudah menonton filem 99 Cahaya di Langit Eropah bahagian 1 dan 2 dan membaca novelnya, saya merasakan pengetahuan yang disangkakan sudah mencukupi rupanya tidak cukup kuat untuk mengenali Islam yang terdapat Eropah. Lebih banyak sisi yang tidak terpandang dizahirkan oleh Hanum Salsabiela, yang ketika berada di Austria selama tiga tahun telah diperkenalkan dengan wajah Islam di Eropah menerusi sejarah yang tersimpan disebalik monumen, lukisan, bangunan, seni muzik, pakaian dan apa-apa sahaja yang dapat diperhatikan hasil dari ketulusan perkongsian oleh sahabat barunya yang berasal dari Turki, Fatma Pasha. Dari Austria kemudian ke Paris, Cordoba, Granada dan Istanbul, Hanum menemukan Islam yang membawanya terus ke puncak pengembaraan seorang Muslim - mengerjakan ibadah haji di Makkah. Sepanjang perjalanan itu, dia diajar menjadi seorang 'ejen Muslim' yang membawa ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad lebih seribu empat ratus tahun yang lalu dengan mengenepikan sebarang api sengketa, prejudis dan kemarahan bagi mengelakkan stigma dan label yang tidak sepatutnya untuk Islam.
Tiga tahun di Eropah membawa Hanum mengenakan jilbab, sedangkan dia di Indonesia bukanlah asing dengan suasana itu. Kisah yang diangkat oleh perjalanan sebenar Hanum, yang merupakan anak kepada pemimpin Indonesia, Amien Rais ini seolah-olah menepati kata-kata Muhammad Abduh suatu ketika dahulu - 'I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.'
Jika ingin menikmati Istana Alhambra dan kawasan sekitarnya, jemputlah mengembara menerusi link berikut. Bersama novel dan filem yang telah saya tonton berkali-kali, inilah raya sebenar buat saya sambil mendoakan Gazza yang kian parah diasak Israel tanpa kasihan
http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200604/alhambra/default.htm

2 ulasan:
Mencari novel ini..dimana boleh saya dapatkan?
-jixi
Saya dapatkan dari Raudah al-Miqyas< Bangi. Boleh hubungi pemiliknya di FB berikut https://www.facebook.com/asha.gazzaz?fref=ts
Catat Ulasan