Tahun 2018, selain berjaya menyiapkan tesis dan melepasi peperiksaan lisan (viva), menjadi penyunting karya terjemahan biografi Ibn Arabi ini memberi satu pengalaman baharu yang cukup bermakna. Saya berdebar-debar sejak mendapat tahu diberi tugasan untuk menangani buku ini, malah sering ternanti-nanti bilakah akan siap diterjemah supaya dapat segera dikerjakan sambil menyelami kehidupan Ibn Arabi.
Namun atas keperluan menyiapkan tesis dan memberi tumpuan penuh kepada kajian, saya hanya sempat menyunting pengenalan sebelum menyerahkan semula kepada penerbit. Kalau diikutkan perasaan, saya mahu terus menyunting dan menulis tesis, dengan berangan agar dapat memaksimumkan masa sebaiknya. Peluang tidak datang dua kali. Namun risikonya, yang dikendong keciciran, yang dikejar pula tak dapat. Semoga dapat lagi peluang akan datang.
Jika ditanya mengapa menyibukkan diri dengan kerja luar - saya sebagai penyunting akan sentiasa berusaha menambah pengalaman, mengasah kemahiran dan memperkukuhkan kepakaran agar menjadi penyunting serba mahir dalam apa-apa genre dan bidang. Apatah lagi dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, macam-macam boleh berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan