Jumaat, November 10, 2006
Buku: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Tajuk: Perangai Bergantung kepada diri sendiri
Penulis: Pendita Za’ba
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun terbitan: 1987 (Cetakan Ketiga). Cetakan pertama ialah pada 1982
Mukasurat: 103
Tarikh beli:DBP
Harga pada buku: RM 5.50
Harga selepas diskaun (atau harga lelong): RM1.00
Tarikh beli: 30 Julai 2006 di DBP, Kuala Lumpur
Blurb
Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya sendiri – tidak pernah di suruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak!!..
Pengantar oleh Datuk Haji Hassan Ahmad (Ketua Pengarah DBP Ketika itu)
Kelemahan syahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Inilah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za’ba dalam buku ini. Menurut Za’ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.
Pandangan Pendita ini memang agak berat diterima oleh orang Melayu, dan mungkin beliau menyedari keadaan itu, maka sebab itulah buku ini tidak diajukan kepada mana-mana penerbit semasa hayat beliau. Setelah lapan tahun meninggal dunia, karangan beliau ini baru dapat diketahui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan disedari tentang pentingnya kepada bangsa Melayu hari ini.
Dewan Bahasa menganggap karangan ini suatu khazanah yang berharga dan perlu dibaca oleh setiap orang Melayu. Bahasa dan gaya bahasanya dikekalkan seperti asalnya. Ini penting, untuk kita memandang karya Allahyarham sebagai pengganti diri beliau dalam membangunkan bangsanya. Mudah-mudahan Allah akan mencucuri rahmat kepadanya, dan mengampunkan dosa-dosanya. Kepada bangsa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka kemukakan nasihat dan amanat Pendita yang dibuat lebih 20 tahun lalu untuk direnung dan dibahas. Diharapkan para pembaca akan dapat menggarap banyak manfaat dari buku ini.
Kisah disebalik buku ini:
Buku ini mengandungi dua bahagian yang dipanggil risalah, iaitu risalah Kedua yang berjudul Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (yang menjadi tajuk buku) dan risalah ketiga iaitu Kebajikan dan Kejahatan. Setiap risalah mengandungi empat bab.
Dalam bahagian pengenalan yang ditulis oleh Hamdan Hassan, Risalah I telah diterbitkan pada 1952 oleh Jelutong Press, Pulau Pinang dalam tulisan jawi. Ia kemudian diterbitkan kembali oleh DBP dalam edisi rumi dengan tajuk Falsafah Takdir pada 1980.
Namun, Risalah I yang membahaskan masalah pokok dalam memahami dan mengamalkan agama Islam telah menimbulkan kontroversi dan perbezaan pendapat di kalangan ulama, terutamanya di Perak. Akibatnya, Sultan Perak sendiri campurtangan dan mengharamkan Risalah I. Kesannya, penerbitan Risalah II terpaksa dibatalkan oleh penerbitnya dan tidak sampai ketangan pembaca hingga ke akhir hayat penulisnya.
Sehingga kematiannya pada 1974, Za’ba tidak memberitahu dimana dan siapa yang menyimpan Risalah ini. Oleh itu, DBP dalam edisi rumi Risalah I membuat pengumuman supaya sesiapa yang menyimpan Risalah II supaya membawanya ke tengah agar ia dapat disajikan kepada pembaca dan peminat pemikiran Za’ba.
Akhirnya, Risalah II ini ditemui oleh anaknya, Zaharah Za’ba dari seorang penerbit lalu diserahkan terus kepada ketua Pengarah DBP.
Petikan menarik
Maka oleh sebab ramai mereka yang demikian ini, jadi bangsa mereka pun terkandaslah dan terhalang daripada mendapat kemajuan yang diingini. Padahal orang-orang bangsa lain yang percaya akan kebolehan diri mereka dan kuat bergantung kepada diri mereka itu sendiri sentiasa juga berusaha dan berikhtiar, belajar dan berniaga, hingga mereka telah beberapa jauh lepas ke hadapan pada serba-serbi perkara dalam hidup di dunia ini. (muka 9)
Nota saya
Buku ini saya ‘jumpa’ ketika mencari koleksi buku terbaru di DBP. Ia terletak di celah-celah buku lelong atau buku diskaun. Sayang sungguh, buku sebegini bagus oleh seorang yang di gelar Pendita di jual dengan harga RM1.00. Ketika saya beli, masih banyak lagi. Tidak tahulah sekarang ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
81 ulasan:
banyak lagi ek.. buku tu bagus untuk dimiliki. semasa dalam tempoh pinjaman, my dad pun suka baca. terima kasih kerana sudi pinjamkan.
Sdri Ziati,
Menarik "Koleksi" secara peribadi adalah pada kalimah 'kelemahan pada syaksiah'...
Melayu itu menjunjung agamanya tanpa menghadamkan agama itu di dalam dadanya yang terisi qalbu dijernihkan dengan peri dan laku. Setiap Melayu itu Islam dan Islamkah semua Melayu itu?
Bagaimanakah syaksiah mampu menterjemahkan rupa bangsa kita pada budaya sahajakah atau perlu juga menilik agamanya... realiti yang diakui terlalu bersendikan falsafah ideologinya mementahkan usia biar telah berabad memamah hayat... masih tidak terasa kita diperalat...bukan pun oleh sesiapa tetapi oleh diri kita sendiri...
Mungkinkah generasi kini tidak fahami maksud cedera oleh dijajah, 'saeculum' adalah khazanah yang sukar dibebaskan kerana telah lama bertapak di minda hingga tak mampu dirungkai.
Tatkala perintah dan larangan Allah menjadi sesuatu yang berat untuk ditaati... keaslian fitrah kerangkanya akan membentuk arah alir fikiran dan siasah juga sosial untuk diri keluarga masyarakat dan negara tidak akan sempurna terbina... hingga akan terasa kekosongan dalam sistem kawalan diri yang memberi kesan kepada sistem pengurusan negara.
Kerana itu kekecewaan yang merintangi jalan adalah peluang untuk membuka kejayaan.
Bagaimanakah pula kita mengungkap kegagalan dan mengaitkannya dengan manafaat untuk menyuburkan semangat jihad(berusaha bersungguh-sungguh) tanpa memundurkan hasrat (untuk berjaya). Bersalahkah kita hingga perlu dihukum kerana keinginan ini? Dunia sentiasa bercuriga dengan syaksiah kita... Ekstrimkah kita?
Terima kasih menjadi tempat untuk meluah rasa.
Survivor, RM 1.00 sahaja. Lebih dari berbaloi.
Tapi saya tak tahulah apa yang jadi pada gambar tu. Macam tiada apa-apa walaupun dah cuba upload dua tiga kali. Nanti saya cuba lagi.
Buku ini dan pendapat Za'ba memeg pernah mengunadang polemik yang hebat di kalangan orang Melayu suatu masa dahulu.
Za'ba dikatakan terlalu terpengaruh dengan idea modernisme barat. Persoalan tentang `takdir' yg cuba dibawa oleh Za'ba telah mendatangkan kemarahan ulamak pada masa itu.
Walaupun begitu, buku ini harus dibaca oleh orang Melayu. Buku yang mungkin mendahului zaman.
Baca, kaji dan fikir.
JR, sebab itu buku ini menimbulkan kontroversi. Mujurlah ada inisiatif untuk menerbitkannya, biarpun 8 tahun selepas pemergian penulisnya dari alam ini.
Saya sedang cuba menghabiskan bacaan, agak lewat sedikit kerana ia dalam nahunya asal.
buku yang lebih berakal dari buku buku yang "revolusi mental" dan yang berdilemma melayu.
jC6Ccv The best blog you have!
Wonderful blog.
Good job!
Please write anything else!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Please write anything else!
Wonderful blog.
Magnific!
Please write anything else!
1rhRwr write more, thanks.
Magnific!
Thanks to author.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Nice Article.
Please write anything else!
Magnific!
Hello all!
Magnific!
Hello all!
Wonderful blog.
Magnific!
Good job!
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Good job!
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Nice Article.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
C++ should have been called B
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Give me ambiguity or give me something else.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Save the whales, collect the whole set
Hello all!
The gene pool could use a little chlorine.
Thanks to author.
Hello all!
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
When there's a will, I want to be in it.
Give me ambiguity or give me something else.
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
When there's a will, I want to be in it.
All generalizations are false, including this one.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Give me ambiguity or give me something else.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
The gene pool could use a little chlorine.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
The gene pool could use a little chlorine.
Oops. My brain just hit a bad sector.
The gene pool could use a little chlorine.
Oops. My brain just hit a bad sector.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
Nice Article.
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Suicidal twin kills sister by mistake!
Oops. My brain just hit a bad sector.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Give me ambiguity or give me something else.
Catat Ulasan