1)
Empat tahun lepas, saya mengundi buat kali pertama. Empat tahun sebelum itu, saya buat pertama kalinya turun padang secara langsung, biarpun AUKU kata jangan. Apa saya peduli!
Waktu itu, barulah saya tahu betapa busuk dan buruknya pilihanraya. Caci maki, adu domba, tikam menikam jadi lumrah. Rasanya kalau membunuh itu bukanlah haram hukumnya, memang setiap orang akan galas parang panjang, pisau atau senapang gajah dan tembak sesiapa yang di mahukan. Saya boleh andaikan hingga ke tahap itu. Dahsyat?
2)
Pilihanraya juga medan buat duit. Bagi kenalan yang ada perniagaan part-time, inilah masa untuk kaut untung yang banyak. Sejak awal tahun, saya sudah mendegar berita ada yang mendapat kontrak mencetak baju parti yang mencecah beribu malah ratusan ringgit. Itu belum lagi yang mencetak poster, propaganda pilihanraya, brosur, bunting, kain pemidang, bendera parti, manifesto, payung, lencana, topi, cawan, kad, plastik bimbit, jaket, vest, fail, pen, beg kertas..bla..bla..blaa… Senarainya panjang, maka isilah sendiri. Memang boleh diakatakan durian runtuh untuk kedai fotostat, syarikat percetakan, kedai runcit yang menjual tali rafia, kedai alat tulis yang jual stepler, pembekal pen, kedai cenderamata, tokay gula, pengusaha batik, peniaga beras, jurujual kerepek (sebagai kudapan atau minum-minum petang semasa mengumpat calon atau parti lawan) dan juga peniaga kuih yang selama ini menjual secara sambilan kerana akan dapat banyak tempahan dalam tempoh orang nak memangkah nanti.
Oh, boleh dikatakan empat tahun sekali mereka akan dapat durian runtuh. Empat tahun sekali!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan