Rabu, Februari 27, 2008

Mencari


Cikgu memberi saya tugasan ini - mencari sebuah buku yang jarang di baca orang (rasanya). Awal Februari menerima tugas, tetapi sering bertangguh kerana tugasan yang menghalang. Tambahan pula Sabtu dan Ahad bulan Februari sentiasa penuh dengan tugasan mengawasi para pelajar untuk sesi praktikal dan group assignment.

Sabtu yang lalu, sebaik sahaja tamat mengawasi practical test pelajar, saya bergegas melarikan diri ke KL. Hajat cuma satu - empat kedai buku di Jalan TAR. Tiga kedai pertama menghampakan. Malah menaikkan darah kiranya, kerana pekedai buat endah tak endah. Soalan yang diberi tidak dilayan sebaiknya. Saya menunjukkan tajuk, jawapan mereka - tiada. Atau mungkin saya prejudis, kerana beranggapan mereka tidak tahu semua buku yang ada di rak. Sekadar menidakkan supaya tidak perlu mencari.

Buku ini, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi karya Syed Hussein Alatas agaknya sukar di cari. Mungkin. Kerana bila diberitahu buku yang saya cari, pantas mereka kata tiada. Lelah juga menapak ke empat kedai ini, di celah-celah orang ramai yangberpusu-pusu ke pasar malam. Namun saya kuatkan juga usaha, kerana Kedai Buku DBP yang tidak mesra pelanggan seringkali buka- tutup sesuka hati. Pantang saya tiba, pasti tutup. Siapa yang tidak geram.

Di kedai terakhir, saya malas bertanya. Sebaliknya berpusing di sekitar kedai mencari setiap buku terpamer di rak, membaca tajuk yang tertera. Setelah putus asa, saya bertanya. Pantas saya ditunjukkan buku yang tinggal hanya satu di rak. Alhamdulillah. Lega rasanya. Pencarian berakhir.

Sebagai tambahan, saya membeli dua buku lain - Hukum dan Ancaman Rasuh Terhadap Masyarakat dan Negara dan 1515 karya cikgu yang sering saya bertangguh membelinya. Syukurlah, ia menjadi milik saya.

Mengapa rasuah? Ada rahsia, ada yang cuba saya usahakan. Semoga ia menjadi satu usaha yang diberkati-Nya. Insya Allah, saya cuba khatamkan dalam masa sebulan, seperti yang di nasihati cikgu. Saya akan ulas sebaik tamat membacanya.

.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ziati,kita tidak mampu membiarkan terus bebanan jenayah dalam politik dan ekonomi menghakis hak marhaen. Lihatlah bagaimana pemindahan milik harta yang menggunakan undang-undang dikongsikan keuntungan tanpa perihatin terhadap kebajikan dan kepentingan marhaen lalu masa dan saat bilakah peraturan-peraturan di dalam agama misal dalam soal pengambilan rasuah dan riba upaya ditegah di dalam masyarakat kita?
Rasuah tidak hanya berlaku di dalam penggunaan wang tetapi juga di dalam penyalahgunaan kuasa dan media.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...