Ahad, September 13, 2009

Ada apa dengan angka

Jam pada desktop komputer pejabat. Mahu menjadi sebahagian dari sejarah juga :-)


Sejak menjeguk ke alaf baru, abad baru, nombor yang tertera pada kalendar sering menjadi perhatian. Orang kata, nombor tersebut cantik, sekali seumur hidup dan tidak akan berlaku lagi selepas ini. 1 Januari 2001 menjadi 01.01.01, 2 Februari 2002 menjadi 02.02.02 dan seterusnya. Hinggalah tahun lalu, 08.08.08 di jadkan upacara perkahwinan beramai-ramai oleh warga Tionghua kerana selain nombor 8 dikatakan ada 'ong', ia turut diharap memberi tuah pada hidup. Apa-apalah...

Maka masing-masing cubalah menyusun kejadian yang boleh disignifikankan dengan nombor-nombor yang cantik itu supaya turut menjadi satu kejadian yang maha penting dalam hidup. Misalnya, bertunang, berkahwin, bercuti, balik kampung, dapat kerja baru, dapat anak dan macam-macamlah.

Tambahan pula pada tahun 2009, ada beberapa angka yang bila disusun menjadi cantik. Contohnya pada 7 Ogos yang lalu, masing-masing menunggu detik 12.34 tengah hari pada saat ke-56. Jadi, susunan angka menjadi 123456789.

Kemudian pada 9 September yang lalu, masing-masing sibuk menanti jam 9.09 pagi supaya ia menjadi 09.09 pagi pada 09.09.09.

Dan sempena Aidilfitri yang dijangka satu Syawal jatuh pada Ahad, 20 September, maka ada juga yang menanti detik 2009 hrs (pukul 8.09 malam) pada 20.09.2009.

Ya, nombor tersebut memang cantik disusun. Namun, apalah yang ada pada angka tersebut?

4 ulasan:

ASaL berkata...

bergantung kepada persepsi individu juga pemahaman tentang nombor.

saya juga percaya nombor punya simbolisme agama, mesej transendental, rahsia Ilahiyyah.

kerana alam dicipta dengan had, had boleh ditafsir dengan nombor, nombor memberi manusia faham tentang alam, dan lebih hebat dapat mengantar manusia kepada hakikat keTuhanan.

kata orang, ada masyarakat memusuhi nombor-nombor tertentu, mengaitkan dengan nasib malang, contoh 4 dan 13. sedang ia adalah nombor2 yang boleh mengantar Tuhan.

4 bukan suey, kerana bermaksud 4 kitaran musim.

13 juga bukan nombor yang menakutkan, kerana 13 adalah rukun untuk kesempurnaan solat.

ermmm, tepuk dada tanya iman.

saya suka nombor 1, 4, 5, 7, 12.

awak?

Norziati Mohd Rosman berkata...

Hmmm... satu pencerahan tentang nombor. Mungkin ada sesuatu yang kita tidak ahu terselindung disbaliknya. Atau mungkin orang sains melihat nombor ini lebih dari sekadar nombor. Itu perkara yang saya tidak tahu.

Saya selalu dijodohkan dengan nombor 3. Mungkin kerana lahir tanggal 3. Tapi dalam banyak urusan, 3 itulah yang menjadi pilihan dan selalu di pasangkan dengan diri.

:-)

Layla Haq berkata...

Dahulu, saya juga fikir nombor adalah sekadar angka. Dalam hidup kita bertemu dengan pelbagai angka. Dan dengan angka juga penuh cerita, penuh nilai, penuh sesuatu.

Mungkin angka itu hanya akan dipandang begitu-begitu oleh orang lain. Mungkin juga sesuatu angka dipandang berat oleh kita. Kerana ia melambangkan nilai. Kerana ia ada cerita. Cerita yang akan kita ingati.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Bayan, mungkin boleh buat cerita berdasarkan angka. Siapa tahu!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...