Dalam jarak waktu yang hampir sama, dua orang teman - yang tidak langsung punya kaitan antara satu sama lain - menyatakan perkara yang sama kepada saya : Kamu ini seorang yang berani mencuba.
Saya renung kembali kata-kata mereka. Melihat kembali apa yang saya lakukan sehingga dianggap berani. Apa bagusnya saya sehingga dianggap berani? Dan sejauh mana beraninya saya menongkat hidup ini?
Kalaupun ada yang boleh dianggap begitu sifatnya, saya rasa hanya kerana mahu mengecap erti hidup yang nikmat. Ada dua konotasi disini. Pertama, hidup ini singkat dan buatlah apa sahaja untuk kau nikmati sepenuhnya maksud kehidupan, kegembiraan dan kebebasan kerana kesedihan tidak perlu wujud dalam hidup kita yang sekejap. Kedua, oleh kerana singkatnya hidup ini, maka perbanyakkan amal kebaikan yang boleh kau taburi kepada sekelian umat manusia juga makhluk Tuhan yang wujud dibumi, kerana nikmat sebenar kegembiraan dan kebebasan hanya wujud tatkala kau berada di sana, hasil dari apa yang kau lakukan di sini (dan ya, pada waktu yang singkat).
Dunia ini tempat kau menanam, dan tempat kau menuai ialah disana.
Kalaupun saya dikatakan berani mencuba, ada batas tahap keberanian itu. Tidak semua sempadan boleh dilanggar, tidak semua ruang 'nikmat' dunia boleh dikecap. Ini semua membawa kepada kekesalan terhadap diri kerana tidak mampu menjawab soalan buat diri sendiri - mengapa tidak kau berani kepada perkara yang benar-benar memerlukan keberanian?
Ahad, Januari 10, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
4 ulasan:
Kak Zeti,
setujukah andai saya katakan majoritinya perempuan bujang memang berani? Hehe
Hahahaha...
Kita tunggu pendapat seorang lagi bujang
Jadi setelah tidak bujang, berani pun berkurang?
P.s: Saya rasa perempuan yang kembali bujang lebih berani. Berani lain macam. Wallahua'lam.
Khairulhak, dia perlu berani untuk meneruskan hidup. Setelah gagal kali pertama, dia pasti tahu betapa peritnya kegagalan itu supaya tidak merasainya buat kali kedua.
Ia ternyata mendewasakan dan memberinya semangat untuk fokus dengan kehidupan, apatah lagi jika ada anak untuk dibesarkan. Diri mereka bukan lagi penting buat masa itu.
(Kerana itu kita melihat, ramai wanita bergelar J tidak kembali berkahwin).
Lelaki bagaimana pula?
Catat Ulasan