Suatu malam pada minggu yang lalu, bekas majikan terdahulu (baca: seorang wanita) menelefon lalu mengajak saya keluar. Agenda kami hanyalah berbual-bual ringan di ruang kafe yang tenang tidak jauh dari pejabat lama saya.
Saya membiarkan dia berbicara, biarpun waktu itu saya merasa sangat letih dan mengantuk. Bersetuju menemuinya atas dasar hormat, biarpun tiada lagi hubungan antara kami. Minggu lalu hidup sungguh tidak terurus. Waktu lebih banyak habis di pejabat dengan perasaan yang separuh memberontak dan separuh kecewa. Rumah sekadar menjadi tempat tidur, mandi dan menukar baju. Rasanya lipas, tikus, cicak dan haiwan yang sewaktu dengannya enak berdendang dirumah tatkala tuannya lesap. Harapnya tidak!
Saat bersantai dengan beliau, perbualan kami bukanlah kosong tanpa isi atau bergebang atas perkara yang tidak perlu. Asalnya cuma bertanya khabar bertukar kepada pengisian yang mencambahkan beberapa topik selanjutnya. Lantas, saya tidak lepas dengan pena dan kertas yang sejak akhir ini menjadi pendamping erat, dan mencatat biarpun mata sudah layu dan entah berapa kali menguap.
Antara banyak perkara yang diluahkan sepanjang dua jam, saya amat terkesan dengan konsep memberi dan menerima yang di kongsikan. Katanya, sebelum kita menerima, kita harus memberi terlebih dahulu.
"Lihat kepada amalan kita dahulu. Petani, atau orang yang menanam padi biasanya sebelum menuai mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran. Untuk apa?"
Dia bertanya bukan untuk mendapatkan jawapan tetapi mengembalikan fikiran saya ke alam realiti - bukannya memikirkan bantal dan tilam.
"Kerana mereka faham akan konsep memberi dan menerima. Mereka menjamu penduduk sekampung (memberi) dan berdoa semoga dikurniakan rezeki dari tuhan (menerima). Bukannya mengadakan kenduri selepas menuai hasil atau selepas menerima habuan dari usaha. Samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh peniaga kedai runcit atau pemilik pejabat. Mereka memberi terlebih dahulu sebelum menerima. Dengan memberi, mereka tahu balasan itu ada untuk mereka menerima."
Fikiran saya terawang-awang dan berlari ke sana ke mari, cuba menafsirkan kembali kata-katanya. Hanya dengan memberi, kita akan menerima. Dengan kata lain, jika kita tidak memberi sesama insan, bagaimana boleh Tuhan mahu memberi kepada kita pula.
Lantas ia membawa saya kepada satu perkara - ia adalah hukum karma, sesuatu yang bersifat automatik - buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tetapi apakah cukup dengan berbuat baik kita mengharap, menanti, menunggu balasan yang baik. Apakah memadai mengharap balasan, tanpa berusaha dan berdoa?

Jujur, saya selalu memaksa diri utuk berbuat baik sentiasa sesama insan dengan mengharapkan perkara yang sama iaitu hukum karma turut berlaku pada saya. Kita mengharap dan menanti, moga balasan baik itu tiba. Lalu, apakah kebaikan itu bernilai ikhlas dan apakah benar kita jujur dalam memberi, atau berbuat baik dengan beranggapan bahawa setiap
Kata-katanya itu membuatkan saya melihat kembali pada diri. Ya, seminggu di pejabat dengan kekusutan oleh insan yang membuatkan saya benci. Jika saya beranggapan salah terhadapnya, maka salah juga anggapan dia terhadap saya. Harus saya telan segala racun yang dicurahkan ke dalam semangkuk minuman ditangan saya dengan harapan ia bertukar menjadi madu yang indah untuk saya nikmati. Namun, betapa sukarnya untuk saya melawan segala perasaan itu, sedangkan syaitan yang direjam menggoda saya untuk melawan dan menentangnya, kalau tidak pun mencurahkan racun kembali ke dalam bekas minumanya. Namun, haruskah saya membalas segala kejahatan itu?
Apa yang harus saya buat ialah memberi - memberi kebaikan, keikhlasan, kesungguhan - agar nanti saya menerima kebaikan berupa perkara yang sama biarpun tanpa ada niat minta dibalas sebegitu rupa. Harganya ialah keikhlasan, nilainya adalah kejujuran.
Tetapi saya juga harus ingat. Ada juga waktunya kita lupakan tugas memberi tetapi asyik menerima dan meminta. Saban waktu kita memohon dan berdoa, meminta dan menanti lalu kita menjadi orang yang menerima. Bila tidak dapat atau kurang, kita marah dan kecewa sedangkan kita sebenarnya cuba disedarkan Tuhan yang kita menerima selayaknya mengikut apa yang kita beri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan