Rabu, Januari 13, 2010

Tangan yang berdosa

Tengahari tadi saya keluar makan dengan teman lama, teman sepejabat. Sekarang dia sudah mengusahakan perniagaan sendiri, sudah ada pekerja sendiri, sudah ada akaun syarikat sendiri, sudah ada kereta besar, sudah jadi bos. Boleh dikatakan dia sudah menjadi ahli perniagan yang berjaya.

Dia meminta saya menyempurnakan satu kerja bagi pihaknya, yang walaupun saya keberatan tetapi bersetuju juga atas sifat kawan (dosa ditanggung seorang atau bersama?).

Kemudian kami berbual sekitar perniagaan dan industri yang sama-sama kami ceburi. Kawalan ketat oleh kerajaan dan pelaksanaan undang-undang yang ketat sejak akhir-akhir ini nyata memberi tempias kepada perniagaannya. Saya juga setuju. Jika tidak, masakan Kementerian Dalam Negeri sudah berani 'naik' ke pejabat bagi melakukan audit terhadap syarikat, seperti apa yang kami alami semalam.

Perbualan kami tamat sebaik waktu rehat tengahari berakhir. Saya kembali ke pejabat dan memanggil teman sepejabat yang sangat saya percayai lalu bercerita kepadanya apa yang berlaku. Sebenarnya, saya tidak mahu menanggung kerja itu seorang diri (atau menanggung dosa seorang diri) kerana menyedari risiko yang besar disebaliknya. Biarpun menerima dengan rela, namun tangan yang ini tidak mampu mencuci dosa jika terpalit perkara salah disebaliknya.

Saya bercerita dan bercerita, sehinggalah dia membuka mulut dan cuba membetulkan tanggapan saya terhadap teman ahli perniagaan itu.

"Kau tak boleh buat begitu sebenarnya. Kita tidak boleh terlalu jujur dan baik sekarang. Ini bisnes. Banyak orang jahat disekeliling kita,"katanya.

Saya terdiam  memandangnya. Antara percaya dan tidak.


"Jadi, apa yang harus aku buat?" tanya saya.


Dia memberikan saranan, saranan yang bisa membuahkan wang. Saya lemas lalu cuba menyangkal saranannya itu.


"Tak boleh, kau tak boleh buat begitu. Aku sudah puas berbuat baik tetapi tiada apa yang aku dapat akhirnya. Kali ini kita harus ambil kesempatan kali ini. Peluang terbuka dihadaan kita, maka kita harus rebut. Kita sudah tidak boleh terlalu jujur," balasnya lagi.


Saya menjadi kelu. Langsung tidak mampu berbicara.

Andai berbuat kebaikan pun sudah menjadi kesalahan, apa lagi yang tinggal untuk kita?

Antara memberi dan menerima, apakah sudah tiada manisnya lagi?





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin tidak ada kaitan secara langsung, sekadar peringatan:

http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/26057

teman

rahmahmokhtaruddin berkata...

Tiada apa yang akan ditinggalkan kalau semuanya sudah menjadi kesalahan.Tetapi lebih berat kalau kita tanggalkan kebaikan dari terus menjadi pegangan. Jadi, teruslah berbuat kebaikan walau dipandang sebagai kesalahan besar yang harus dihukum seberat-beratnya. Asas yang semakin hilang dari pegangan manusia (termasuk diri saya juga) ini membuatkan saya semakin hilang percaya dengan kebaikan nilai-nilai murni kemanusiaan..

Norziati Mohd Rosman berkata...

Terima kasih, tanpa nama.

ASaL berkata...

hidup sekarang susah jika kita memilih jalan lurus, tapi saya percaya, kebaikan universal masih ada pengikutnya.

Islam datang dagang kembali dagang, maka gembiralah orang yang berdagang.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Sdr Rahmahmokhtaruddin
Indah kata-kata itu. Saya cuba enyelami maknya disebalikny. Terima kasih

Norziati Mohd Rosman berkata...

Asal,
Setuju.
:-)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...