1)
Bila ke Pesta Buku, kadangkala rajin juga kaki melangkah ke gerai yang tidak popular, yang kurang dikunjungi orang. Bisik hati saya menyatakan, mungkin ada buku-buku yang istimewa tersorok dan tersembunyi disebalik susunan buku yang bercampur-campur dengan pengunjung yang berpusu-pusu ke gerai yang mereka sukai sahaja.
Saya bergegas selepas waktu pejabat pada Jumaat kedua Pesta Buku mengejar LRT ke PWTC. Jumaat yang sepatutnya saya cuti tetapi saya batalkan sendiri. Bagi mengurangkan perasaan kecewa, saya gagahkan diri bersama seorang teman yang berkeinginan pergi tetapi teragak-agak. Dan syukurlah, perjalanan di permudahkan.
Saya ditinggalkan tidak lama kami tiba di Pesta Buku, dan teman itu harus pulang menyertai suaminya yang baru sahaja tiba dirumah dari kursus. Saya kemudiannya tergesa menyertai sesi Dialog Orang Muda (biarpun sekejap) dan langsung ke surau untuk solat Maghrib. Kemudian, pada hujan yang turun mencurah-curah dan sungai yang semakin naik membawa sampah dan air berkeladak, saya terus mengatur langkah ke gerai. Pusing dan pusing, singgah di gerai milik Gerakbudaya Enterprise. Belek dan belek, banyaklah buku menampilkan tokoh yang di lupakan dari sejarah, yang di label pejuang kiri, komunis, pengkhianat dan apa-apa sahaja. Juga buku tokoh-tokoh dari luar negara sama ada bersifat sejarah atau kotemporari.
Di sebalik kepelbagaian judul dan bercampur aduk susunannya, dapat juga saya membeli beberapa naskhah yang jarang di temui, dan peluang langka ini amat saya hargai. Apatah lagi ketika terserempak dengan teman seperguruan, Zul dan menunjukkan buku yang saya pegang di tangan, nyata ia sudah kehabisan stok dan mengundang kekecewaan yang bukan sedikit baginya.
Buku yang saya termui ialah dua naskhah nipis karya Pramoedya Ananto Toer berjudul Subuh (Wira Karya, 1995) dan Gulat di Jakarta (Wira Karya, 1995) , Islam Melayu Komunis (SIRD, 2005), Kembara Seorang Reformis: Catatan dan Lawatan Rasyid Ridha ke Syria, Istanbul, India dan Eropah (IKD, 2004) dan Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya (ZI Publications, 2008) oleh Farish A. Noor.
Buku Rasyid Ridha itulah yang menimbulkan cemburu, manakala naskhah Pram membuat saya teruja. Tetapi melihatkan Kembara Seorang Reformis di danai oleh Konrad Adenauer Foundation, saya diam saya sepanjang perjalanan pulang menjinjng buku-buku ini dengan berlapang dada.
2)
Saya ke Pesta Buku tiga kali, sambil merencana tarikh dengan elok suaya tidak bertembung dengan waktu-waktu yang sesak. Kali pertama dengan mengambil cuti, perjalanan amat indah tanpa perlu banyak bertembung dengan pengunjung yang belum dapat gaji. Sukurlah saya punya kesempatan mendengar perkongsian Datin Fatini Yaakob tentang Natrah di sesi Sofa Putih ITNM, bergambar lalu mendapatkan tandatangan untuk dua naskhah - untuk diri sendiri dan tuan Jiwa Rasa yang menitipkan pesanan bersama Bahlut dan Ingin Jadi Nasrallah.
Ada ucapan Datin Fatini - yang saya rakam dalam telefon bimbit - sangat membuat saya terkesan. Ia bukan oleh penghasilan naskhah ini atau wawancara beliau dengan Natrah tetapi oleh pengamatan beliau terhadap situasi politik yang bercirikan '1Malaysia' ketika berlakunya Rusuhan Natrah. Politk dahulu dna politik sekarang berbeza. Semangat dahulu dan semangat sekarang berbeza. Kesedaran dahulu dan kesedaran sekarang berbeza.
3)
Saya tidak banyak membeli untuk diri sendiri kali ini. Pergi pun membeli buku yang dipesan teman dan adik saya. Ia berupa beberapa buah novel termasuklah terjemahan Harry Porter yang masuk tahun ketiga saya beli berdikit-dikit. Lengkap sudah tujuh siri perjalanan Harry dalam simpanannya dan saya harap dia boleh menghabiskan semuanya, buka seperti saya yang tidak boleh menjamah walau sehelaipun Harry Porter!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
zeti.. akak pon g hari jumaat... balik keje amik izzah g pesta buku... hujan lebat betul. takde rezeki nak jumpa zeti eks. tp tujuan akak bukanlah nak beli buku sgt pon, nak g melanggan majalah sebenornya. hari ahad pon g jugak.. mak aiiii sesak nafas ku.
Tak pernah kita ni berjodoh setiap tahun..hehe..
Catat Ulasan