Hari ini Lembah Klang di timpa bergelen-gelen hujan. Secara tiba-tiba cuaca bertukar mendung, awan lari menyusup dibelakang langit membawa angin sejuk menyelimut bumi.
Saya berada di Kuala Lumpur. Di tengah kota ketika itu. Melihat langit gelap, hati jadi bungkam. Masa ceria bertukar muram. Nampaknya saya harus bersegera pulang sebelum banjir kilat yang selalu saya dengar menjadikan saya salah seorang mangsanya. Tidak, saya tidak mahu. Saya harus segera pulang.
Namun memandu ketika hujan di Kuala Lumpur merupakan pengalaman yang sangat berharga. Oh, begitu rupanya wajah Kuala Lumpur ketika hujan. Sungguh buruk rupanya. Gelap menakutkan seperti menghampiri kiamat. Air tak jumpa longkang memenuhi jalan. Pokok seperti berpesta dengan angin. Kereta tak mampu berlari laju. Ah, dikejar masa ke destinasi.
Hujan di Kuala lumpur, apakah memberi insaf atau membawa duka?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
Saya salah seorang yang menyaksikan bagaimana hujan meruntuhkan tahap sabar warga KL siang tadi. Tersepit di tengah2 manusia yang mengejar masa di Pavillion sesudah "bershopping" di Times Bookstore bersama isteri.
Wah, isteri sudah kembali. Jangan nakal-nakal lagi :-p
Catat Ulasan