Khamis, Mac 10, 2011

Moral?

Saya tidak faham apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh sebuah akhbar arus perdana bila memaparkan berita tidak senonoh seperti ini, yang sekadar menonjolkan keaiban dan kerendahan moral masyarakat.

Utusan Malaysia

Berapa besarkah nilai berita lucah seperti ini duduk di muka hadapan akhbar yang dikatakan Sumber Ilmu dan Maklumat Mutakhir?

Berita Harian

Jadi, apa beza akhbar arus perdana ini dengan tabloid super sensasi yang menjadi akhbar status kedua bagi penerbitan masing-masing (tapi dengan edaran yang lebih meluas):


Harian Metro (dengan gambar tiada kualiti)

Kisah seram, skandal, lucah, tahyul, seks, jenayah menjadi tarikan muka depan.  Sedangkan berita yang dipaparkan selalunya lari dari tajuk besar.

Kosmo

Kalau saya seorang pelancongm tiba di Malaysia dan membaca akhbar seperti ini, maka tanggapan saya ialah masyarakat di negara ini ........ (isi sendirilah)


6 ulasan:

adi berkata...

kak, itu namanyac cara cara nok suruh surat kabo laku ... dah jadi macam tabloid murahan ..

amber dah lama tak beli surat kabo...

melihat buku berkata...

"Apakah peranan akhbar saudara itu 'pengghairah', 'pelapor', 'pendakwah', atau 'pengekor'?" - A. Samad Said, Hujan Pagi ms 124.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Adi, buat bungkus nasi lemak lagi berfaedah

Norziati Mohd Rosman berkata...

Pakcik MB,
Mentang mentang dah habis baca Hujan Pagi...

Tanpa Nama berkata...

Saya sudah lama malu dengan akhbar perdana kita kak..sejak seorang pensyarah uia yang bukan warganegara malaysia mentertawakan berita perkahwinan mawi-ekin di muka hadapan akhbar perdana kita..

Norziati Mohd Rosman berkata...

Dah menyampah dengan suratkhabar sejak zaman reformasi. Baca online sahaja. Kalau rasa gatal tangan barulah beli

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...