Jumaat, Mac 11, 2011

Buku - To Cut A Long Short Story

Ketika mengunjungi sebuah kedai barangan terpakai di Bangi yang juga melambakkan buku sebagai barangan tepakai, sering saya terpandang novel karya Jeffrey Archer, Isaac Asimov dan kadang-kadang Stephen King juga Paulo Coelho. Semuanya buku Inggeris yang dijual murah dalam keadaan tidak tersusun dan tunggang terbalik. Khabarnya semua stok datang dari Singapura. harganya amat berpatutan bagi orang yang tidak mahu berbelanja lebih untuk buku Inggeris seperti saya. Biasanya dalam lingkungan RM 5 hingga RM 10. Memang sangat murah, apatah lagi dengan kedaan fizikal buku yang masih baik.

Sering saya membawa kawan yang gila buku ke sana, dan mangsa terbaru saya adalah As yang ketika kami bertemu sedang membaca sebuah karya Jeffrey Archer yang baru dibeli sehari sebelum itu. Buku Archer yang banyak di kedai ini, 90% diborongnya walaupun terkilan dengan buku yang baharu dibeli sebelum itu.

Melihat dia obses dengan Archer, saya memohon cadangan buku Archer yang sesuai untuk orang yang baru  nak mengenali beliau. Lalu dia mencadangkan novel ini, To Cut A Long Short Story.


 Archer boleh dikatakan seorang pencerita yang baik, malah mencapai tahap master story-teller. Malangnya saya tidak pernah membaca novel Inggeris sehingga tamat, dan ini boleh dikatakan satu rekod yang baik untuk diri sendiri :-) Oleh itu, saya tidak dapat membuat perbandingan penulisan Archer dengan para penulis lain yang sering di sebut-sebut misalnya John Grisham, Stephen King atau Agatha Christie.

Novel ini merupakan himpunan 14 cerita pendek yang memaparkan kepelbagaian kemahiran Archer dalam membina cerita. Kesemua 14 cerita pendek ini boleh dipanjangkan dalam bentuk novel dengan menambah plot tambahan bagi 'menebalkan' isi kandungan. Walaupun dalam bentuk kisah pendek, atau mungkin juga sinopsis, kita akan terhibur dengan variasi penceritaan, tema, perwatakan, latar dan penceritaan yang tidak dibuat-buat. Malah Archer juga meletakkan pembaca setahap lebih baik dari sebelum membaca, kerana kita mendapat pelbagai lmu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Katakan apa sahaja - ekonomi, undang-undang hartanah, perniagaan, penyiasatan - semuanya Archer tuliskan dengan baik, seolah-olah dia sendiri berada dalam bidang tersebut. Maka pembaca tidak merasa dibodohkan.

Sembilan dari cerita pendek ini merupakan kisah benar dan cerita yang terakhir- walaupun dengan plot yang mengelirukan - pada saya adalah yang terbaik. Seperti yang tertulis pada blurb, [T]he last story. 'The Grass is Always Greener', is possibly the best piece Archer has written, and will haunt you for the rest of your life.

Saya perlu mencari karya Archer selepas ini!

2 ulasan:

WanRafar berkata...

Nampaknya menarik buku ini. Saya hanya baca Not a Penny More, Not a Penny Less lama dulu dari pengarang ini.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Boleh dicuba karyanya yang lain. Memang master storyteller :-)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...